Reply to Malay “binary mind” problem

Assalamualaikum, saya dulu rajin ke IIUM confession cuma sekarang agak jarang. Ok, saya ni seorang pendiam tapi pemerhati dan pemikir dalam diam. So ada sesuatu yang saya nak salurkan pemikiran saya di sini.

Baru baru ini ada satu ulasan mengenai pemikiran kolot melayu, katanya .. melayu memiliki masalah “binary mind”. Penulis menyatakan masalah yang membuatkan masyarakat malaysia, memfokuskan melayu, berbeza bagi dia apabila dia telah tinggal beberapa tahun di BARAT. Mengkonklusikan bahawa masyarakat melayu memiliki binary mind .. sepertinya hanya nampak 1 atau 0, hitam atau putih. Bahawa melayu ini memiliki pemikiran yang rigid dan membosankan tanpa mengiktiraf pemikiran feminisme etc .. Bagus, tapi untuk menjadikan ia sebagai justifikasi dan terus mengeneralisasikan bangsa melayu sebagai itu adalah tidak adil. Saya pilih untuk tidak bersetuju, maka saya ingin menyatakan apa yang saya fikirkan ini di sini ..

I am not about to be racist either, but adalah tidak adil untuk menyatakan teruknya bangsa melayu ini sehingga tidak mencapai satu standard – masyarakat luar negara – pada penulis – barat yang maju. Seolah melayu mundur dengan pemikiran melayu mundur. Ya, kita tinggal di Malaysia yang melayu adalah pribumi, cina india dan lain-lain sebagai pendatang (in fact). Membuka ruang untuk menyatakan melayu terteruk antara kaum lain adalah sangat tidak adil bagi saya, apatah lagi membezakan dengan masyarakat barat yang berbatu jauhnya dari Malaysia.

Apabila penulis pertamanya menyatakan tinggal dibarat untuk beberapa tahun, sudahkan juga penulis tinggal di timur, seperti china dan jepun mahupun india? Saya memiliki rakan yang pernah ke negara timur iaitu jepun menceritakan bahawa masyarakat jepun tidak boleh menerima kelainan dalam kehidupan mereka? warna kulit masih menjadi isu ketidaksamarataan di Jepun, China dengan komunisme nya, juga isu masyarakat agama islam yang tidak boleh berpuasa? Selatan thailand yang bergolak, Myanmar dengan rohingya yang siap menjadi pelarian di Malaysia? India, pergi ke pendalaman bagaimana kehidupan mereka? Saya sendiri pernah melihat video viral di mana pengemis “homeless” di sebuah negara barat di tertawakan beramai-ramai oleh penyokong bola sepak yang sedang lepak sambil membaling duit secara menghina? Saya rasa islamophoia masih menebal di barat sana? .. Lalu saya terfikir dan melihat masyarakat melayu yang “binary mind” dan tertutup (katanya) masih waras dan bertoleransi tinggi berbanding masyarakat negara lain. Apabila saya ke tanah Arab, dan bumi seberang, saya masih bersyukur tinggal di Malaysia melihat masyarakat bebilang kaum hidup dengan aman secara amnya.

Ya, masyarakat melayu Malaysia memang sangat sensitif, jangan bawa isu agama, aurat .. bandingkan malaysia dengan indonesia (kerana dua negara ini adalah majoriti melayu islam), Malaysia sudah lama mengharamkan wakil ratu cantik beragama islam ke anjang ratu cantik dunia, artis malaysia? seksi sikit kena hentam. Indonesia kepelbagaian yang tinggi dalam kelonggaran hidup disana boleh dijadikan contoh. Kahwin campur? Jangan berani buat kat Malaysia. Kita rasa masyarakat malaysia seolah terlalu “judgemental” kan? Anda nampak tak, dengan sensitiviti yang mendalam dalam masyarakat melayu inilah yang membuatkan fahaman2 sekular mahupun liberal lambat untuk menawan malaysia, kalau adapun hidup segan mati tak mahu. Kerana pegangan adat inilah, menjadikan masyarakat melayu masih terjaga (keseluruhannya) .. asal ada benda sensitif menyentuh budaya dan agama? terus tertimbus .. semua kena kecam haha! saya pandang hal ini dengan pandangan sudut positif, biar pun ianya pahit sikit2 kecam, sikit2 tak boleh ini tak boleh.

Yang masalah di Malaysia ini saya nampak tunjungnya. POLITIK. MEDIA. Orang politik yang membentuk masyarakat, apa silibus pendidikan yang digubal oleh kerajaan? Politik LUCAH tu memang bangang, di tayang pada masyarakat, di api kan lagi dengan media propaganda semua. Masyarakat jadi terdidik dengan suntikan pemikiran yang menjadi senjata politik parti MELAYU itu untuk kekal hidup. Akhirnya yang salahnya, bangsa melayu itu yang diperlekehkan. Padahal Bangsa melayu itu septutnya di kagumi di geruni. PEMUKA-PEMUKA POLITIK ITU SEMUA YANG KENA BERUBAH DAN DIUBAH.

Hhaha jangan sampai orang melayu sendiri segan mengaku melayu sudahlah … padahal kalau satu dua melayu yang kau jumpa jahat, beribu lagi melayu yang kau tak kenal baik!!! Begitu juga cina ke india ke apa ke. Bukannya apa, saya tak suka streotyping and generalisasi kaum ni. Yang contoh negara saya nyatakan tadi itu bukan generalisasi juga, sekadar ingin menyatakan setiap negarabangsa ada sisi gelap nya, maka berlaku adil lah terhadap bangsa sendiri. Anda ingin ke pemikiran2 entah apa-apa mudah diterima di Malaysia? Syukur institusi agama masih hidup dan main peranan.. biarpun pertegahan antara ahli agama pun bikin bingit telinga kita.. tapi itu, kena ulas bab lain pulak .. itu bab adab? mungkin .. anyway kemajuan sesebuah negara bukan pada infrastruktur banggunan megah semata. .. #NOHATEJUSTLOVE

– malaysian

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit