Terima Kasih kerana post confession aku ni. Niat di hati untuk share pada semua, supaya banyakkan sedekah lebih-lebih lagi bulan Ramadhan ni.
Aku final year student di UiTM, dan masih belum habis belajar lagi. Exam aku pun habis lepas raya. Tapi, aku dah mula cari kerja since cuti sem sebelum ni lagi. Aku hantar resume kat banyak tempat tapi satu company pun tak ada panggil interview. Aim aku nak cepat-cepat kerja lepas habis degree, sebab aku nk balas jasa mak ayah aku. Nak dijadikan cerita, satu hari ni aku ternampak iklan kerja kosong dalam bidang aku dekat satu company. Aku terus email resume aku dekat company tu. Tup tup seminggu lepas tu, aku terus dipanggil interview. So, aku call ayah aku cakap aku ada job interview dekat Melaka, minta tolong dia hantarkan aku. Mak ayah aku punya excited tak payah cakapla. Tak lekang mulut dia alhamdulillah.
Segala preparation interview aku settlekan sendiri. Aku pergi interview, dengan harapan aku nak kerja tu. Aku taknak lepashabis belajar aku duduk rumah dan menyusahkan mak ayah. Hampa aku bila interviewer tu cakap, dia nak guna staff ASAP. Tapi aku masih belajar. Aku dah usaha habis baik, mak ayah aku dah excited tapi macam tak ada harapan. Aku balik ke uitm dan sambung final year project aku mcm biasa.
Nak di jadikan cerita, aku ni jarang la nak sedekah kat kawan2. sbb kawan2 aku pun budak JPA. Tapi sem ni aku memang ada buat saving untuk kehidupan lepas habis belajar. Jadi kadang-kadang aku belanja member makan, bagi duit tak minta balance, sedekah kat surau. Aku tak harap apa-apa balasan pun, tp aku dapat kepuasan. Mula-mula nak sedekah RM5 kat tabung masjid pun mcm berkira, tapi lama-lama aku dah jadi ikhlas menabung.
2bulan berlalu, satu pagi aku dapat call daripada office number. Hmm, ni mesti UiTM xpun orang insurans. Aku pun angkat. Rupa-rupanya, aku dapat kerja dri company yang aku interview hari tu. Aku terus nangis sebab terharu sangat. Aku punya happy, masyaAllah aku takleh nak describe. Aku call mak ayah aku, diorang pun happy. terus mak ayah aku kol akak akak dan abang abang aku bgtaw aku dh dapat offer kerja dekat 1 company ni.
Sebelum-sebelum ni akak dan abang aku menganggur lebih kurang 5,6 bulan la untuk cari kerja. Tapi ayah cakap aku berbeza. Cuti seminggu dua lepas habis exam, terus masuk kerja. Gaji diorang offer pun sedapla. Hari tu aku balik kampung, ayah tak habis-habis cakap, nak carikan rumah sewa aku dekat sana. Nak belikan baju kerja aku dan mcm2. Aku peluk ayah aku, aku cakap,
"Terima kasih mak ayah, doakan saya. Tanpa doa mak ayah dan semua orang, saya tak mungkin dapat kerja bagus macam ni."
I love u mak ayah..
– NAHZ
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Power of sedeqah!!! (Y)
tahniah !
Jangan dipandang enteng rezeki sedekah…banyak magicnya
Alhamdulillah
Alhamdulillah..
Bagusnya ayah ko.. antar g interview.. siap nk carikn umh sewa, beli baju bagai..
Beruntung sgt..
Kje elok2 ye. Jaga la mak + ayah + fmly ko baik2 ye..
Tahniah…teruskan bersedekah ya…