Reply to “apa laki fikir ?” – 1:15 PM

Reply to "apa laki fikir ?"

Assalamualaikum.. Kepada lelaki dan perempuan diluar sana.

Apa kata apa perempuan fikir ?

Kita semua tahu bahawa masing-masing punya imaginasi dan nafsu sendiri. Tipulah cakap perempuan tak bernafsu langsung tengok lelaki. *kalau normal la* Ya, perempuan juga berimaginasi kalau terpandang lelaki hensem atau body sasa atau lelaki berseluar ketat sampai "timbul" atau berseluar pendek atau berambut pacak atau yang berbau wangi atau lelaki yang tersayang. Sebab tu perempuan kadang-kadang tak sabar nak kahwin. Sebab dia dah imaginasi macam-macam. Tak semestinya imaginasi kotor la.. imaginasi yang suka-suka atau romantik sebagai suami isteri. Tapi cepat2lah istighfar. Sebab itu sama-sama tundukkan pandangan. Bukan tunduk tengok jalan je. Tapi tengok dengan rasa hormat dan jangan tengok untuk kali kedua. Sebab itu dah macam sengaja tak jaga mata. Bacalah quran. Dekatkan diri dengan Allah. Lelaki takpayahlah syok imaginasi scary lah hape lah. Perempuan pun ada le. Cuma mereka ada sedikit malu untuk tunjuk bahawa mereka macam tu dan kebanyakkannya fikiran dia dekat benda lain jugak. Macam lelaki jugak. Tak macam lelaki kan senang je cat calling perempuan. Tapi pernah nampak perempuan cat calling lelaki? Takde kan? Jarang sekali lah kot.Lelaki tetap magnet perempuan and vice versa. Cuma tak ramai tunjuk gatal. So on the both side, take care of yourself. Take care of your dignity. Tak kira lelaki atau perempuan. Perempuan walau dia macam tu dia tahu dia makhluk lemah dari lelaki jadi mereka takdelah agresif macam lelaki. Jadi jagalah diri masing-masing ye. Solat jangan lupa kerana solat yang baik dapat menghalang kita daripada berbuat benda yang mungkar :) Sekian

– Slaying feminism

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *