Salam semua. Ini Akak Cantek, yang pernah bagi komen untuk Kifarah tu.
Kalau korang baca komen akak tu sungguh santai kan, macam pengalaman K yang akak juga alami tu sudah seakan tak berbekas lagi.
Tapi, honestly, hari tu akak tengah happy bebenor- yerla TSLA stock tengah explode, hari tu akak benor2 tengah merasakan ‘euphoria’ – ala tajuk lagu BTS tu kot.
Ok, back to my story la ye- masa Akak Cantek ni sedang dalam fasa “Adek Cantek”- dah lama la jugak tu, akak ada berkawan dengan seorang mamat ni. Dia ni boleh dikatakan lelaki idaman para aweks la yer- dari family senang (kakak, abang dia, setahu akak, berjaya2 la).
Walaupun student time tu, dia bawak kereta, dan ada superbike (mungkin bapak dia punya la kot). Tu la dia ni ala2 hot stuff la jugak, walaupun tak berapa nak hensem, tapi ok la.
Kalau time tu, depan2 akak kengkadang ada jer aweks “penyondol” kasik2 kad depa (name/business card, ni zaman Tok Kadok yer anak2) – depan akak tu kot, tapi tak bagi pon kat akak.
Kau bayangkan betapa perasan ‘lagi lawa’nya aweks2 tu semua terhadap Akak Cantek time tu. Ok la, Akak Cantek nak fokus cerita pasal ‘ditinggalkan’ ni yer.
So, berkawanlah Akak Cantek 3-4 tahun dengan mamat ni. Ok, sedikit background Akak Cantek yer: dari keluarga sederhana, tapi ada pulak kenkadang orang assume akak dari keluarga ‘rendahan’,
Sebenarnya karektor akak yang agak introvert dan sensitif (mungkin juga high-function mild autism, kalau diagnose orang sekarang ni – macam Mas Elon Tesla kot).
Akak Cantek jugak agak dikenali di kampong sebagai seorang yang sangat pandai (subjek STEM) dan cantik, selain juga pernah menjuarai pertandingan membaca Al-Quran.
Akak Cantek pulak memang jenis pemalu sejak kecil, dan mempunyai emak yang strict dan mahukan anak2nya berjaya dalam pelajaran (emak mengajar Al-quran dari rumah, untuk anak2 kampong). Bapa pulak kerja/bersara kerajaan.
Ok, seterusnya, akak diperkenalkan oleh kawan sebenarnya dengan mamat ni. Memang, bukan akak yang terkinja2 hendak kat dia, tapi kalau dah dipujuk rayu, pulak2 gaya agresif/pushy dia, menyebabkan akak mengalah. Sebelum ni memang akak takde boypren, ni la first time.
Dia ada bercerita diawal2 perkenalan dulu yang dia ni baru sahaja putus bercinta dengan ex dia – cinta pertama lah katanya.
Sedar tak sedar, akak hanyut dibawa arus percintaan- betul2 tangkap cintan wa cakap lu. Pernahla akak diperkenalkan pada kakak dia- tapi depa pandang akak ni takde apa.
Adik (lelaki) dia lagila pernah tunjukkan macamana tak sukanya depa terhadap akak. Pendek kata hubungan kami tak dapat restu.
Dengar cerita dari mamat ni satu hari yang bapak dia nak buat arrange marriage untuk dia dengan saudara mereka (sama suku bangsa – yang biarlah dirahsiakan bangsa apa yer, inilah dia semangat Melayu Perlembagaan kita). Dari situ akak dah tau hubungan kami ni takkan kemana.
Sebenarnya, akak redho ajer. Tapi bab yang menyakitkan ialah layanan dia terhadap akak – suatu hari dia terus pergi menyepikan diri, akak call berkali2 tak diangkat.
Sebenarnya, akak call untuk dapatkan balik barang2, gambar2 akak yang masih dia simpan. Particularly, sebentuk cincin suasa (emak akak punya, akak pinjam).
Satu hari emak akak bertanyakan pasal cincin suasa tu. Terkedu juga nak jawab.
Honestly, akak tak pernah serahkan cincin tu pada mamat tu, dia yang mintak pakai untuk ingat kat akak selalu (katanya masa itu). Pernah ya akak mintak dia cincin tu – masa dah nak break up – tapi takde dia pakai, katanya tertinggal kat rumah.
Sebenarnya, akak terluka sangat2 masa tu. Kawan2 akak boleh dikatakan tidak bersimpati langsung- seakan depa beranggapan mesti ada yang kurang dan tak elok dengan akak ni, itu yang menyebabkan family mamat ni tak restu hubungan kami.
Dgn keluarga akak sendiri, akak tidak terus terang kerana sangat susah nak menceritakan perasaan yang terluka ni – Tuhan sahaja yang tahu. Lagipun akak masih muda time tu, tak pernah dalam fikiran akak yang akak ni dalam kategori yang boleh diperlakukan sesuka hati macam ni.
Itulah, to cut down the long story short, dalam setahun lebih kurang, kawan akak bagitau mamat ni kawen- kalau tak silap dengan sorang anak Dato’ dari negeri ‘paling merapu’ dalam negara kita ni.
Itulah, bila dialignkan cerita akak ni dengan confession Kifarah tu – rasanya part yang si confessor ni tinggalkan K untuk buat pilihan ‘terbaik’ dia tu memang kene dengan pengalaman akak.
Bayangkan 3-4 tahun bukan satu masa yang singkat, banyak yang akak tak disclose kat sini. Termasuklah perasaan akak sekarang- . So, adik2, anak2, termasuk jugak makcik2 (kalau masih ada nyawa la).
Hidup ni bukan ketentuan Y or N kita, ambiklah iktibar dari cerita Inside Out 2 (animation, best wooo) – at some point kita kene let go ajer apa2 perasaan atau perhitungan kita dalam hidup ni, berbuat jgn sampai untuk menjadi Tuhan.
Ok, tutup cerita. Kalau ada permintaan, sila nyatakan part mana yang nak suruh Akak Cantek high light. Insyaallah! Salam semua.
– Akak Cantek (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Akakkk cincin camneee hahahaha. Nak lagiiiii cite la mana ii punn tgh free nak bacaa huhu