Reply to Anxiety Disorder by T – 3:34 PM

Reply to Anxiety Disorder by T – https://iiumc.com/forumv2/

Assalamualaikum & Hi juga..
Firstly terima kasih pada admin sebab approve reply ni. Sayang admin..btw saya bukan student uia ye, cuma penggemar page ini..

Dear T, dan para penghidap anxiety disorder yg lain, ketahuilah anda tidak berseorangan. masih ada yang stuck dalam hidup sebab menghadapi anxiety disorder dan social phobia ni.. saya nak cerita serba sedikit ttg saya, saya anak last dari 5 orang adik beradik. saya ada 3 abang dan 1 kakak.. saya lebih rapat dgn abang2 saya berbanding kakak kerana kakak saya dari form 1 lagi dah masuk asrama jadi saya tak rapat dengannya. nak dijadikan cerita, saya paling rapat dengan seorang abang saya ni, abang yang kedua saya namakan dia S tapi perangainya lain sikit dari yang lain.. dia seorang yang kelakar dan penyayang. yet mulut longkang. dalam 3 orang abang saya, S ni lah yang selalu ambil berat pasal saya, dan sentiasa bergurau senda dgn saya. saya memang senang dgnnya tambahan dia juga yg banyak membantu saya dari segi kewangan sewaktu saya di kolej. kalau saya tiada duit, S adalah tempat saya meminta bantuan. Banyak saya cerita ttg S, kerana saya rasa punca anxiety disorder saya ada kaitan dgnnya juga.

S memang baik, rapat dgn saya, kelakar, xberkira duit dgn saya, tetapi satu, dia selalu bergurau kasar dengan saya. yelah adik beradik kan. memang ada gurau2 ni. tapi gurau dia menyentuh ttg rupa paras saya. dari saya kecil sampai saya dah umur 24 tahun ni, dia selalu gurau dengan menggelarkan saya hodoh, buruk dan saya ada panggilan, dia panggil saya BuBu. bila saya tanya maksudnya dia kata maksudnya buruk. waktu saya kecil2 dulu mmg lah benda ini saya rasa gurauan, tetapi semakin saya besar, benda ini tertanam dalam minda saya, menyebabkan saya merasakan saya benar2 buruk. dan seperti alien. jadi saya tiada keyakinan untuk bergaul dengan orang. saya rasa orang takut tengok saya. saya perempuan, jadi benda seperti fizikal ni sangat menjadi concern saya. S juga bergurau menyatakan saya ini anak angkat dan mak saya jumpa saya di tong sampah. itu semua dinyatakan dgn nada bergurau. natijahnya, saya jadi tiada keyakinan nak bergaul dgn orang escpecially lelaki. pada hemat saya, lelaki ni jujur kalau dia kata sesuatu tu maksudnya benda tu betul. jadi saya memang anggap saya buruk, aneh dan teruk. saya menjadi socially awkward.

Dan benda ini menjadi teruk sewaktu saya form 4, saya dapat diterima masuk ke boarding school. dari sek. rendah sehingga menengah saya bersekolah di sekolah perempuan jadi masalah ini saya tak nampak sgt. bila masuk boarding school bercampur lelaki perempuan dan saya sangat culture shock. saya rasa macam nak lari dari semua orang. sebab saya rasa saya buruk dan aneh. yang menegur saya cuma rakan sebelah katil saya, dan yang lain saya tidak bercakap mahupun bergaul sangat sebabkan kurang keyakinan saya. hidup saya cuma dengan buku dan exam sahaja.

