Assalamualaikum dan selamat hari raya. Maaf zahir batin.
Aku harap admin siarkan confession aku. Terima kasih.
Buat pengetahuan semua, aku pernah ada penyakit was was yang sangat serius. Sekarang masih ada cuma dah x serius macam dulu.
Benda nih aku perasaan berlaku bila aku mula nak dekat pada agama. Dulu aku jahil sikit, sembahyang kadang2 terlepas, so ketika aku dalam umur 14 tahun, aku mula insaf, sembahyang aku dah mula jaga betul2. Tapi aku mula diuji dengan penyakit was- was.
Contoh kalau nak amek wuduk, aku duk ulang- ulang basuh muka, sebab niat tak masuk. Sampai basah baju aku. Ambil wuduk sahaja dekat dengan sejam. Bayangkan aku amek wuduk sangat lama. Sampai aku frust dan menangis dalam bilik air mengenangkan nasib aku.
Kalau time nak sembahyang, aku pernah berdiri dekat dengan sejam just untuk angkat takbiratulihram sebab niat tak masuk2. dah masuk niat, syak plak pada bacaan solat, aku batalkan sembahyang dan start balik. Pernah aku ulang solat sampai 4 kali.
Bila dah ada penyakit was- was nih, aku dapat satu penyakit baru iaitu rasa nak buang angin bila tahu ada wuduk. Kalau tak ada wuduk tak rasa nak buang angin, tapi kalau ada wuduk, aku mesti rasa nak buang angin. Memang stress.
Hal nih buat aku jadi depress sangat. Sampai aku mengasingkan diri dan kurang nak bergaul dengan orang. Sebab aku takut orang akan pandang pelik disebabkan hal ini.
So, bagaimana aku encounter problem ini. Sebenarnya was- was aku masih ada tapi dah tak teruk macam dulu. Boleh dikatakan 95 percent dah pulih.
Bagaimana aku hadapi:
1. Kena target setiap ibadah perlu dibuat sekali sahaja. Kita duk fikir sah atau tak sah, diterima atau tak diterima bukan kerja kita lagi setelah kita dah buat yang terbaik. Ibadah nih bnyak kena tawakal pada Allah, yakin dia akan terima.
2.aku bila dalam solat,rasa time bacaan makhraj tuh macam tak betul, aku terus ingat yang aku ni lidah melayu, bukan orang arab. So secara logiknya, memang akan ada sedikit kepincangan makhraj. Cuba tengok muallaf2 yang baru nak baca quran, kan kadang2 bacaan mereka pun x berapa fasih, tapi adakah sebab itu ibadah mereka tidak diterima.just buat yang terbaik dan yakin.
3.at the first stage untuk kau tinggalkan was was, kau memang akan rasa ibadah kau macam tak sah. X per. Its normal to feel like that. Yang penting jangan ulang balik. Biar jer kau rasa tak sah tuh. Contoh kau target sembahyang sekali jer, angkat takbir sekali jer, bacaan dalm solat sekali jer, then salam. Dalam duk tgh semayang tuh, memang akan ada ganguaan syaitan nirrojim yang akan ganggu kau suruh ulang balik dan ragukan kau bahawa solat tak sah, at this point, kau jangan berhenti dan terusksn sampai salam. Bila ko dah habis salam, ko akan rasa solat kau macam tak sah, its ok for was was people untuk rasa macam tuh. Just jangan ulang balik solat tuh walau kau rasa x sah. Selepas 5 kali kau buat mcm ni, insya Allah percayalah, was was kau akan mula berkurang.
4. Bnyakkan jadi imam solat. Sebab bila ko jadi imam, nak tak nak ko kena solat sekali jer. Betul tak? Wuduk pun x leh lama sbb orang tunggu kau.. Hehe.
5. Banyak doa pada Allah moga mudahkan ibadah pada Nya
Aku perasan was was dia datang pada orang yang x mungkin akan tinggalkan solat, so syaitan dia kacau cara lain plak dengan cara meragukan solat. Just yakin dengan diri, dengan apa yang dibuat. Insya Allah.
Aku setakat nih alhamdulillah, aku dah kurang bnyak dah penyakit nih. Wuduk solat sekali sahaja. Sah tak sah aku tawakal. Yang penting aku dah buat yang terbaik.
Ok bai.
– Adele
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Walaikumusalam… Subhanallah Tabahnye awk… Mesti menangis je syaitan berguling-guling dia sakit hati… hehehe….tiap kali usaha dia gagalkan awk tak menjadi… Mmg dalam agama kita dianggap penyakit keadaan ni… Bnyk link2 di internet untuk awak fahami keadaan awk tu… dan cara mengatasinya… sy percaya dgn niat & usaha awk tu… Allah pasti lah maha mendengar dan mengetahui.. Moga awk teruskan usaha dan fokus… Apa pun juga kita kan kena faham, semua hamba Allah diduga. Anggap ini adalah salah satu dugaan. Syabas sekali lg atas usaha tu… Keep it up!
Good info…
Great oneeee