kepada mizznyna ,
akak paham perasaan adik. akak paham lagi2 part bilamana rasa jeles tengok kawan pergi travelling sane sini dan usrah sana sini,khidmat masyarakat sana sini.
Bila tengok gambar, rasa jealous . rasa jealous tengok diorang yang nampak ada unsur 'persaudaraan' dan 'dakwah' dengan usrah diorang.
yang orang macam kita ni, duduk rumah , jaga orang tua. Orang macam kita yang orang panggil anti sosial.
Padahal, mereka tak pernah nampak kenapa kita kena duduk rumah. Orang tua mereka, sihat lagi, atau juga, mungkin sudah meninggal dunia keduanya. Sebab itu mereka mengisi kekosongan hati dan masa mereka dengan aktiviti usrah / dakwah dan sebagainya.
Dan orang macam kita ni adik , yang masih ada orang tua yang semakin hari semakin tak berdaya , itu memang tanggungjawab kita untuk jaga mereka , berkorban untuk mereka. Apa yang adik rasa adik banyak berkorban untuk ayah adik itu sebenarnya tak setanding langsung dengan pengorbanan ayah adik besarkan adik.
Dan adik, Allah tengok amalan kita, keikhlasan dalam amalan, bukannya segah mana kita cuba untuk melakukan amalan kita.Ada orang,dia berdakwah punyalah gah ,tapi niatnya salah. Dia berniat untuk berdakwah kerana mahukan populariti dan pujian manusia.
Mereka yang join program kerohanian, mungkin dapat pahala melalui mengikuti majlis ilmu, dan adik pula,walaupun tak dapat join program kerohanian , adik dapat pahala yang sangat besar dengan menjaga ayah adik . Siapa tahu nilai pahala kita dik selain Allah ? Sebab itu niat kerana Allah itu penting. macam adik, adik niat menjaga ayah adik kerana Allah.
Oh ya adik , majlis ilmu dan program kerohanian ,tak semestinya kene buat macam usrah tu atau sebagainya. Pegi usrah online pon bole. Zaman sekarang, facebook pon banyak group usrah. Gunakan internet sebaiknya.
– Minah