Secebis Kebaikan Segunung Balasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca dan tidak lupa admin.

Terima kasih admin kerana pamerkan confession aku. Moga admin sihat dan ceria2 selalu.

Aku terpanggil untuk membuat confession ini sebagai reply kepada salah seorang pembaca yang meninggalkan komen di confession pertama aku.

Boleh baca confession pertama ku di sini, (https://iiumc.com/secebis-kebaikan-segunung-balasan/).

Tujuan aku berkongsi kisah aku adalah semata2 untuk menyeru pembaca2 supaya jangan membazir makanan, sama2 tolong staff yang susah dan ihsan kepada bintang.

Aku sedia maklum company ada rules dan regulations jadi aku menegaskan isu kurangnya empati dan simpati dari company terutamanya HR.

Kisah company aku yang mengamalkan politik kerja dan zalim malas aku nak kupas.

Tapi komen pembaca tersebut seolah2 dia berada di company aku dan mengetahui apa yang kami lalui sangatlah menjelekkan. Sambil tuduh aku pecah amanah, amboi.

Aku sebagai trainer kalau diikutkan hanya perlu bekerja 8 jam sehari Isnin – Jumaat. Masuk kerja jam 9 pagi balik pukul 6 petang.

Tetapi aku selalu datang awal sebab nak elak traffic jam. Aku berada di office seawal 8 pagi dan selalu juga pulang lewat, 7 – 8 malam.

Masa aku datang awal dan balik lambat dan juga time lunch lah aku layan kucing2. Aku jaga hal kerja aku sebab kerja itu satu ibadah juga. Aku tak curi tulang pun.

Kucing2 tersebut sudah aku tegaskan tidak mengganggu staff dan berada di luar office.

Company aku memang banyak kucing2 terbiar dan ada staff sudah ajukan kepada company untuk ambil tindakan tetapi company malas nak layan.

Jadi aku dan makcik2 yang kesian dekat kucing2 tu akan beri makan. Tempat berteduh kucing yang dibuat dengan kotak2 pun berada di luar office.

Ada juga staff2 yang takut kucing jadi memang kami tidak mahu menimbulkan ketidakselesaan kepada staff2 lain.

Ramai staff2 yang suka break 15 semasa berkerja untuk hisap rokok atau makan2 di kantin. Dari 15 minit kekadang sampai 30 minit.

Kalau staff baik dengan management maka tiada tindakan diambil. Kalau tak baik maka ada sahaja yang kena warning letter.

Tempat lepak mereka adalah di garden atau kantin. Aku selalu perhatikan gelagat mereka.

Bila aku nak buat training atau test, ramai mengeluh sebab sibuk kerja tapi elok jea aku tengok lepak2 hisap rokok atau makan2 berjam2.

Ada kalanya aku terpaksa buat training hari Sabtu sebab ada certain2 department bekerja hari Sabtu.

Tapi aku tak dapat OT pun sebab company tak layan. Aku terpaksa sebab nak kejar juga KPI aku. Aku masih single ketika itu jadi aku tak kisah pulun kerja.

Part budak2 tuu pun memang mereka akan selalu lepak di sekitar office atau bilik rehat makcik2 cleaner. Ada jugak aku hulurkan makanan kepada budak2 tersebut jika dia lalu berdekatan di office aku.

Office aku dekat tepi, sebelah ada garden. Aku bawa mereka masuk office sekali saja iaitu ketika insiden jamuan tersebut.

Nenek Melati kerja cleaner di situ dan atuk mereka selalu travel sebab kerja tukang paip. Jadi di mana lagi budak2 nak pergi sementara tunggu Nenek Melati habis kerja?

Aku dan makcik2 cleaner memang selalu tolong tengokkan mereka. Tapi akhirnya kami2 nie kena juga warning letter.

Kami pasrah sebab faham company ada rules dan regulations. Tapi itulah sebagai orang Islam yang berakal, aku rasa sedikit terkilan.

Budak2 tuu pun budak2 baik tak pernah mengganggu siapa2.

Company lama aku pun gulung tikar antara sebabnya audit tak lepas dan disyaki ada penyelewengan. Aku tak bohong kalau cakap aku gembira.

Atas alasan remeh-temeh, aku tak dapat bonus dan naik pangkat. Ramai juga staff terkena benda sama.

Jadi tak salah kalau beranggap itu kifarah. Bertahun2 lamanya mereka menindas staff2 terutamanya makcik2 cleaner.

Kesian aku tengok makcik2 cleaner kena kerja lebih masa nak kemas dan bersihkan office lepas makan2 atau jamuan.

Tapi mereka tak dapat OT dan makanan pun selalu habis bila sampai turn mereka.

Alhamdulillah, company aku sekarang ini walaupun owner dan HR bukan Islam, mereka sangat menitikberatkan soal kebajikan staff2 lagi2 yang terjejas akibat COVID.

Staff2 diberi kelonggaran untuk WFH, bawa anak ke office pada hari minggu dengan syarat tidak mengganggu dan selalu belanja makan.

Aku ada bagi feedback dekat HR aku nie pasal kucing dan kebajikan staff2. HR aku sangat positif dan take note everything aku atau staff2 lain cakap.

Aku bertahan lama di office baru nie disebabkan management dan HR yang bagus. Company aku nie lagi kecik dari company lama tapi aku selesa di sini.

Masalah kucing atau anjing terbiar jarang di sini, tapi kalau ada security guard akan cepat2 ambik haiwan tersebut. Memang dekat pondok security guard ada macam sangkar sementara untuk haiwan2 yang tersesat.

Mungkin salah aku tak explain banyak2 sebab nanti panjang sangat.

Kepada pembaca yang memberikan komen acah2 HR terbaik di dunia, aku doakan ada terbit sikit rasa empati dan simpati pada diri kamu.

Jangan sesuka hati label macam2 jika kamu tidak mengetahui hal sebenar. Boleh bertanya jika ada keraguan.

Aku masih ingin tegaskan bahawa secebis kebaikan yang kita buat InshaAllah akan dibalas segunung kebaikan oleh Allah SWT.

P/s – Aku, Ray dan buah2 hati aku ingin mengucapkan terima kasih atas komen2 positif dan doa kalian. Moga rezeki kalian juga sentiasa luas.

Ali dan Abu masing2 tengah sambung belajar. Doakan mereka berjaya di dunia akhirat. Nenek Melati dan suami pun sihat2 sahaja.

Sekian,

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *