Reply to: Nasib Seorang Loner.
Assalamualaikum awak.
Lepas baca awak punya confession, apa yang saya nak cakap, awak berhak untuk rasa di hargai. For everything yang awak dah lakukan, bawa cake dan keropok semua tu masa awak punya birthday dan hanya 3 orang yang datang from 30 orang classmates awak, awak kalau nak sedih, sedih pada masa tu je. After that head up and survive balik. Im a loner too thats why saya nak nasihatkan awak supaya buat tak tahu je. Everytime awak sedih, pergi solat. Mengadu pada Allah sebab Dia tu tahu semua kesedihan yang kita semua simpan dalam hati ni. Allah saja boleh bantu kita atasi segala macam kesedihan dan kesulitan kita. Awak ada mak ayah yang sangat baik. Daripada nak orang lain sedar yang awak tu wujud dalam kalangan mereka, better awak kuatkan semangat dan jati diri awak. Belajar rajin2 dan mereka sendiri akan sedar "Kenapa aku tak pernah sedar dia sebelum ni. She/He is good!" Percaya la.
Saya tak boleh komen sebab saya kan loner jugak. Selama 21 tahun saya di muka bumi saya tak pernah sekali pun sambut hari jadi saya. Allah saja tahu kesedihan tu. Tapi saya bahagia bila ingat betapa Allah sayangkan saya dengan mengurniakan saya mak ayah yang penyayang. Saya tipu jika saya kata saya tak pernah merungut. Tapi saya merungut dan meminta supaya Allah kuatkan saya semula. Hargailah 3 orang kawan awak yang hadir semasa hari jadi awak tu. Sekurangnya awak pernah di raikan. Walhal masih ramai yang tak pernah ada walau secubit kek di hari kelahiran mereka.
Semoga awak tabah.
– Adl.