Reply to “Ajaibnya sedekah.”

Terima kasih admin kalau sudi approve confessions sy nih.

Assalammualaikum semua, sy nak cerita sikit mengenai ajaibnya sedekah ni..lepas sy baca satu confession bertajuk "Ajaibnya sedekah."

Macam ni sebenarnya, sy seorang cikgu salah satu sekolah di utara Malaysia. Sy dah berkahwin agak lama dan masih belum ada anak. Macam-macam rawatan yang sy cuba termasuklah berjumpa dengan pakar…tapi masih belum dikurniakan rezeki pada tahun 2015…

Sy redha dan berfikir mungkin tiada rezeki anak untuk sy lagi sebab Allah tau bila masa yang sesuai untuk sy bergelar ibu. Mungkin 5 tahun lagi, mungkin 10 tahun lagi..kita manusia biasa memang takkan tahu bila masanya.

Jadi sy amik keputusan untuk teruskan kehidupan sy seperti biasa (rawatan kesuburan tetap diteruskan). Suatu hari, salah seorang murid sy tidak hadirkan diri ke sekolah. Pada mulanya sy ingatkan kemungkinan murid sy itu tidak sihat atau sakit.

Keesokkannya dia hadir ke sekolah. Bila sy tanya kenapa tak datang sekolah semalam? Dia just senyum je tak cakap apa-apa. Esoknya pula sekali lagi dia tak hadir ke sekolah. Sy pun risik lah dari kawan- kawan baik dia kenapa murid sy ni tak datang.

Rupa-rupanya dia takda duit untuk tambang bas. Mereka dari keluarga yg susah. Jadi setiap hari dia bergilir-gilir dengan 2 lagi adik beradiknya (sekolah yg sama) untuk datang ke sekolah. Maksudnya kalau hari Isnin dia xdatang, abang dia dan adik dia datang, kalau selasa pulak, abang dia yg xdatang, dia dan adik dia yg datang dan seterusnya. Allahu…sedihnya… Sy tau nak marah je dia ponteng sekolah tapi xsiasat dulu apa sebabnya….

Jadi bermula dari saat tu sy survey berapa harga tambang bas sebulan untuk tiga beradik tu.. Dan sy tolong bayarkan setakat mana yang sy mampu.. Alhamdulillah sejak dari tu…tiga-tiga beradik tu boleh datang ke sekolah tiap- tiap hari… :')

Dan jugak 2 bulan kemudian sy disahkan mengandung.. Ya Allah hebat sungguh kuasa Allah. Balasan dari perbuatan sy tu Allah balas dengan satu nyawa yang memang sy tunggu-tunggu dari dulu… Allah makbulkan doa sy… Masa tu baru sy sedar betapa besarnya balasan rezeki untuk kita apabila kita bersedekah…. Alhamdulillah..

Jadi kesimpulannya, jangan kita rasa rugi dengan memberi..sebab Allah akan balas sedekah kita dengan murahkan rezeki kita, diberi kesihatan yang baik, dimudahkan segala urusan dan sebagainya…

Thanks sebab baca sampai habis. :)

– Cikgu biasa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

3 Comments

Comments are closed.