(Admin tolong approve confession sy)
Dear bro/sis..
sy dlu seriously liat jgak nak solat.Liat sgt2..kdg2 buat 2,3 waktu je..tu pon klu rajin..tp cuba u bygkan even sy x solat penuh tp Allah selalu jemput sy di sepertiga malam..i dont know why but mmg sng bgun..so,start dr stu sy sedar betapa Allah syg sy..Allah nak tarik balik sy kpd Dia.
Sy lupa Allah,tp bila Allah panggil sy utk tahajud tu bermakna Allah syg sy.Allah x pernah lupa sy.Sy dpt segalanya tp sy x tunaikan hak Allah.Sy muhadabah diri.
Akhirnya one day tu sy tahajud,sy solat taubat.Sy nangis2 ats sejadah..sy luah pd Allah kenapa sy liat sgt untuk solat?Apa penghalang yg buat sy susah sgt nak solat?Sy nak jadi baik.Actually sy pon jaga aurat dan pergaulan sy, cuma lack dr segi solat.
Kawan-kawan x taw sy sebenarnya solat on off.Rajin sy solat,malas sy x solat.U nak taw apa sy rasa selama x solat?
Kosong.Nothing.Jiwa sy kosong.Sy buat apa pon xde kepuasan.Sy dpt rasa jauh di sudut hati sy ada rongga yg perlu sy tutup dgn sesuatu.
Dipendekkan cerita,sy ikhtiar utk kembali kepada Allah dgn cara sy sendiri.Bila sy perhati kawan sy solat,sy doa dlm hati moga Allah bantu sy utk jd macam dia.Ringan utk solat.
Kedua,sy dengar lagu nasyid.Antara lagu paling menyentuh hati sy ialah Asma' ul Allah-Sami Yusuf.Bila dengar sy tenang dan buat jiwa sy meronta-ronta nak solat.Malam tu sekali lagi Allah izinkan sy menjadi tetamuNya.(masa ny sy masih belum solat penuh) nangis lagi malam tu.
Ketiga,paksa diri utk solat.Walau x penuh sy berjaya mulakan dr satu waktu ke dua waktu hingga seterusnya.(masih solat x penuh,kadang-kadang on off)
Keempat,sy ambik jalan utk muhasabah.Setelah apa sy lalui terlalu banyak dugaannya,berlawan dgn diri utk paksa diri solat,lawan dgn nafsu dan bisikan syaitan supaya jangan solat dsb.Nangis lagi.
Memang susah awak.Susah sgt nak istiqamah.Sepanjang bertahun-bertahun sy cuba utk full kan solat sy,sy hanya kerap bangun malam untuk tahajud dan solat sunat taubat.Sy nangis semahunya.Kerja sy memang nangis je sebab nak Allah bantu sy supaya rajin solat.
X pernah kalau sy tahajud sy tak nangis.Doa paling kerap sy mintak ialah bantu sy untuk jd hamba yg taat perinthnya lagi2 solat.Sampai bengkak-bengkak mata sy.Mesti pelik kan? Solat wajib liat,tahajud senang pulak kan?
Tu bagi sy adalah tanda bahawa Allah nak sy usaha kuat lagi.Banyakkan merintih lagi.Allah rindu nak dengar sebab sy dahla jarang solat dan lagi worst sebelum tu sy x pernah pon solat tahajud.Bila masa sy nak berdoa,zikir n menyesali dosa sy kan?
Sepanjang sy on off solat,sy hanya banyakkan tahajud sebab tu je kekuatan yg sy ada masa tu.Masa tu je sy rasa Allah dekat sgt dengan sy so sy boleh minta lagi dan lagi.
After a few years (dlm 5 tahun) akhirnya sy berjaya istiqamah.Miracle ny berlaku after sy kirim doa pd mana-mana sahabat sy yg ke Makkah supaya doakan sy dan keluarga jd hamba Allah yg tunaikan solat.
Alhamdulillah ketika dy masih di sana, sy di sini rasa ringan badan utk solat.Boleh solat tanpa disuruh.Semuanya atas berkat doa,usaha dan ksih syg Allah.
Apa pun yg berlaku,sekuat mana dugaan sy tetap teruskan solat tahajud.Apa yg sy dpt ny terbayar dan masa sy solat penuh tu sy rasa ketenangan yg x pernah sy rasa.
Antara lain,lepas sy baiki solat sy hubungan kami sekeluarga bertambah baik,rezeki mencurah-mmcurah plus hubungan dgn kawan-kawan pon baik dr sebelumnya.Pointer meningkat kaw-kaw punya.Banyak sebenarnya nak cerita tp cukuplah sampai di sini.
Pesan sy,jangan putus asa dr rahmat Allah.Allah syg kita sebenarnya.KAlau x,takkan Allah panggil sy di sepertiga malam walau sy on off solat.
Sy bukan dtg dr keluarga yg warak.Sy sama macam awak.Ayah je solat.Mak pon on off..Sibling lagilah.Zero! Sebab tu korang nampak sy struggle very hard hanya utk solat sebab sy dikelilingi org x solat dlm keluarga.
Sy taw ramai ada masalah macam sy kan?Cuma malu nak luah. Ok lah tu je.
– Cik Bunga