Masuk ke kolej, masalah kembali lagi. saya dapat satu course yang memerlukan saya utk sentiasa bercakap di hadapan selalu, presentation, bergaul dan bercampur dgn lelaki dsb. waktu mula mendapat course ini saya berkeras xmahu pergi sebab saya tahu sifat saya macam mana tapi ditentang hebat ibu dan ayah. mereka paksa saya masuk juga. akhirnya atas desakan mereka saya pergi dgn harapan anxiety dan social phobia saya akan berkurang dgn mengambil kos ini. tapi saya silap, masalah saya semakin bertambah. setiap kali presentation, saya gugup, saya xtahu apa saya cakap, suara saya juga terketar dan tangan sejuk setiap kali ke hadapan. saya rasa setiap kali saya present orang akan bercakap2 ttg saya, mata2 mereka memandang saya dengan penuh keanehan. saya rasa saya seperti makhluk yang aneh yang bercakap di hadapan. ini semua tancapan dari kata2 abg saya yg konon2 nya bergurau itu.

orang kata praktis selalu akan buat kita jadi biasa. saya cuba buat macam tu tapi itu tak berlaku pada saya, semakin saya ke depan semakin teruk keadaan saya. sampai lecturer pernah tegur saya tanya kenapa saya nampak depress bila ke depan. saya jadi benci dgn diri sendiri sebab kenapa saya tak boleh mcm orang lain yang boleh siap buat lawak di hadapan dan begitu releks. Bagi org lain bercakap di hadapan bukanlah masalah besar tapi pada saya ia sesuatu yg amat sukar. saya sering menyalahkan S kerana dari kata2nya saya kurang keyakinan. termasuk lah hal percintaan. saya merasakan tiada yang mahukan saya dan saya akan menjadi andartu sampai tua. namun begitu semakin saya menginjak usia, dan ramai yg berpasang2, saya mencuba juga berkenalan dgn lelaki menerusi fb.. dalam fb mmg lah rancak berbual, sampai satu saat dia minta gambar saya dan ajak berjumpa. ah sudahhh kata saya. namun saya gagahkan hati saya juga utk berjumpa dan utk melawan anxiety saya ini. saya anggap itu langkah pertama saya utk biasakan diri bergaul dgn lelaki. mmg awkward sgt perjumpaan tu dan spti saya jangka lepas sebulan dari tarikh kami berjumpa dia menyatakan kami cuma kawan even sebelum jumpa kami konon2 bercinta. dari situ saya beranggapan bahagian saya tiada utk bercinta. saya bertanya kenapa? katanya dia tiada perasaan dekat saya dan masih xlupa cinta pertama dia. dan ya dia mmg hensem. takkan lah nak dekat saya. baiklah. selepas itu, saya xputus asa, saya nak tahu jwpn knpa dia putuskan saya, saya berkenalan lg dgn seorang lelaki ni.. yang rupa nya biasa2 sajalah. hari 1st kami jumpa, dia kata saya cantik. saya mcm, yeke? rasa cam xpercaya je. lelaki kan. lepastu, pernah dia nak cuba pegang tangan saya. jadi saya tinggalkan dia sebab saya rasa bukan lelaki yang baik. saya bukan nak permainkan dia tapi ada sebab saya tinggalkan dia. kemudian confident level saya naik sedikit. kemudian saya berkenalan lagi dengan seorang lelaki ni. dia baik. sekali lagi eksperimen saya bermula utk boost confident saya. lepas berkawan thru social media, teruskan dgn whatsapp dan berjumpa. satu hari tu dia whatsapp saya bertanya status saya. betulke tiada yg suka? saya cakap tiada. dia tanya kenapa sebab saya cantik. saya rasa macam, yeke? macam tipu je. dia kata, tiada sebab dia nak menipu. dan dia kata dekat saya jangan merendah diri sgt. dan mmg saya tak rasa saya cantik pun. dia buta agaknya. dan baru2 ni dia berjumpa dgn parents saya. berkenalan dgn whole family saya dan bagitahu dia serius. dan saya taktahu nak kata apa.. patut ke saya bagitahu penyakit saya. help meeeee.. saya taknak kecewakan siapa2, tapi saya tak yakin dengan keadaan saya.. helpp, mohon jgn kecam

-bungajejarum-

– Bunga Jejarum

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *