Hi semua. Aku C. Mungkin ada yang ingat, dan ada yang tak ingat. Sebab confession aku sebelum ni tak meletop pon, cuma aku lega sebab ada jugak segelintir pembaca rasa confession aku tu membantu. Alhamdulillah.
Ini confession aku yang sebelumnya, (https://iiumc.com/reply-tips-
Aku ada perasan satu komen berkaitan anak. Aku tak masukkan tips jaga anak sebelum ni, sebab aku memang reply sepenohnya kepada confession brother kita yang dah nak berkahwin tu. Dalam confession dia tak ada isu berkaitan anak. So, aku skip la part anak tu.
Mengenai anak, aku dan wife aku memang mengamalkan prinsip atau konsep yang sama seperti pengurusan rumah tangga kitorang yang lain.
Prinsip, konsep atau formula yang kitorang gunakan dalam rumah tangga kitorang adalah “Permulaan hingga Separoh” dan “Separoh hingga Pengakhiran”.
So, untuk urusan rumah tangga kitorang, everything kitorang apply this formula. Contohnya, bab beli barang dapor.
Haritu aku ada explain yang barang dapor lebih afdal kalau husband yang belikan, sebab husband perlu tahu belanja dapor yang perlu disediakan setiap bulan.
So, macamana kitorang nak apply formula tu? Memandangkan aku yang beli barang dapor, maka aku akan menggunakan formula “Permulaan sehingga Separoh”.
Maksudnya, aku akan mulakan dengan (1) Keluarkan duit nak beli barang dapor, kemudian (2) Aku akan ke kedai atau fresh market untuk beli barang dapor, dan akhir sekali (3) Aku akan bawak balik semua barang ke rumah. So, untuk bahagian aku, “Permulaan sehingga Separoh” dah settle.
Sekarang ni, part wife aku pulak. Wife aku akan ambik formula “Separoh hingga Pengakhiran”. Wife aku akan sambung steps yang seterusnya, iaitu (5) Bila barang dah ada di rumah, wife aku akan unpack semuanya,
Dan (6) Pada masa itulah wife aku akan audit semua barang yang aku beli, bertepatan dengan piawaian dia atau tidak, sebab dia queen of the house. Tapi normally wife aku ok ja dengan semua barang yang aku beli.
Lepastu, (7) Kalau ada tak ada apa2 masalah, wife aku akan arrange semua barang mengikut pengorganisasian dia.
Wife aku ni ada sedikit OCD. Before aku beli barang, dia akan prepare menu yang dia akan masak untuk sepanjang minggu tu, dan list barang yang aku beli tu adalah based on apa yang dia akan masak.
Pada aku, lebih mudah macam tu, tersusun, dan barang2 yang aku beli pula tak adalah membazir sebab dia sure akan gunakan semuanya. Finally, we are done.
So, formula kitorang ni bermaksud, untuk barang dapor, aku akan mulakan tugasan sehingga separoh jalan.
Wife aku akan pick up everything yang aku dah buat, dan dia akan habiskan tugasan tu sehingga ke pengakhiran. So, this is how the works being done in our marriage.
Every single house chores dalam rumah ni, both of us akan take part. Siapa mulakan, siapa akhiri, yang tu kami decide sendiri lah. Biasanya based on our preference lah. Barulah saling melengkapi.
So, tak ada istilah aku penat lebih, wife penat lebih. Sama2 pikul responsibility, then everything terasa ringan.
Bab anak pon sama jugak. Once kau dah berkahwin, urusan rumah tangga kau is “a never ending process” ya.
Contohnya, bila aku beli barang, wife akan tengokkan anak. Bila wife settle kan barang di dapor, aku pulak akan tengokkan anak.
For your information, aku dan wife ada 3 orang anak. Yang sulung perempuan 9 tahun, yang middle lelaki 6 tahun, dan last skali perempuan 3 tahun.
Kitorang ni antara yang TTC jugak la, after 5 years of marriage baru lekat. Dan aturan Allah untuk kami sangat indah.
Lepas dapat anak sulung, kami try to get another child, dan Allah hadirkan selepas 3 tahun. Sama jugak yang seterusnya. After 3 years.
Tapi wife aku dah mintak close kilang. Dia cakap dia dah letih. Aku pon respect dengan decision dia. Because that is her body. Pada aku, rezeki yang Allah bagi ni pon tak ternilai.
Sepanjang tempoh berpantang, aku yang akan bangun malam bila baby nangis. Aku akan angkat baby dan letak di riba wife aku, dan wife aku akan susukan baby.
Sepanjang tempoh dia berpantang, pagi petang siang malam, bila aku ada di rumah, aku yang akan take the responsibility.
Dan house chores yang biasanya aku split dengan wife aku, sepanjang dia berpantang, aku took over. Dan rumah memang agak messy sikit la masa tu.
What do you expect? Aku lelaki, of course dengan ketiadaan sentuhan wife aku, rumah messy la. Tapi, tak ada lah teruk sangat.
Aku hire confinement lady masa tu. Jadi, sepanjang aku bekerja, akan ada orang teman wife aku.
Korang jangan cakap, “Boleh la gaji banyak nak hire CL. Habis tu, yang tak mampu ni macamana?” Like I said in my previous confession, tips yang aku bagi nih adalah mengikut dunia realiti aku.
Dan aku beri tips mengikut financial status aku. Orang lain, maybe diorang mintak tolong mak ayah atau adik beradik diorang. Ada ja colleague aku yang buat macam tuh. Ikot kepada kemampuan kita.
Lepas saja wife aku habis pantang, maka kitorang resume baliklah house chores macam sebelum2 ni.
Cumanya, bila waktu wife aku tengah buat house chores, adalah jugak dia kena divert attention dia pada anak aku. Dan masa tu, aku kena man up la, ambik alih tugasan rumah tu.
So, masa nih, husband2 di luar sana, korang kena ikhlaskan hati lah buat house chores lebih sikit.
Wife kau dah ada new routine added on her plate. Kau sebagai husband, just need to continue doing the things that you have been doing all along. So should be no issue for you to take the responsibility.
Macam kitorang, itulah yang kitorang decide. Urusan house chores masih macam biasa, cuma bila masok bab anak, wife aku yang akan step up, tinggalkan house chores yang dia tengah buat tu, dan aku yang akan sambung.
Once dah ada anak, kita tak boleh nak rigid ikot satu per satu tugasan yang dah pon kita split dengan partner kita. Kena ada flexibility sikit, itu pon, flexibility based on apa yang kita dah tetapkan sebelum ini.
Sekarang ni anak sulung kitorang tu boleh diharap dah untuk jaga adik2 dia.
So, korang pandai2 lah train anak sulung korang. Tak salah ambik kesempatan sikit. Hahaha. So, kalau anak sulung kitorang jaga adik2 dia, both of us akan sambung urusan kitorang yang tertangguh.
Actually, banyak house chores kitorang yang cepat siap bila kitorang amalkan formula tu. Dan indirectly, kitorang ada banyak masa nak spend dengan anak2 kitorang. Well, I think that’s it.
And yes, I am a man, and I am proudly sharing the tips with you guys (with the approval from my wife, of course, hahaha). Mudah2an rumah tangga kita semua diberkati dan bahagia.
~ Signing out
– C (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit