Duit yang ada pada kamu itu tidak dimiliki sesiapa pun. Ia sentiasa bertukar tangan. Allah yang menentukan siapa pemegang duit-duitnya. Tidak semestinya pekerjaan kamu hebat, maka duit kamu banyak.
Allah memerhati diantara kamu siapa yang mahu menggunakan duit itu untuk semua. Tetapi kebanyakkannya menggunakan duit itu untuk diri sendiri. Ubah minda kamu tu. Kamu tidak mengerti bagaimana aku memberi kamu duit itu.
Aku tidak jadikan kamu untuk jaga jasad sendiri, setiap kamu adalah Khalifah. Bekerjalah untuk semua, bukan hanya untuk jasad sendiri.
Perhatikan bagaimana aku membuka rezeki engkau ketika engkau bujang, hanya cukup untuk diri engkau.
Perhatikan pula bagaimana aku buka rezeki ketika engkau berkahwin. Cukup untuk engkau dan isteri.
Perhatikan pula bagaimana aku buka rezeki ketika engkau berANAK 10. Cukup untuk semuanya.
Apakah ketika engkau bujang, engkau sangka mampu menanggung perbelanjaan 10 orang anak? Aku mahu engkau berfikir.
Perhatikan pula bagaimana aku buka rezeki engkau apabila engkau menjaga makan minum orang2 miskin. Aku buka rezeki agar engkau dapat sampaikan rezeki aku kepada mereka.
Jika engkau sanggup menanggung seluruh negeri engkau, nescaya aku buka rezeki engkau sehingga cukup bagi seluruh negeri engkau.
Hanya jika engkau sanggup jujur dengan diri engkau, akan aku serahkan kekayaan aku untuk engkau tadbir.
Tetapi engkau takut untuk bersedekah. Buanglah sifat kedekut itu. Dan jangan anggap perbuatan itu sedekah. Anggap sahaja kamu berbelanja untuk diri kamu juga. Kerana jasad kamu itu bukanlah diri kamu. Diri kamu adalah seluruh alam ini. Maka bebaskan diri kamu daripada nafsu jasad itu..
Bernafsulah untuk seluruh alam. Bukanlah pada jasad itu. Imam mahdi akan memegang amanah kekayaan ini untuk dirinya (seluruh alam). Mengapa kamu tidak mahu mencontohi dia?
afiq
– pelesittahfiz