reply to aku tak mahu balik raya

to Perantau

Saya rasa awak dan saya adalah kindred spirit, bezanya saya sudah berkahwin dan punya anak satu dan awak masih bujang. percayalah, masalah awak takkan berakhir walaupon awak dah berkahwin.

ni saya cerita pengalaman saya ya. Saya anak sulung daripada 3 beradik, 2 dibawah saya adik lelaki, adik lelaki no 2 saya sudah pon bekahwin tahun lepas.

Saya daripada saya kecik mmg merasakan saya dilahirkan utk dijadikan khadam di rumah mak sy, sejak saya berumur 7 tahun, perkara seperti mengemas rummah, membasuh pinggan mangkuk, menyapu sampah adalah mmg kerja saya seawal pagi. Waktu raya kerja saya jadi double sbb nak kena tolong buat kuih dan juga kek dan bantu mak masak rendang, nasi impit kuah kacang. Sejak saya bersekola menengah, hari pertama hari raya saya mmg akan demam sbb terlalu penat kerana semgu sblm raya, sudah pasti sy tidak mempunyai tidur yg cukup kerana sy seorg sj yg mak boleh harap, adik beradik laki sy mmg akan lari dari tanggungjawab setiap kali kalau nampak saya buat kerja. Maklumla, lelaki kan? xmacho la nak buat kerja mcm sapu sampah.

Kwmudian setelah menginjak dewasa, mmg setiap kali bulan puasa, ujung mgu mmg sy kena balik rumah mak utk bantu cuci rumah mak sy. Penat tu mmg jgn ceritala, sabtu balik, isnin kerja. pengsan hoiii..

Rumah tu jgn ceritala, sawang habuk rokok, bekas makanan, bekas plastik roti merata2, nasi kering melekat dkt karpet kerana lazimnya family saya suka makan depan tv dan apabila nasi tumpah, akan dibiarkan kering dan melekat pada karpet. cuba teka siapa yg kena cuci semua tu? Sayala, sapa lagi. bilik air pulak berkerak dan kotor mengalahkan tandas kedai mamak. Dapur pula dgn sampah berlonggok tak buang, makanan yg sudah expired bertahun2 pon mmasih simpan, lipas dan tikus pon berkeliaran sesuka hati.

Nak masuk bab duit? Bapak sy boros, pantang jumpa perempuan susah, mmg dia nak bantu, dlu saya bagi dia supplementary kredit kad utk dia gunakan utk family seperti membawa mak sy makan di hotel atau membeli barang grocery tp nan hado. Dia bole belikan perempuan mana ntah washing machine harga 1500. Setiap bulan mmg saya akan bagi ibu saya 200 utk ibu belanja sesuka hati. Mengamuk sy bila dpt tau bapak sy gunakan kredit kad tersebut utk perempuan lain, terus saya cancel cr card tersebut dan bayar outstanding balance dan sy amik keputusan utk tidak pulang ke rumah selama 6 bln. Bayangkan, my hard earned cash bapak sy senang wenang bg perempuan lain? tp masa tu sy tetap pulang ke rumah sblm hari raya kerana mak dh merayu2 minta sy pulang utk bantu dia kemas rumah.

Kemudian saya kahwin.. Masalah baru pulak timbul, suami insist utk beraya di rumah mertua pada hari raya pertama dan kedua, ini disebabkan mak bapak sy anti sosial, jadi tiada siapa akan datang beraya di rumah kami pada ray pertama, dan bapak sy takkan balik ke rumah opah sy pada raya pertama kerana konflik adik beradik dia. Kelakar kan? Jadi suami maukan suasana raya yg meriah di kalangan saudara mara di rumah mertua, jadi saya sbg isteri, terpaksa menurut. tp sy tak lepaskan tanggungjawab sy, semasa sy blom ada anak, sy masih balik rumah mak sy utk tolong, dan sy belikan kuih raya utk mak sy di samping hadiah lain. Setelah sy punya anak, setiap mlm raya, kami singgah umah mak sy dahulu, utk suami berehat sebentar dr perjalanan jauh, dan sy utk bantu mak sy mengemas dan memberikan mak sy kuih raya dan kek yg telah sy buat di rumah sy.

Tahun lepas, rezeki sy utk dpt berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. 2 bulan sblm raya sy sudah ada di rumah mak sy utk bantu mengemas. Mmg sy gunakan peluang ini utk mengemas drpd luar rumah, dalam rumah dan juga stor di rumah mak sy. Kira mcm overhaul satu rumahla. Dari pagi smp mlm mmg tak berhenti buat kerja melainkan utk urusan anak sy. Mmg banggala sy bila saudara mara dan jiran yg dtg kerumah memuji mengatakan rumah mak sy dah bersih. Kembang kempis idung joyahhh. Hahaha..
..

Nak dijadikan cerita beberapa hari sblm raya, saya dapat tau bapak sy masih dgn perangai lama beliau iaitu membantu perempuan muda yg susah dgn memberikan wang kepada mereka dan berchatting perkara yg tak elok, paham2 jela kalau antara lelaki dan perempuan, cerita pasal apa lagi kan. Sy tak nak ckp, sbb jijik. Jadi sy cerita kepada mak sy dan bapak sy dah declare sy sbg anak haram. Sy juga telah demam selama semgu kerana terlalu letih.

Jadi tahun ni raya, saya membuat keputusan utk tidak pulang terus ke rumah mak sy. mungkin singgah otw utk bg kuih raya je. lps tu teruskan perjalanan balik ke rumah mertua. Hadiah mak sy, sy sudah kirimkan melalui pos sblm puasa lagi. Adik ipar ada mengatakan yg mak sy rindu sbb sy langsung tidak mengangkat telefon, dah setahun sy tidak bercakap dgn sesiapa dlm keluarga kecuali sikit2 dgn adik ipar melalui whatsapp utk beberapa urusan keluarga. Kali ni sy tidak akan mengalah, dan sy mmg tidak akan pulang beraya, cukupla sy dijadikan sbg khadam dan anjing bodoh sbb mempercayai cerita buruk tentang mak sy drpd bapak sy, tp bapak sy tu tak malu pulak belanjakan duit gaji mak sy.

Cukupla, sy sudah serik, drpd kecik perkataan bodoh, anak haram, haram jadah tu mmg selalu meniti di bibir bapak sy. Jd cukupla, hati sy sudah tawar utk balik. Mungkin ada segelintir drpd anda semua takkan bersetuju dgn tindakan sy, tp percayala, apa yg sy ceritakan ni tak smp 30% drpd apa yg sy lalui selama sy membesar. Cukup la smp sini saja, sy harap penceritaan ini bole dijadikan iktibar utk ibu bapa di luar sana utk lebih berkasih syg dgn anak sendiri drpd maki hamun dan carutan kpd anak.

Kepada Perantau, sy harap awak terus tabah dgn keluarga awak

– joyah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Tau x knp Allah beri ganjaran yg sgt besar utk mereka jaga ibu dan ayah?? Percayalah, mmg penat sgt.. Bukan sekadar penat fizikal, malah emosi juga… Lagi penat daripada jaga baby.. Baby xmerenyih mcm org tua kita,, kita suap susu , dia senyap, main main dgn baby dia ketawa.. Tpi org tua? Beri susu xmahu.. Beri itu xmahu.. Buat bubur sbb nk mkn bubur tpi xmkn sbb bubur dah sejuk.. Dan mcm mcm lagi ragam…Sy pernah melaluinya… Walaupun sy jaga mak xda teruk sgt tpi itupun rasa penat juga.. Sy cuba ikhlaskan sebaik mungkin… Sy sgt kagum dgn mereka yg sanggup jaga makayah masing masing dari a-z..Tentu kesabaran dia sgt tggi…nak nak plak bila org tua kita sakit..Sy harap kalian berbakti selagi mampu, jgn hrapkan pujian, tpi harapkan keredhaan Allah swt juga… Yakin akan ada ganjaran lain.. Mana tau asbab kita jaga mak ayah, tuhan bg anak anak cerdik dan dgr kata…

  2. Walaupun seteruk mana pun layanan mak ayah dan adik beradik pada kamu…jgnlah sampai menidakkan hubungan itu. Nak dpt redha Allah…buat baik dengan mak ayah…dan jaga silaturahim dengan adik beradik. ALLAH tahu kamu adalah anak yg baik…hati yg penuh dengan ehsan…jadi buang kan perasaan amarah tu. Tiada yg dpt dinilai dengan kasih syg seorg mak. Kuatkan diri…solat malam…mohon dengan Allah agar…ibu dan ayah kamu akan lembut hati.jgn nanti bila diaorg dh x de…kamu akan rasa menyesal…dan percayalah…saat itu…segalanya sudah tidak bermakna lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *