Reply to: Sister Konfius

Dear, sister konfius.

This is the story of mine who regretted choosing what people want.

Kalau kau minat dengan course Pharmacy tu, kau teruskan saja. Jangan pedulikan APA orang cakap. Kau yang belajar dan akan bekerja dalam bidang tu.

Dulu, di sekolah aku dapat straight A untuk UPSR, PMR Dan SPM. Dari kecik, dua bidang ja yang parents aku bagi: Medic atau Engineering. Tapi, diorang lebih suka aku ambil Medic sebab kakak aku yang sepatutnya ambil Medic pilih Pharmacist. Dari aku 6 tahun sampai lah SPM, aku berazam untuk Medic sebab nak banggakan parents aku. Jujur aku katakan, aku menangis gila sebab aku dapat 1A- dalam Trial SPM. Bagi hancur result aku ja.

Lepas SPM, aku dapat banyak offer: Engineering ke UK, asasi sains fizikal UM, Ipg untuk guru BI, matrikulasi, scholarship ke private U, etc.

Aku buat sembahyang istikharah. Waktu tu, aku tersedar..yang aku start minat bidang accounting walaupun aku dari kelas sains tulen dan tiada asas akaun pun! Aku dapat keputusan Accounting daripada solat istikharah tu.

Tapi, aku degil. Aku tak percaya dengan petunjuk istikharah tu.
Bagi aku, aku hanya nak compliment dari parents aku, "You did well" yang aku tak pernah dapat. I craved for that recognition and fame.

"Kun fayakun".

Aku lupa. Plan Allah s.w.t lebih baik.

Aku ambil A-level di Malaysia (kalau pass,Bachelor Engineering di UK).

Tetapi, waktu aku ambil A-level di Malaysia(lepas tu, Bachelor Engineering di UK). Allah s.w.t bagi aku dugaan besar. Kena betrayed dengan kawan. Weh, kalau kau kena buli, mana tahan. Kena isolated,etc. Sampai ada fitnah. Yes,study aku di sana okay. Tapi, aku ada mental depression selepas kejadian tu. Even ada fitnah pasal aku lepas tu di kolej tu.

Mungkin, waktu tu, Allah s.w.t nak bagi warning. Yang pilihan tu bukan pilihan terbaik.

Aku buat sembahyang istikharah lagi. Aku dapat Accounting. Aku call ayah aku, aku nak quit scholarship ni. Aku nak ambil Accounting.

Sekali lagi, aku diuji. Aku dikecam hebat sebab ambil course yang tak glamour. Budak kelas sains, ambil akaun. Jauh betul melencong.

Sekarang, aku ambil Diploma Accounting. Tak seglamour course yang aku dapat dan tempat yang aku dapat.

Tapi, aku bersyukur. Aku bersyukur sangat sebab aku dapat ubah course aku sebelum terlambat dan menyesal. Aku ada mental depression yang teruk gila sampai aku cuba bunuh diri. Dua tahun depression. DOA orang yang dizalimi mudah termakbul. I believe Allah s.w.t will pay them back and I finally let go of the resentment.

Aku happy di sini.

…okay, macam panjang lar pulak.

Cuma INI yang aku mahu cakap. Kalau kau minat bidang tu, teruskanlah. Jangan peduli dengan APA yang orang cakap. Dan, apa keputusan solat istikharah, ikut ITU.

Wallahualam. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui.

– F

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *