Reply, (https://iiumc.com/skim-mlm-adakah-bangsaku-dipermainkan/).
Saya Manggis, berumur dalam lingkungan awal 20an, saya tertarik untuk hantar confession ni selepas membaca Akak Sue punya artikel berkaitan MLM.
Saya nak cerita pengalaman saya berkerja di syarikat MLM. Sebenarnya dari penceritaan Akak Sue tu saya macam mengagak yang syarikat itu seperti syarikat yang saya pernah bekerja. HAHAHAHA tak pasti.
If Akak Sue rasa berdasarkan cerita saya ni itu la syarikatnya.. Akak stop la sertai mereka ya.
Dipendekkan cerita. Saya bekerja di situ hampir setahun lebih, dengan niat asal nak tingkatkan kemajuan diri saya. Saya merupakan seorang Graphic Designer, gaji memang agak masyuk untuk umur saya yang masih muda.
Pada permulaannya saya memang tidak tahu syarikat tersebut adalah syarikat MLM, time interview saya ada juga menanyakan syarikat itu syarikat apa tapi orang yang menemu duga saya tu hanya menjawab Syarikat ini adalah syarikat perniagaan, dan tidak menerangkan selebihnya.
Agak keliru mula2 bila melangkah masuk ke syarikat itu sebabnya dalam syarikat tersebut memang banyak anak syarikat yang lain yaa.
And satu tanda kalau korang nak tahu syarikat itu syarikat MLM, mereka ini sering tukar tukar nama syarikat mereka.
Kembali ke permulaan saya masuk kerja disitu, memang tiada seorang staff situ yang akan beritahu kepada saya yang mereka itu syarikat MLM. L
ambat laun saya sendiri yang cam mereka ini adalah syarikat MLM berdasarkan poster dan design2 yang saya reka untuk syarikat. Seperti poster2 training class skim cepat kaya, poster2 hadiah yang dijanjikan.
Sampai la satu tahap salah seorang pekerja melayu disitu memberitahu saya perkara sebenar.
Syarikat tu saya boleh kata syarikat yang agak besar dan mewah juga tau mungkin hasil daripada orang2 yang melabur kepada mereka.. Orang2 ternama boleh dikatakan ramai terlibat dengan syarikat itu juga, Dato? Datin? Tan Sri? ada juga sesetengah artis sebagai duta mereka.
Ya orang2 macam mereka hanya untuk mengumpan orang2 golongan sederhana yang join melabur. Boleh dikatakan setiap bulan pasti akan ada event besar yang akan mereka adakan.
Event mereka ni juga sebenarnya untuk memancing client2 dengan kekayaan mereka so, client2 akan mudah terpedaya dan memakan umpan mereka.
Adalah seorang ini, boleh kata jawatannya tinggi jugalah dalam syarikat tu, beliau pernah bagitahu saya sebenarnya kebanyakkan gelaran yang mereka dapat tu hanyalah gelaran yang mereka beli sendiri. Dato Datin tu mereka beli je.
Sayangnyakan, leader-leader mereka terdiri daripada bangsa kita sendiri, bangsa melayu yang kononnya nak menolong bangsa kita sendiri walhal penipuan dorang yang memusnahkan bangsa melayu kita. Tapi atasan mereka semua bangsa C***..
Mereka pandai ya.. mereka akan mengumpan orang-orang dari golong tua yang tidak lama lagi akan mengeluarkan KWSP mereka. Mereka juga target golongan suri rumah yang nak mencari pendapatan sendiri.
Setiap minggu mereka ni kan akan adakan training class, kadang seminggu pasti ada 4 ke 5 bas penuh dari pelbagai negeri yang akan join training class ini. Bayangkan la jika ada yang termakan dengan umpan mereka mana tak kaya kan? satu bas sahaja dah 40 orang.
Saya start merasa tak tenang bekerja disitu adalah apabila saya juga perlu terlibat menolong leader2 yang akan melakukan training class kepada client dorang.. seperti menyediakan air mineral, set up projector/microphone, dan slide mereka. Satu class memang ramai, 20 – 40 orang..
Jujur saya kata sambil2 saya dengar Leader yang mengajar tu, saya rasa sangat bersalah dengan mereka yang terlibat. Semua baya2 mak ayah dan nenek atuk saya. Jauh mereka merantau dengan harapan pelaburan mereka berjaya membuahkan hasil.
Pernah seorang pakcik dalam anggaran umur 80an bertanya kepada saya…
“Nak kamu kerja sini dah lama kan.. Boleh jujur dengan pakcik ya atas nama Allah.. pelaburan ini pakcik boleh percaya ke? Pakcik taknak tersalah melabur.. pakcik nak melabur untuk kesenangan anak cucu pakcik kat kampung untuk masa akan datang”
Saya terkaku, sumpah saya sedih sangat. Pakcik tu dari Perlis ya, gagahkan diri dia untuk ikut join training class pelaburan ni.
Pada waktu itu, saya hanya tersenyum dan membalas “Maaf pakcik saya masih pekerja baru disini, kalau pakcik nak tahu lebih mendalam lagi nanti pakcik tanya leader pakcik ya..”
Korang jangan kecam saya yaa… saya bukan taknak jujur tapi polisi kami memang tak boleh memburukkan apa-apa yang berkaitan syarikat itu, apa lagi nak jujur syarikat itu syarikat MLM.
Bayangkan if saya bagitau apa yang betul dan pakcik itu beritahu yang lain sampai la leader mereka dengar.. memang teruk saya akan kena.. ya saya bodoh dan pengecut.. dan saya tahu dengan saya berahsia pun sebenarnya saya dah bersubahat dengan mereka.
Hari- hari saya datang kerja memang tak ada pun perasaan tenang tuu, wajah2 mak cik pak cik yang bersemangat nak melabur untuk mereka anak cucu sentiasa menghantui saya. Tawar hati dengan kerja saya time tu.
Jujur saya bertahan hanyalah disebabkan GAJI. Memang boleh kata saya kerap sakit time tu, iya la kerja Graphic Designer sampai larut malam, 4 @ 5 pagi baru tidur dalam masa yang sama event dan class training mereka juga saya perlu terlibat.
Lagi terasa apabila syarikat saya perlu berpindah ke negeri lain. Bila ada event besar memang ulang alik selangor ke sana.. agak bahaya untuk saya seorang perempuan yang menunggang motor.
Tapi saya ambil positif, mungkin Allah nak saya berhenti. Sebab itu syarikat itu pindah jauh dari tempat tinggal saya.
Banyak kali tunang saya suruh saya berhenti dan sentiasa menasihati saya,
“Awak tak rasa serba salah ke if suatu hari awak bertembung dengan mereka yang pernah terlibat dan ditipu dan mereka cop awak penipu, scammer walhal awak hanya mengikut arahan orang atasan awak je.
Awak designer tapi awak bersubahat designkan mereka poster-poster yang berunsurkan penipuan. Awak tak rasa awak salah seorang macam mereka ke sayang? Awak bertahan sebab gaji?
Pernah tak awak terfikir gaji awak yang sekarang ni datangnya dari mana? Gaji yang datang dari penipuan dan menjadi darah daging awak.. awak rasa berkat ke? ”
Ya, saya tersentak dengan kata-kata dia, betul apa yang diperkatakan. Gaji saya memang masyuk tapi saya sentiasa rasa tidak pernah cukup. Rasa cepat je habis.
Saya berdoa dengan Allah, solat istikrah makin lama Allah tunjuk kepada saya satu persatu. Hari demi hari hari saya semakin tawar hati, hari demi hari hidup saya makin serabut. Terasa kosong sangat. Balik kerja memang tiada senyuman pun pada muka.
Setiap malam nangis burn out dengan kerja. Staff semakin hari semakin ramai yang toksik. Gosip dan kutuk mengutuk memang tidak pernah miss dalam syarikat itu.
Sampai satu tahap, saya luahkan semua dekat mama saya. Saya minta maaf dengan dia and bagitahu dia saya tak boleh tahan kerja situ.
Saya terlalu tawar hati dengan semua benda. saya menangis depan mama and minta restu dan doa dari seorang ibu untuk permudahkan urusan saya cari kerja lain. Alhamdulillah tak sampai sebulan Allah bukakan saya satu jalan dan saya dapat rezeki bekerja ditempat lain.
Banyak kebaikkan saya dapat sekarang selepas berhenti.. tempat kerja yang dekat dengan rumah, staff yang friendly, boss yang baik, waktu kerja yang flexible.
Gaji? saya mula belajar untuk sentiasa bersyukur dan percaya dengan rezeki Allah, walaupun gaji saya rendah dari sebelum ini tapi saya tak pernah rasa tak cukup.
Saya nak nasihat dekat semua terutama sekali mereka yang nak cepat kaya atau mak ayah mereka terjebak dengan skim cepat kaya,
Ingatlah, Kekayaan tidak datang dengan cepat atau mudah. Elakkan daripada terjebak dalam skim cepat kaya atau pelaburan yang meragukan. Fokus pada usaha keras, disiplin, dan perancangan kewangan yang bijak. Kejayaan yang sebenar datang dari kerja keras dan kesabaran.
Saya ingin memohon maaf jika ada makcik, pakcik, kakak, atau abang yang pernah mengenali saya sepanjang saya menjaga event. Saya tiada niat untuk menipu kalian semua.
Untuk mereka yang masih bekerja dalam syarikat tersebut, sedarlah segera. Sampai bila korang nak bersekongkol melakukan perkara ini? Saya tahu banyak lagi sisi gelap syarikat itu yang belum saya bagitahu dan korang sendiri tahu. Jadi, sampai bila?
Korang sendiri pernah berkata yang korang tak tenang dan tak pernah rasa cukup dengan gaji yang diterima. Jadi, berhentilah. Berhenti menipu orang lain. Carilah pekerjaan yang berkat. Ingatlah, gaji itu akan menjadi sebahagian dari darah daging kita juga nanti.
Saya harap nasihat ini dapat memberi panduan dan kesedaran kepada kita semua.
Manggis, bukan nama sebenar.
– Manggis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit