Assalamualaikum semua.. Jutaan terima kasih pada admin kerana sudi membaca (incase boleh publish, Alhamdulillah.. Moga-
Untuk pengetahuan admin, aku dilahirkan dalam keluarga ramai adik beradik nun di salah satu negeri pantai timur. Terdetik untuk bercerita sedikit pengalaman setelah membaca kisah ‘Lulusan Master Kerja Cleaner’ (https://iiumc.com/lulusan-master-kerja-cleaner/).
Untuk pengetahuan admin, aku juga seorang lulusan master dari sebuah universiti awam di Selangor 3 tahun lepas. Tapi kisah ini, aku nak bercerita pasal rezeki Allah Maha Kaya dengan sedikit pengalaman hidup aku.
Untuk makluman pembaca semua, aku tidak pernah mempunyai pengalaman kerja kerana sebaik aku habis SPM, kerana, Alhamdulillah aku dapat menyambung pelajaran di sebuah universiti awam di Selangor, kemudian berjaya menyambung lagi di universiti di utara tanah air dan akhirnya menyambung lagi pengajian dengan cemerlangnya sehingga dikurniakan segulung ijazah sarjana. Aku berjaya membuktikan bahawa anak kampung juga mampu berjaya mengapai impian di menara gading.
Aku belajar bukan untuk menunjuk pada sesiapa tapi kerana janjiku pada ma & abahku kerana abang & kakakku tidak mampu untuk menyambung pelajaran sehingga ke universiti kerana kekangan kewangan. Untuk maklumat admin, aku anak ke 7 dari 9 adik beradik. Alhamdulillah, Allah mudahkan pengajianku kerana pengajianku ditanggung oleh kerajaan hasil dari pencapaian cemerlang sepanjang pengajian. Syukur padamu Ya Allah!
Tapi, pelangi tak mungkin ada sepanjang hari. Sebaik tamat pengajian, aku berusaha mencari pekerjaan dengan ijazah yang aku perolehi. . Ternyata aku juga tergolong dalam dilema para siswazah-siswazah yang lain dalam mencari pekerjaan. Aku sedikit terkilan kerana tidak mampu untuk membalas jasa mak, abahku adik beradikku yang lain sepanjang aku belajar.
Tapi, aku sangat beruntung sebab mempunyai keluarga yang sangat memahami terutama ibuku yang sangat positif. Setiap kali aku down, ibuku sentiasa memberi kata kata semangat. Ayat ibuku, ‘rezeki Allah luas, sabar. . Allah akan bagi bila sampai masanya’..
Aku terkilan sebab rakan-rakan sebayaku yang lain memperolehi pekerjaan dan mampu memberi nafkah kepada ibu bapa masing-masing. . Tapi, aku juga bersyukur kerana dalam usaha mencari pekerjaan, aku juga berbakti pada ibu bapaku dengan memberi sepenuh kasih sayang & perhatian pada mereka.
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya mendapat pekerjaan dengan gaji Rm20 sehari atau rm600sebulan. Dengan gaji tersebut, aku serahkan semuanya pada ibuku. Aku tinggal bersama keluargaku di kampung . Tapi, rezeki aku tidak berpanjangan. Aku kecewa yang amat sangat sampaikan satu masa aku rasa macam tak berguna diri aku pada keluarga. . Tapi, rezeki Allah itu Maha Kaya.
Alhamdulillah, sekarang aku mampu memberi nafkah pada ibu bapaku seperti gaji bulanan rakan2ku di Malaysia. . Untuk pengetahaun semua, sekarang aku bekerja di luar negara. Hampir setahun aku berada di luar negara mencari rezeki Allah Maha Kaya. Syukur teramat sangat pada Allah S. W. T.. Setiap orang berlainan cara rezeki itu datang & berbeza waktu.
Contohnya, ramai sahabat-sahabat aku sudah berumahtangga dan mempunyai keluarga. Berbeza dengan aku, masih lagi mencari seseorang untuk dijadikan imam.. Hehehe. Itulah rezeki Allah Maha Kaya.. Setiap orang berbeza cara rezeki Allah kurniakan..
PERCAYALAH, rezeki tak pernah salah alamat & dikurniakan tepat waktunya. . Alhamdulillah, aku sekarang masih lagi berusaha memenuhi kewajipan seorang anak pada keluarga di Malaysia. Doakan aku ye semua agar aku menjadi anak yang solehah pada ibu bapaku & bertemu jodoh dalam masa terdekat yang boleh menerima diri & keluargaku.
Pada pembaca yang mungkin mengalami kejadian sama macan aku, aku harapkan korang semua kuat hadapi cabaran hidup. Sebab susah bagaimana pun kehidupan kita, mungkin ada lagi yang susah dari kita. Yang penting, selagi korang ada ibu bapa, selalulah mohon maaf pada mereka, minta mereka doakan kita & selalulah bertanya khabar mereka walaupun sibuk mana kehidupan kita.
Sekian, terima kasih dari Cik A, lewat 20an..
– Cik A
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit