Thank you for approving!
Assalamualaikum, panggil aku G ja weh. Izinkan aku nak luahkan sedikit tentang kehidupan aku dalam bahasa utara. Aku dilahirkan sebagai anak pemandu teksi dan mak aku ialah surirumah sepenuh masa. Alhamdulillah kami masih jalani kehidupan macam biasa, tak serabut mana sangat. Masalah kewangan? Ya memang ada. Sentiasa ada dan aku bersyukur sebab aku dilahirkan sebagai anak bongsu, dan aku sorang ja yang masih belajaq. Makna kata aku sorang ja duk jadi tanggungan depa untuk sambung belajaq mana mana, lepas ni aku dah tak sanggup nak menyusahkan depa lagi dah. Tapi aku sedih tengok pengorbanan ayah aku cari duit naik teksi saga lama tu, cat dinding pun naik berkarat, atap bocoq rata dan mak aku yang sanggup bertebal muka pinjam duit dari orang SEMATA-MATA untuk pastikan aku dapat sambung belajar.
Aku faham kehidupan susah macam mana, aku faham. I am surrounded with such people who are blessed with these worldly pursuits, kadang-kadang kawan aku bawak keluaq iPhone depan muka aku, pakai baju semua segak-segak, makan best best macam Starbucks ka apa en haha lek ah dan macam-macam lagi. Kalau bukak Facebook / Instagram, lagi la penuh kan dengan barang make up depa hat mahal-mahal, itu tak termasuk lagi dengan depa punya ruang rumah. Haha aku kalau nak selfie dalam rumah memang tak lah sebab background berkarat, nak selfie belakang tirai pun tirai terkoyak, usaha ja cari dinding bangunan Bank CIMB ka, tepi sungai ka sebab lawo. Haha gurau ja nah.
Sebenaqnya aku tak nafikan, kadang-kadang aku biaq ja diri aku melayan perasaan, membandingkan diri dengan orang lain. Tapi, aku selalu pujuk diri aku bahawa, ini semua ujian Allah Taala. Allah uji aku dengan dua bentuk, sama ada dalam bentuk kesenangan ataupun musibah. Makna kata, kalau aku diuji dalam bentuk kesenangan, adakah itu membuatkan aku jatuh ke dalam istilah istidraj? Kalau aku diuji dalam bentuk musibah, adakah itu membuatkan aku jatuh ke dalam istilah syirik, sampai aku persoal takdir Allah, awat Dia uji aku macam ni macam tu. Haha betui dak? Bukan nak bagi khutbah Jumaat, tapi ni laa salah satu cara aku nak peringat diri.
Lagi satu nak habaq mai kat hampa, aku ada baca satu artikel pasal "The Evil Eye". Sebenaqnya kan, kalau kita asyik sangat husya Explore dalam Instagram tu, memang kita jumpa macam-macam benda. Perempuan flawless tak flawless la, makanan mahai la, kereta Lamborghini la, you name it. Dan sebenaqnya, this is how "The Evil Eye" really plays its role. Dari situ, dia menguji kita sama ada kita memilih untuk berdengki, atau just biar ja, itu life depa. Kalau nampak perempuan lawa lawa ka, atau rasa insecure sikit, cepat cepat kita ucap SubhanAllah dan istighfar banyak-banyak. Kalau takmau kena dengan penangan The Evil Eye, lebih baik kita "away" sat daripada kehidupan di social media and enjoy your real life (as in don't be an anti-social person and start spending time with your loved ones!) to the fullest.
Haha aku ni bab bercakap memang pandai, tapi sebenaqnya benda ni la yang aku kena hadap hari-hari. Belajarlah untuk bersyukur dan qanaah (sentiasa rasa cukup) sebab tak semestinya apa yang hang makan / pakai / naik harini, orang lain memilikinya. Cukuplah dengan nikmat iman yang kita ada, nikmat kesihatan, ahli keluarga. Berhentilah daripada 'cuba' untuk bandingkan diri dengan orang lain, sebab itu tandanya kita tak sayang diri kita. Faham nah? InshaAllah aih, kita susah susah, naik kereta buruk ka, pakai baju ulang 40 kali seminggu ka apa ni tak lama, sekejap ja nak rasa. Pekaklan telinga dengan apa yang orang nak kata. Positif positif! Improve our ibadat! InshaAllah hidup kita tenang. May Allah SWT reward every single action that we make to take a step closer to Him. Mintak maaf naa kalau ada silap kata ka, terkasaq mana mana ka. Alright, wallahu'alam. Terima kasih baca noh! :)
– Gadis Utara
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Function Explore kat instagram tu dorang akan show apa yang pemilik akaun tu selalu browse. Kalau user tu selalu browse gambar mekap, gambar mekap la yang akan keluar banyak. Kalau selalu bukak gambar kambing, nanti gambar kambing la yang instagram akan banyak suggest.
Tapi betullah, kawal nafsu. Kita je yang boleh kawal diri sendiri. Tak guna pun nak mengata orang yang duk bergaya sakan apa semua tu. Duit depa. Ikut suka depa. We cant stop other people from doing whatever they want with their life but we can choose what we want to see.