REPLY: Nasi Bujang

Hai, nama Kiwi sebab baru makan buah kiwi. Tiber. Umur 30an, masih belajar di peringkat sarjana dan saya nak reply confession Nasi Bujang (https://iiumc.com/nasi-bujang/).

Semoga boleh dijadikan pedoman untuk TT dan warga IIUM Confession.

Bila baca kisah nasi bujang, saya teringat kisah saya. Yup, bercinta dengan suami sewaktu suami dan saya masih belajar degree.

Kami berdua tiada apa-apa simpanan, sewaktu bertunang pun pada tahun 2016, saya belajar di peringkat sarjana pendidikan yang pertama.

Yelah, waktu tu dimomok-momokkan wanita akan diuji sewaktu lelaki tiada apa-apa, gituuw tag line dia. Jadi setelah selesai sarjana saya dapat offer untuk phd, sebelum tu saya bincang dengan tunang dan akhirnya saya tak jadi sambung disebabkan kami nak berkahwin.

Sebelum berkahwin saya ada confront dengan tunang, tolong jangan curang. Saya paling tak boleh dengan ujian ni memandangkan sebelum tu ada ex dia masih bertanya khabar dan keluarga ex F kekasih sangat rapat dengan keluarga tunang saya. (Redflag pertama).

Tunang saya sewaktu tu masih bekerja dengan gaji yang rendah dan saya juga bekerja jadi boleh la tampung yang mana tak cukup. (Redflag kedua).

Sewaktu bertunang ada ujian kami iaitu segi kewangan dan memandangkan keluarga saya tak kisah tentang hantaran kahwin, keluarga tunang dengan rela hati memberi hantaran sebanyak RM 10ribu. Tunang kata take it or leave it. Itupun katanya dengan pinjaman (redflag 3).

Jadi, apa yang berlaku sepanjang perkahwinan kami selama 10 tahun ini adalah:

1) sewaktu saya bekerja di sektor swasta, perbelanjaan kami dibahagikan sebanyak 50:50. Bersalin anak pertama, abah saya yang bayarkan.

Suami? Hmmm. Bila anak sulung dah hampir satu tahun, kantoi pulak, suami saya curang dengan ex F (dah jadi isteri orang lain). Bermesej siap bersorry bagai dah tertidur, nak pergi mandi dan banyak lagi la.

2) Saya dapat offer goverment di selatan tanah air. Demi masa depan saya dan merawat hati yang bernanah, saya pergi juga. Dengan harapan suami akan sedar.

Namun tidak, dia download apps dating, bila ke luar negara (company trip) ada gambar dia naik motosikal dengan staf perempuan di company tersebut.

3) Hasilnya saya dapat rawatan psikatri, MDD dan sesi kaunseling bermula 2019 hingga kini untuk kuatkan semangat, anxiety dan lain-lain. Sewaktu saya bekerja goverment, apa-apa bonus akan keluar dekat paper kan?

Haaa waktu tu la suami akan screen shot dan hantar dekat saya. Walhal saya sendiri tak berapa endah disebabkan work load yang banyak.

Suami juga banyak kali meminjam wang, 1k, 500 hampir setiap bulan. Kadang-kadang bayar dan kadang kadang tidak. Padahal waktu ni gaji suami dah hampir 6k dan saya 5k.

4) Termengandung anak no 2 pada tahun 2021. Dah la tarikh bersalin dah dapat awal, sebab czer. Suami siap pergi kerja lagi pagi tu dan end up saya ditolak ke dewan bedah jam 3 petang tanpa sempat berjumpa suami.

Dan saya sendiri yer yang bayar duit bersalin. Sebab nak sangat bersalin di hospital GLC konon-konon first class. Czer, RM 2k untuk kos bersalin, lepastu tanggung hutang suami kad kredit selama 2 bulan sebab suami yang pegang.

Nyosal den bagi kek dio. Hmmm. Dah minta pulangkan tapi tulah kucing pon dah bertanduk masih tak dipulangkan lagi. Sebab sayang kuturutkan. Ahaks.

5) Tahun 2023, kami masuk kerumah baru. Alhamdulillah untuk itu. Saya berniat untuk sambung ke sarjana kejuruteraan dan keluarga saya menyokong penuh serta memberikan duit poket sebanyak RM 25 ribu.

Suami saya meminjam RM9 ribu untuk membayar kontraktor bagi wiring dan lain-lain. Walhal suami dah pinjam kepada boss di tempat kerja dia sebanyak RM 10k. Mana pergi duit tu? Jeng jeng jeng (menari yang viral tu). Eheks.

Langit tak selalunya cerah, kantoi lagi suami pergi ke rumah family ex F. Tengok profil ex F, dah single. Sebelum ni ada married with BB. Waktu tu saya tengah sakit bengkak susu dengan tangan menggeletar. Azab woih. Tapi saya percaya ada pahala yang mengalir nanti.

Naluri isteri tak pernah salah. Saya mengamuk lagi dan kali ni tekad minta cerai. Kenapa kali ni? Sebab saya tanya satu soalan. Adakah lepas ni memang takkan buat lagi curang bagai ni? Dia kata tak janji. Setempek batu kena atas kepala. Ahaks.

Malangnya saya tiada duit disebabkan dah bayar kontraktor, simpanan habis dan saya juga telah berhenti bekerja kononnya tempat isteri disisi suami gittuw. Again, my mistake.

Untuk TT, ini adalah cabaran bila berhadapan dengan suami yang tidak pandai menguruskan kewangan ye. Bila dah minta untuk isteri uruskan belanja kewangan, suami tak bagi. Katanya hidup di kota raya mencabar gitu. Plus pakej curang lagi. Ahaks.

Jadi, fikirlah masak-masak dulu. Perkahwinan adalah perjuangan. Kenapa saya stay lagi sebelum-sebelum ni walaupun suami dah kantoi banyak kali?

Sebab dia manusia yang sangat penyabar, boleh buat kerja rumah, jaga anak2 tapi tulah. Husnudzon tak kena tempat. Akhirnya diri sendiri yang makan hati dan makan tua. Hahahaha. Lesson learned.

Doakan saya kuat dan dapat habiskan pengajian ini cepat-cepat dan dapat selesaikan kes fasakh nanti. Yang mana tahu peguam yang mur-mur dikawasan centre region, boleh komen ya.

Terima kasih sudi membaca. Selamat menyambut Ramadhan semua :)

– Kiwi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Salam. Banyak sangat red flags dik ooi. Akak doakan awak selamat dunia akhirat. Maybe you will find a better person after this. Take care tau.

  2. Saya respect habis perempuan macam ni. Move on kalau sudah diberi peluang berkali2 tapi tak dihargai. Takper rugi sikit. BODO sekejap. Ini pelajaran yg bernilai. Jangan berlembut selepas ni. Dia tak akan berubah, jadi berhenti bermimpi ye. Banyak dah terjadi seperti yg selalu kita baca di iium confessions. Semoga you tabah, dipermudahkan segala urusan dan you dapat segalanya yg u impikan

  3. Setiap nank ada nombor telefon yang boleh call kalau kad kredit hilang. Call nombor tu suruh dia cancel kad kredit, bagitau kad hilang etc. Bank cepat saja bab2 kalau customer mintak cancel kad ni. Kalau nak replacement kad kredit, pastikan nombor kad baru tak sana dengan yang lama, kalau tak, your husband masih boleh guna nombor kad tu untuk online transactions. Caj replacement kad dalam RM50 saja. Boleh request untuk self collect kad kat mana2 branch berdekatan, jangan pos ke rumah, kot dapat mail kat suami

  4. saya datang dari perkongsian saya sebelum ni tentang ‘nasi bujang’.. terima ksih sis atas perkongsian sis ni, siap dengan pengalaman yg sis lalui apabila berkahwin dgn lelaki redflag maaf saya sebut mcm ni.. saya akn ambil nsihat ni untuk masa depan saya. jdi update terbaru saya, Aiman mcm terpukul dengan pengakuan saya dan luahan saya yg saya pendam selama ni, dia sekarang berusaha keras ot, simpanan kami pon semakin bertambah hari kehari. tapi saya tk sepenuhnya yakin yang aiman ni akan berubah sepenuhnya jika kami berkahwin nanti jadi saya hanya memerhatikan saja gerak langkahnya..jdi doakan saya supaya perjalann kami dipermudahkan. Andai suatu hri Aiman kembali ke perangai asalnya, saya mintk tuhan jauhkan kami, dan takdirkan saya dengan yg lebih baik.. aamiin kan ye semuaa hehe.. terima ksih sudi baca luahan saya :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *