reply to confessor “buat yang terlanjur” – 3:33 PM

reply to confessor "buat yang terlanjur"

Assalamualaikum. Kak min tolong approve ya.

Aku dulu pun macam kau.ringan2.then aku bertaubat.lepas tu aku berubah pakai tudung labuh dan tutup aurat dengan sempurna.tapi satu je masalah aku.aku rasa aku suci gila bila dah berubah ke "pangkal jalan". Kemudian aku memandang enteng kepada penzina2 dan aku anggap mereka hina.kemudian satu hari hati aku terpikat dengan kehadiran seorang lelaki yang aku idam idamkan.lelaki yg alim dan warak.pandai baca alquran.tanpa siasat apa2 aku terima dia.kemudian setelah beberapa bulan,dia dtg jmpa aku dan dia sewa hotel.sekali lagi aku tewas dengan godaan dan mulut manis lelaki.aku terbuai dengan janji manis bahawa dia akan kahwini aku.aku beringanan dgn dia.kali kedua dia datang pun sama.yang ketiga aku terlanjur.kemudian aku dapat tahu dia curang.ya Allah.hancur gila hati aku time tu.sebab aku ingatkan dia setia.alim la katakan.heww.bodohkan aku.lepas tu aku putuskan untuk tinggalkan dia.sebab dia sering tak jujur dengan aku.dan dia pernah bagitau nak bertanggungjawab ke atas aku.tapi aku tak nampak pun usaha dia.sebab tu la aku tekad tinggalkan dia.

So sekarang,korang nampak tak main point yang aku nak nyatakan? Jangan berasa angkuh dan suci.life ni macam roda beb.kata kat orang kencang last2 kena kepada diri sendiri. Lagi satu jangan mainkan hati perasaan orang.sebab dulu aku ni playgirl.tapi tak pernah pun dating sebab semuanya duk jauh2.one day aku tinggalkan seseorang tu.pastu dia sumpah aku, dia kata "sampai hati kau mainkan perasaan dan hati aku..!kau tengok la nanti.suatu hari nanti kau akan terima balasannya!kau ingat tuh!!" Sampai sekarang terngiang ngiang ayat tu.mungkin juga ni balasan utk aku sebab aku pernah mainkan perasaan lelaki suatu ketika dahulu.

So moral of the story is :
1)jagalah ikhtilat.
2)kalau kita tak sukakan seseorang tu,jangan lah kita beri harapan palsu.kelak nanti merana.
3)jangan berasa diri kita ni suci dari dosa hingga memandang orang yang berdosa tu hina dan jijik.
4)tiada insan yang tidak pernah berbuat dosa.jadi kita jangan lah lupa untuk selalu bertaubat.bersihkan hati dengan istighfar.
5)jangan selalu mengata orang.kelak akan berbalik kepada kita.

Semoga di kita semua dijauhkan perkara yang tak elok dari kita semua.aamiin..

Aku nak minta maaf andai penulisan ni ada yang mengguris hati dan perasaan kamu semua.aku cuma manusia biasa.kadang iman naik kadang turun.cerita ini adalah untuk peringatan bersama. Yang baik datang dari Allah taala. Yang buruk datang dari kelemahan aku sendiri.

– tanpa nama

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *