assalamu'alaikum. thanks admin kalau approve. aku dah lama follow cite luthfi tu dan sekarang cite kau pulak.
kehadapan wahai abang, (kau tak letak nama kan), aku wanita. aku wanita yang punya hati nurani. Aku adalah wanita yang kena game disebabkan lelaki macam kau abang. Dirimu telah dikihianati lalu perbuatan itu kau balas terhadap perempuan lain.
Aku berada di tempat yang kena game tu abang! disaat aku mengalami masalah keluarga, kesedihan laki tu hadir dalam hidup aku. merayu nak kawan bagai. lalu aku melayan dirinya, kau lihat betapa lemahnya wanita itu kerana ayat manis seorng jantan! betapa naifnya aku. Aku tak pernah bercinta! dia satu2nya laki yang aku boleh terima. aku tiada masa untuk kenal dengan lelaki. sekali dia hadir aku sangkut. lama sikit kenal, baru aku tahu dia mengalami "broken heart", katanya perempuan yang dulu dah kahwin dah. Kerana aku tahu dan dapat rasa betapa peritnya dikhianati, ditinggalkan dikecewakan, maka aku layan dia ! aku tak ingin dia kecewa lagi! kau kena ingat bang, naluri perempuan ni unik lama mana kau simpan, tetap akan kantoi juga. kau tahu tak, instead of aku, rupanya dia pasang ramai lagi prempuan sebijik macam kau. Aku pun tak tahu kenapa mudah sangat Allah nak tunjuk, mungkin dia tak pantas untuk aku. dah lama tu,Dia ada bagi hint, nanti cari yang lebih baik dari dia. di saat aku rasa dia baik dia suruh cari yang lagi baik. kiranya jarang contact sekarang. dia selalu suruh aku doakan dia. tak pe la asalkan dia bahagia. ye kan dah ramai kawan setakat aku pergi apa nak hairan. kau bahagia ke hidup dlam kejahatan? kau fikir kau hebat sangat ke buat macam tu? fikir2kan lah. Aku terima aku redha apa dia buat dekat aku. huhu.
sekarang adalah masa untuk aku heal semula hati aku. disebabkan dia, tak de lagi la yang bole ganti cari pengganti. dan memang aku dah tawar hati pada orang lain. aku dah malas nak fkir pasal lelaki, jodoh so on. Aku nak sangat laki ni tahu dan sedar bahawa Tuhan tu Maha Adil. Tuhan tu Maha Penyayang. boleh jadi yg lama pegi sebab ada yang lebih baik. kau ingat tu bang. Kalau kau susah nak kasih dan kasihan pada manusia especially wanita yg sekaum dengan ibu kau, macam mana Allah nak kasih dengan kau. doakanlah aku kuat! aku boleh tanggung semua ni. disebabkan lelaki, aku kena bangkit!.takpe lah sorang pun. oh ya, satu lagi doakan aku kawan2 diizinkan ibu ayah dan dimurahkan rezeki untuk menggembara pada hujung tahun ni ke negara Asia tett. inshaAllah doa2kan. aku nak pergi lihat dunia, cari hikmah.
kesimpulannya disni whai abang,kakak, adik, aku tahu aku tak layak nak bagi solusi. tapi aku tenang dengan cara ni. sesuai untuk orang yg main game, yang kena game dan nak menyambung rantaian game. Na'uzubillah.
1. Ingat bila dah berani langgar perintah Allah, maka kena berani jugaklah terima penyesalan dan kekusutan dalam hidup. Allah dah kata jangan dekati zina tapi kita lupa.. maka wajarlah Allah lupakan kita.. kerana saat kita buat benda tu, memang sah2 Allah tak ada dalam hati kita. wajarlah kita diuji. aku lah tu :'( oleh itu, mohonlah ampun buat dirimu dan dirinya,minta ampun banyak2 . seriusly kau akan rasa tenang. jangan doa untuk diri kita je. bab jodoh aku serah pada Allah. jaga solat betul2. Quran peganglah walau tak selalu.
2. Fikir semula bagaimana akhlak Nabi mendepani manusia. ingatlah semula kehidpan Baginda Nabi. Kalau Nabi ada, seriusly aku malu. nak nangis lak fikir dosa aku.
3. wahai abang, janganlah berdendam lagi. redhalah pemergiannya. jangan pernah terdetik untuk membalas perbuatan itu Tuhan itu maha Adil. Bersifat matanglah dan rasionallah dalam melakukan sesuatu perkara. Jangan angkuh dan sombong dengan Tuhan dan manusia. kau pergunakan kehenseman kau bang untuk sakitkan manusia, itu salah! Jujurlah walau perit. katakan yg jujur pd wanita yg kau game tu abang. kalau kau bersungguh, kau kena buat dengan cara yang betul.
4. mohonlah ibumu doakanmu. kerana keberkatan doa ibu tu tiada tandingannya. tenanglah hidup kau selagi mana hubungan dengan ibu ayah kau jaga.
semoga Allah memudahkan urusan kalian dan memberkatimu wahai para lelaki yang diuji. kentalkanlah jiwa! Ayuhlah kita kembali pulang!
– Aku wanita
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Afifah Abdullah
K
:)