Reply to tunang terlanjur – 1:40 PM

Reply to tunang terlanjur

Tq Admin sbb app

Abam bukan budak Uia tapi just nak bagitau pengalaman abam serta nasihat kepada insan terluka dan remaja luar sana.

First, insan terluka

Pedulikan kata2 negatif dari sis dan bro atas confession adik. Diorang tu takkan pernah faham perasaan seorang suami dan diorang tak pernah berada dalam situasi kita.. Dan lelaki di luar sana jangan mendabik dada sangat, jujur abam katakan, dulu bila dengar kawan2 citer pasal terlanjur dengan pasangan masing-masing, abam sebagai seorang lelaki rasakan perbuatan tu mcm nothing. Abam anggap itu hak masing-masing, xde kaitan dgn abam.

TAPI..

sekali Allah uji, terkena atas batang hidung sendiri, hanya Dia tahu betapa peritnya hati yang menanggung. Betapa azabnya cinta. Benarlah firman Allah "jangan pernah hampiri zina", keburukan zina bukan takat mengandung, tetapi melibatkan jiwa dan perasaan. Tambahan pula perasaan ini melibatkan insan bernama SUAMI.

Skrng, xleh nak salahkan sesiapa dah.. Benda dah jadi..

so Adik kena buat keputusan betul2.. Kalau adik rasa adik mampu, teruskan pada pernikahan..

Abam dulu macam adik jugak. Tapi sbulan sebelum kahwin isteri abam bagitahu dia pernah terlanjur. Betul dik.. Lelaki mana dalam dunia tak patah hati kan? abam marah dia kaw kaw selama sminggu. Tapi last tu dia menangis cakap "Saya hanya pelacur yang ingin hidup bahagia bersama suami" .. Lepas je dia bgtau tuh, rasa cam suatu hentam hati abam. Abam termenung panjang. Terasa sebak jugak. Last abam cakap pada hati, dia berhak diberi peluang kedua dan abam pilih untuk teruskan perkahwinan ni sbb abam nak bimbing dia.

tapi bukan mudah dik menjadi suami kepada insan sepertinya..

Adik wajib tahu, kisah silam dia akan jadi parut yang KEKAL selamanya di hati adik. Tiap hari memori duka ni akan bertandang, So adik kena pandai jaga agar parut tadi tidak kembali luka. Contohnya abam lau gaduh nge isteri, automatik 'benda' tu akan datang serang fikiran abam. Cara nak ubat dia, Abam akan diam dan terus pergi ke masjid buat solat hajat dan taubat. Doa pada Allah, moga dikurniakan isteri solehah dan hati yg tenang. alhamdulillah bila abam balik umah je, isteri abam tadi akan terus peluk abam dan menangis mitak maaf. Indahnya cinta selepas nikah dan cinta halal.. Yang penting adik kena ada kesabaran yang tinggi. Jika adik rasa mampu sabar bila memory tu datang, go on.. dan jangan lupa mintak dikurniakan hati yang tenang..

Adik jugak perlu tahu, insan seperti diorang ni bukan seronok ada kisah silam camtu. Diorang sebenarnya sangat terseksa. Isteri abam slalu nangis bila teringat memori silam dia. Diorang perlukan sokongan dan bimbingan. Bila dia nangis je, abam akan criter kisah2 Nabi, kisah orang yang dah taubat, dan baca ayat quran kat tepi dia. Abam akan cuba beri kata semangat pada dia. Besar pahalanya lau kita dapat bimbing insan sepertinya tapi kita kenalah ade ilmu yang cukup bukan stakat ilmu agama saja yer..

Kadang-kadang insan seperti mereka ada kelebihan yang lain. Macam isteri abam, dia layan abam baik sangat. Tak macam isteri kawan abam yang lain. Abam syukur dapat isteri sepertinya. Disebalik kekurangan suatu, Allah bagi kelebihan pada dia. Mungkin juga kita takde kelebihan seperti suami lain dapat, tapi yakinlah tiap2 suatu pasti Allah ganti dengan lebih baik. dan Abam yakin mesti ada ganjaran di akhirat kelak.

So skang pilihan di tangan adik, jika tak bahagia lepaskanlah dengan cara baik. Jika mampu, syabas abam ucapkan. Moga di akhirat kelak kita jumpa bersama pasangan masing-masing..

dan kepada nasihat abam kepada yang dah terlanjur,

Jangan fikirkan sangat tentang jodoh. Taubat lah dahulu. Jodoh datang kemudian. Berdoalah agar dikurniakan lelaki yang boleh membimbing kalian.

Yang masih melakukan maksiat,
Tanyakan pada diri, sampai bila harus begini. Sedangkan mati itu tidak pasti..

Yang belum terlanjur,
Belajar dari kisah orang lain. Jangan pernah hampiri zina. Jangan tewas dgn apa jua kata-kata lelaki selagi tak nikah. Jika betul lelaki tu sayang, xkan ada isu ringan2 sekalipon. Lelaki yang sentuh wanita sebelum kahwin tak layak dijadikan suami. Abam merayu, berharap dan berdoa, supaya tak ada lagi lelaki lain rasa apa yang kami rasa.. mencintai dalam disakiti. Kasihanlah pada bakal suami nati..

Dan kepada lelaki,
Jangan bangga sangat dapat sentuh atau rosakkan perempuan. Make sure you pray hard enough sbb nanti kamu juga akan ada isteri, dan anak perempuan.. Ingat prinsip ni, arini kita buat orang, esok lusa orang lain buat benda sama kat ahli keluarga kita

– Merul

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *