Reply pemikiran manusia sekarang
Tulis maki memang salah. Tapi tulis hadis pon salah ke?
Kenapa? Hadis tu tak relevan ke?
Saya bukan apa, kadang saya sedih tengok kita confess dan komen macam kita takde Allah.
When things go bad, kita bukan sepatutnya salahkan orang ni, salahkan orang sana. Komen sini komen sana. Mengeluh sini mengeluh sana.
Tapi kita patut balik pada Allah. Redha dan reflect dengan apa yang Dia dah izinkan untuk berlaku. Berharap pada Dia. Minta tolong Dia. Kita ni bukan ada kuasa. Allah juga yang Maha Berkuasa.
Supaya kita sedar yang kita buat semua ni urusannya berbalik pada Allah.
Pastu usaha, yang bukan sampai tahap lupa Allah. Sampai tahap sembahyang pon lewat2.
Tapi usaha tahap kita nak Allah tahu yang kita sungguh2 perlukan Dia. Buat apa yang Dia redhai dan mengharapkan hanya pada keredhaanNya. Tahap tahajjud pun kita tak tinggal.
Saya tulis ni bukan nak bajet alim, bajet baik. Tapi saya nak kita sedar dan buka mata, bagaimana kita ni sebenarnya sebagai hamba Allah.
Judgement Day esok apa bekal yang kita bawa? Kita hidup ni bukan nak kejar dunia tapi kejar akhirat.
Yang tak ada sudahlah. Be content. Rasulullah SAW dulu banyak berlapar. Siap letak batu dekat perut. Tapi dia tak merungut. Dia tak mengeluh. Dia be content. Hadis2 dan ayat alquran adalah ayat consolation yang terbaik.
Mungkin kita patut ubah mindset kita. Orang beri hadis bukan untuk menghukum tapi untuk beri peringatan dan untuk mujahadah sabar.
Sabar adalah salah satu amalan yang Allah beri ganjaran tanpa had. Limitless. Jadi jangan sia2kan ganjaran sabar dengan mengeluh dan merungut. RUGI. Sebab kita hidup ni nak cari saham akhirat bukan untuk kumpul harta dunia.
Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa menjadikan dunia sebagai tujuan hidupnya, niscaya Allāh akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kefāqiran membayangi kedua matanya, dan duniā tidaklah datang kepadanya melainkan apa yang telah ditetapkan baginya.
Dan barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan hidupnya, maka Allāh akan mengumpulkan segala urusannya dan menjadikan kekayaan memenuhi hatinya, dan dunia mendatanginya dalam keadaan hina."
-Riwayat Ibn Majah
Kalau kita kejar akhirat, insyaAllah, Allah bantu kita memperbaiki amalan dan urusan dunia kita. InsyaAllah, dunia kejar kita.
Percaya pada janji Allah.
Allah berfirman:
"dan Dia-lah yang memberikan KEKAYAAN dan KECUKUPAN." (QS. 53:48).
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (QS 57:18)
"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan." (QS 2:245)
"Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!" (QS 57:11)
"oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS 73:20)
N banyak lg. Bacalah quran. Tabarruj alquran. InsyaAllah. Everything akan make sense. InsyaAllah.
Apa2 sahaja bentuk masalah yang kita hadapi, balik kan diri pada alquran. InsyaAllah, di situ ada semua jawapan pada masalah kita. Kalau kita balikkan diri kita pada Allah, insyaAllah pertolongan Allah tu sentiasa bersama kita. Berdoa dan yakin yang Allah akan perkenankan doa kita. In His own beautiful way.
Tugas kita cuma balik pada Allah. InsyaAllah, yang lain is in good hand. Because it is in His hand. (Hand ni bukan maksud tangan ea. Kang ada plak kata wahabi la apa. Harap paham la maksudnya)
Allah tak perlukan apa2 pun. Tapi still Allah nak kita berdoa pada Dia. Minta pada Dia. Berharap pada Dia. Tak ke Allah tu baik dan cantik. Kita balik pada Allah bukan akan degrade kedudukan Allah pon, tapi semua ni hanya akan tolong diri kita sendiri. Kita sombong pon, in the end Allah tak rugi. Kita yang rugi.
Sampai bila kita nak sombong pada Allah. Semua yang berlaku tu ada hikmahnya. Mungkin untuk kita reflect islam kita. Tengok dunia sekarang. Ramai yang islam tapi berapa ramai yang betul2 beriman?
Percaya, yakin dan redha pada ketetapan Allah. Yang sudah berlaku jangan diungkitkan. From this day forward, kita baiki amalan kita. Kita baiki diri kita. Supaya Allah redha dengan kita. Berdoa semoga Allah buka jalan kebaikan buat kita. Berdoa Allah pulihkan kehidupan kita, islam kita. Berdoa Allah permudahkan jalan mujahadah hidup kita.
Nak praktik islam bukan senang. Lagi2 dengan masalah sosial yang berleluasa yang kita ada sekarang. Tapi kalau kita tak take the first step, macam mana kita nak bantu ubah yang lain.
Instead of komplen tentang orang lain dan perkara lain, lebih baik kita komplen pasal diri kita sendiri. Sebab on judgement day, Allah judge us by person.
Allah berfirman:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (QS 2:286)
"(Oleh itu) katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan, dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan." (QS 34:25)
Sampai bila kita nak terus menerus dalam kejahilan dan kebodohan diri kita sendiri? Dengan komplen ni what good it going to do to us? Sedar tak yang kita cuma lah menzalimi diri kita sendiri.
Fear Allah for His punishment and love Allah because He is full of mercy.
Tepuk hati, tanya iman. Kita ni macam mana dalam pandangan Allah. Adakah kita layak syurga Allah?
Wallahualam.
Yang baik dtg dr Allah, yang buruk dtg dr kelemahan sy sendiri tapi atas izin Allah.
Mana yang baik, kita sama2 ambil dan manfaatkan.
mana yang salah, mohon jauhkan dan tegur.
InsyaAllah, moga bermanfaat.
Fuhhh~
– Hamba Allah