Assalamualaikum,
Semenjak kos sara hidup makin meningkat ni, hidup kita sebagai student pun turut terjejas.
Mana taknya, tambang mahal, gst lagi nak beli makanan apa bagai, even nak photostat pun kadang kadang kena gst.
Saya berasa sedih dan amat simpati bila melihat ada yang tak dapat makan 2 3 hari sebab ketiadaan wang. Sungguh berat ujian Allah buat kita semua.
Moga kita semua dipermudahkan urusan dan murah rezeki. InshAllah.
Saya ingin berkongsi amalan yang saya belajar dari usrah usrah dan ceramah serta guru guru agama tentang amalan untuk murah rezeki.
Kesempitan wang dan pelajar universiti memang bukan perkara yang asing lagi. Lagi lagi bila dah nak akhir sem.
Jujur, saya juga selalu merasai perkara yang sama tetapi bersyukur kerana Allah sentiasa ada.
Amalan yang diajarkan kepada saya adalah:
1. Solat sunat dhuha. MashaAllah, tanya sahaja mana mana usahawan Muslim yang berjaya, rahsia kejayaan mereka yang utama pastinya solat sunat dhuha kerana solat ini terbukti pembuka rezeki Allah SWT. InshAllah
2. Tiap kali lepas solat fardhu, saya dinasihatkan oleh ibu saya agar sentiasa membaca ayat Kursi dan juga ayat seribu dinar. InshAllah akan Allah bantu dikala kita kesempitan.
3. Zikir dan derma. derma walaupun sedikit. InshAllah. What you give to others, Allah will give you more.
Sesungguhnya rezeki Allah itu luas dan tiada batasnya. Kita hanya perlu meminta dari-Nya. Kenapa perlu takut jika tiada wang kerana Allah yang Maha Kaya itu sentiasa memerhatikan kita?
semoga bermanfaat buat semua. InshaALLAH :)
Jazzakallah
– Hamba Allah