REPLY MINTA PENDAPAT DEAL DENGAN ORANG KAYA

Adik tin, harap adik baca ni.

Orang kaya ni overall akak boleh simpulkan ada dua jenis. 1, memahami situasi orang susah di mana mak ayah dia dah ajar jangan pandang rendah orang susah sebab mak ayah dia pernah rasa susah. 2, yang tak menahami golongan yang memerlukan dia pakai je duit mak bapak dia tanpa rasa bersalah.

Melalui situasi adik ni, akak dapat rasakan kawan kawan adik adalah golongan kedua. Di mana golongan yang tak sedar diri, pakai duit mak bapak diaorang. Tak dinafikan golongan 1 juga suka keluar naik teksi cerita barang branded, tetapi golongan 1 ni bertapis. Mungkin dia akan tambah alaa barang murah kalau kualiti bagus ok jugak. Tak pun, naik teksi mereka yang bayarkan.

Solusi yang akak boleh cadangkan kepada adik ialah:

1. Jangan dah outing dengan diaorang. Kalau diajak, cakap je tak ada duit. Sorry. Kalau diaorang cakap pakai duit diaorang dulu, cakap ala aku tak ada duit nak bayar balik nanti. Tak apa la.

2. Jangan sesekali pinjam duit dengan diaorang. Ni penting. Kalau awak pinjam conform maruah awak dipijak pijak sebab akak ada perasan ayat adik tulis mereka tak suka orang rumah kecil blablabla.

3. Dia kawan sebilik je dik. Adik boleh cari kawan yang sama taraf dengan adik. Boleh lepak study dengan kawan yang lain. Tapi kadang kadang kawan yang kita ingat sama taraf ni sebenarnya kaya. Tapi mereka tak kisah awak macam mana. Ini la kawan yang kita cari.

4. Habiskan masa di perpustakaan. Lantak la diaorang nak cakap awak nerd ke apa. Pergi la study ke buat assignment. Pergi pagi balik petang. Malam tidur. Buat aktiviti yang boleh jauhkan diri adik dengan kawan sebilik adik tu. Tapi kalau jumpa tegur macam biasa.

Pasal call adik awak tu, call. Call je. Biar la overprotective ke apa ke. Adik awak, awak punya hal la. Kalau nanti awak susah dikemudian hari, adik awak yang akan concern pasal awak. Bukan mereka.

Ok. Selamat maju jaya. Jangan putus asa. Jangan give up. Akak doakan adik dapat ubah status family adik.

– Tun

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *