Reply to Isu Terlanjur – Double Standard? Hipokrit?

Untuk admin harap sangat dapat approve cerita saya.

Salam warga IIUM dan readers sekalian. Saya merupakan pelajar tahun dua siswi iium. Saya ingin memberi komen sikit tentang Pogo post yesterday; tajuk Isu Terlanjur – Double Standard? Hipokrit?
Sebelum ini saya juga silent reader. Tapi selepas baca post kamu (Pogo), saya tergerak hati nak menyuarakan pendapat saya tentang isu lelaki yg sudah "hilang" teruna. Saya ingin menceritakan tentang pasangan saya. Sebelum saya proceed, saya nak cakap yg saya masih suci dan tidak pernah disentuh. Saya gelarkan tunang i B. B dulu bersekolah di sekolah agama.

Saya dan B baru sahaja bertunang 2 bulan yg lepas. Kami dah berpasangan selama 5 tahun, jadi segala baik buruk dia saya dah kenal; termasuklah his dark past. Tunang saya ni dia jenis yg ramai kawan, suka tolong mak ayah, suka tolong orang tua, suka tolong stranger in need (contohnya kalau dia tgh driving and nampak kereta rosak dkt sebelah, dia akan stop kereta and tolong orang tu. And pernah haritu saya jalan dengan dia dkt quill city mall, kitorg nak naik tangga pastu ternampak ibu ni bawak anak dia yg sedang tidur guna stroller, the mother tu nmpk mcm tak larat nak angkat stroller tu naik tangga, so she asked help from her hubby but suami akak tu ignore his wife, sibuk main phone. Then my tunang terus offer a help and angkatkan sampailah kat atas. Her husband masatu muka malu sangat sangat. Kah!) Jadi melalui cerita ni korang dapat kenal yg dia ada personality yg baik, which is something yg i kagum sangat dgn dia. And dia banyak kali tolong i dan family i, tu yg buat i sayang dia sangat sangat.

I berkenalan dgn B thru a friend of mine. Masa mula kenal, my tunang ni is a shy person and jenis yg insecure. We never met before this, dia yg minta number i dari kawan i. So i selalu jugalah ajak berjumpa sbb masatu kitorg dh setengah tahun couple but he always find excuses to avoid meeting up. Dia insecure, dia takut i tak dapat accept rupa dia bila jumpa nanti. Dia tak tahu yg sebenarnya he's already cute. He's besar, gempal but he's cute. I suka. And yg paling penting i mmg tak judge rupa orang, i tak kisah pun kalau rupa dia yg sebenar lebih teruk than pictures because what matters more dia punya sifat.
So yeah haritu dia agree untuk berjumpa. And i was the happiest girl alive. I was happier bila dah jumpa dia. He's a nice guy, and yes chubby but overall i memang dah jatuh cinta dengan dia. Perwatakan dia yg matang and at the same time has sense of humour. Kita lepak dekat mamak masak first date. I really had fun masatu.

Makin lama kita kenal seseorang, makin banyak kekurangan dia yg kita akan nampak, betul? Ha masatulah saya diduga dengan perangai buruk dia. I caught him cheating on me. Texting to several girls online on dating apps. Mostly dgn niat utk tidur dengan perempuan tu. Masatu hanya Tuhan saja tahu how broken i was. I setia dengan dia selama ni. Honestly, ramai juga lah lelaki yg cuba nak rosakkan hubungan kitorg dengan mengorat i tapi i memang ignore those guys because i already found my true love so buat apa i nak layan kan? So bila i dpt tahu dia senang2 curang sedangkan i berhempas pulas nak jaga hubungan, my world crashes. Masatu i dah made up my mind untuk tinggalkan dia. I know that i am not perfect but i will never stay with someone yg tak loyal. And cheating tu bukan our natural habit, cheating tu bukan our imperfections; but cheating is a choice.

I terus terang dengan dia pasal dia curang. And i left him. Bermula lah lepastu dia cari i. Call i. Whatsapp i. Text i. Cari i dekat rumah sewa. Cari i dekat rumah family. Sebulan dia cari i, hantar messages panjang lebar yg dia dh berubah, dah bertaubat. Saying that he really cant live without me. Tapi i dh tawar hati masatu. I dh bertekad nak move on. Sampailah satu hari ni, i dgn kawan i tengah jalan dekat mall. And suddenly ada lelaki tegur i. Dia ckp yg dia kawan B. Dia cakap yg B dah lain sekarang. B yg dulu seorang yg ceria, tapi eversince bila i tinggalkan dia, B tak terurus dan murung. Selalu terperap dalam rumah & jarang lepak dengan kawan kawan. Kawan kawan dia rindu B. Kawan dia mintak i pujuk B supaya keadaan B normal balik. Kawan dia tak suruh pun i get back with B cuma dia suruh i pujuk B. His family and friends worry about him. Dia takut B sakit.

Masatu i tktahu nk buat apa. I cuma angguk dan minta diri. I terkejut juga B dh mcmtu bcs I thought that he was fine without me. I dh mula risau. I cuba nk call dia but I already deleted his number. Malam tu, ada unknown number call i. I terus angkat and Alhamdullilah it was him. And dia paksa jangan letak, ada benda yg dia nak jujur dgn i and dia nk jumpa. So i agree utk jumpa esok pagi dekat taman. Bermulalah masatu dia jujur dengan i tentang his past, his bad behaviour. Dia jujur yg dia pernah tidur dengan perempuan lain masa couple dengan i. Dia juga jujur yg dia pernah tidur dengan pelacur sebelum jumpa i lagi. Masa couple dengan i, dia tidur dengan rakan sekerja dia. That girl tu 2 years older than him, and that girl tu dah biasa main dengan lelaki. My tunang said dia tak pernah main dengan anak dara. B said that he really loves me and cant seem to stop loving me. B dah bertekad untuk setia dan akan tinggalkan segala maksiat and tak akan contact perempuan langsung. Tetapi B cakap yg dia redha kalau i pergi sebab dia sedar yg dia dh banyak buat silap dekat i yg menghargai dia selama ni. He said that dia tak layak untuk bersama dengan i yg setia and lovable, sedangkan dia dh curang and hurt my feelings. B redha kalau i bersama dgn org lain as long as my future guy boleh jaga i dgn baik. Dia doakan yg baik baik. Sepanjang B bercerita, B tak boleh berhenti menangis. Agak haru juga lah masatu. B juga cakap B happy sebab i bersetuju untuk luangkan masa terakhir bersama dia. B ckp i sorang je tahu about his dark past. His friends or his bestfriends pun tak tahu pasal ni.

At that time masatu i tahu yg dia benar benar ikhlas and dah berubah. And it was the moment i accept his flaws, and i accept him back. I terima yg dia dh terlanjur, i terima yg dia dh buat silap, i terima yg dia dh buat maksiat sebab kemungkinan he can be better dari i or anyone yg masih suci ni. I tak pernah merendahkan dia eversince. Sebab i yakin yg manusia with so many dark sides & pasts boleh berubah jadi lebih alim daripada manusia yg "lagak" alim ni. I percaya yg he can be a good guy to my family. Few years after the incident, B memang dah berubah pun. Memang etul dia dah bertaubat and dah tinggalkan maksiat. Sepanjang masatu tak pernah dia curang ke apa. Byk kali jugak i stalk dia, i ikut dia dari belakang bila dia keluar and i pernah suruh stranger flirting dgn dia tapi dia tak layan langsung. And everytime bila kitorang keluar he never skips prayers. Masatu i memang dh yakin dia dh berubah. B selalu ajak i berkahwin, tetapi i masih belum bersedia untuk bergelar isteri orang. Al maklumlah, i masih muda, tak matang dan serabut dengan pelajaran, jadi i minta dia untuk tunggu sampai i habis degree. B said that dia memang dah bertekad nak kahwin dengan i. B cakap ibu dia pun berkenan dengan i. I masih belajar jadi B ckp i tak perlu pun tinggal bersama dia klu dh kahwin nanti, masih boleh tinggal dengan parents i. He only wants me to be his wife. Dia nak ada keluarga dgn i and sedang usaha keras menyimpan duit untuk masa depan kita. B nak cop i dengan bertunang dengan i dulu. Next year dia akan masuk minang.

Jadi conclusion nya, im a woman yg masih suci tapi i boleh terima lelaki yg dah terlanjur. Bila Pogo cakap double standard dekat post tu, it doesn't makes any sense sebab sebenarnya ramai perempuan yg boleh terima pasangan dia kalau lelaki tu dah terlanjur. Cuma sebab masyarakat kita ni lebih mementingkan "dara" thats why benda macam tu selalu disiarkan dekat confessions ni or anywhere you boleh jumpa. Manada masyarakat kisah sgt klu lelaki dh tkde teruna sedangkan sebenarnya ramai lelaki sekarang dh tkde teruna. Bukan perempuan je tkde dara, lelaki pun sama. Tetapi kalau perempuan tkde dara tu orang lebih pandang hina drpd lelaki yg tkde teruna. Padahal it wasnt salah perempuan tu sorang. Salah lelaki yg dia tidur tu jugak. Perempuan yg tkde dara pun selalu didouble standard juga.

Apa apa pun, please berikan 2nd chance dekat gadis dan jejaka yg dah terlanjur. Most importantly, asalkan dia dh benar benar berubah so terima dia. Selidik hidup dia if necessary. Tengok macam mana dia layan orang tua dan strangers. If he or she is someone yg rude, just leave them ok? Selidik macam mana dia layan perempuan, kalau mcm over, just leave him too ok?

– HF

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *