Rezeki, Kerja, & Istikharah

Sorry kalau ayat aku karang tak best sebab spm b+ je. Tengah malam 2.02am tak boleh tidur pula sebab banyak tidur siang. Jadi aku nak menulis nak mintak nasihat hidup, kata semangat, dan kecaman semua.

Aku memang top fan IIUM Confession daripada tahun 2015 aku baca page ni hari2 bukak pernah dulu tahun tu juga aku hantar confession dan admin pon publish 2 confession aku.

Macam ni aku umur akhir 20an ada diploma penganggur terhormat, single loser and hopeless. Sekarang aku dah serabut dengan makcik pakcik biasala duk kg kena tahan mulut orang kalau tak kerja mengata la dorang.

Family pulak ayah dah meninggal so sekarang duduk dengan mak ibu tunggal (hidup bergantung pencen ayah) anak ke 3 perempuan sulung daripada 6 orang. Sekarang masalah aku adalah overthinking,

Overthinking sangat sangat kalau dapat offer kerja aku akan selidik betul background check tanya ex staff di linkedin search pasal company tu sekian 2 kot2 ada yang bad review ke. Okay ke ni korang rasa?

Sambil2 tu aku buat istikarah dah aku menyesal ni aku lepas habis attend kelas cert safety balik kg kejap sebelum nak balik rumah adik aku kat penang. Btw aku ex kerja kilang dan stay dengan adik yang dah kahwin.

Cari2 kerja then ade company contruction call je tanpa interview, dia offer kerja di johor jawatan lain. Aku cakap la saya stay penang, then esok nya dia offer kerja dinegeri penang saya tolak saya cakap saya takde cert yang dia nak,

Dia cakap sebelum nak exam boleh la ambik pengalaman dulu project ni urgent nak pakai orang sebab safety dia dua orang dah tarik diri. Sebab ikotkan aku tak competent pon sebagai sss gaji 3.3k dia nak tawarkan.

Tapi aku tak tahu la masalah overthinking ke ape aku was2 nak terima satu dia kenalkan daripada company sekian tapi dekat offer letter company lain aku tanya dia cakap joint venture (jv) tu pon aku tanya kalau tak dia tak bagitahu.

Oleh sebab tu, aku search dekat likedin company tersebut dan terjumpa bekas pekerja tapi ini projek di negeri pantai timur, godek2 dia cakap epf 10 bulan tak bayar, ex staff cakap company potong dalam slip gaji tapi dalam account kwsp tak ada duit tu satu red flag.

Tanya lagi jumpa ex staff perempuan cakap yang sama. Sebenarnya agak risiko kalau nak kerja di contruction tak ada kwsp sebab bahayakan jadi apa2.

Saya whatsapp project manager yang offer kerja cakap saya nak postpone masuk ada masalah rumah sewa satu hal tak jumpa2.

Tapi dalam hati niat sebenar nak fikir lagi hmm project manager tu bagi no kerani untuk tanya pasal rumah sewa so apa lagi saya korek la rahsia pasal kerja kat sana macam mana.

Kenapa staff safety lama berhenti dia cakap dah dua safety berhenti sebelum dia masuk kerja (kerani tu baru 3 bulan kerja masa saya tanya tu) red flag lagi.

Saya tanya lagi kerani ni jawab je apa saya tanya sebab dia happy ada perempuan nak join kerja sebab dia adalah kawan perempuan.

Project manager cakap project ni baru nak start tapi kerani tu cakap sebenarnya daripada tahun lepas lagi project ni. Aduhh saya dah serabut dah 3 minggu fikir dengan istikarah sambil tanyakan dengan kawan yang dalam bidang safety contruction juga, dorang tak sarankan pergi.

Last2 saya tak pergi walaupun dh bayar duit booking rumah RM50 burn macamtu je. Satu kerja aku tolak sebab was2 sampai sekarang rasa macam rugi hahaha,

Lepas tu ada dapat kerja di kl basic rendah 1. 8k lepas 3 bulan performance ok naik 2k. Ni tanpa iv jugak, aku apply dekat telegram email semua dorang cakap nak urgent nak suruh masuk next week lagi berapa hari masa ni bulan 10 lepas tolak kerja pertama.

Ekk mana sempat berapa hari nak cari rumah nak2 aku pernah duduk kl gaji macam tu catu jugak la akhir bulan aku tolak jugakk sampai dia punya staff ke apa tanya sebab aku cakap low basic salary cannot survive dekat kl.

Haha, dia cakap zaman dia sama je blabla aku cakap la kalau aku orang kl jugak takpe ni saya daripada luar.

Dapat kerja ke 3 dapat ni memula apply admin clerk aku ingat cum safety. Tiba sho (safety and health officer) call cakap admin clerk sahaja.

Tapi tak tahu la baik sangat kot aku ingat dia betul 2 baik tapi gatal rupanya. Dia cakap aku busy tak dapat iv face to face (aku macam cakap aku still kerja) dia nak pergi jumpa aku direct tapi tak elok pulak dia cakap.

Masalahnya aku dah pernah search nama dia keluar dia ambik master tahun 2014 dan status dekat whatsapp dia macam nama anak2 dia aku assume dia dah kahwin.. Adalah dia nak call aku balik nak bincang nak tukar admin clerk ke admin clerk cum safety coordinator gitu.

Aku masa ni macam tak berminat aku tak call balik dia hmm then aku whatsapp dia je kenapa call dia cakap nak offer kerja tapi awak macam tak berminat. Then dia cakap dah ada sss lain akan datang kiranyaa aku macam terlambat la dia dah ambik orang lain.

Hahaha tapi ada la aku msg jugak dengan dia tanya pasal bidang safety dia cakap kalau nak tanya apa2 dia boleh tolong. Last2 dia offer kerja sss dia cakap safety yang nak datang berhenti kerjaa camtu laa.

Tapi cara whatsapp dia tu macam orang gatal meh la mai la kerja kita buat sampai dapat certificate yb (yellow book) meh meh. Aku tak balas dia whatsapp lagi mana safety saya nii…

Hahaha, aku tak pandai nak cerita tapi yang aku rasa dia ni miang keladi sebab masa dia call aku tanya la ade accomodation tak company sedia dia cakap tak kteorg kat sini semua jantan. Hmm aku tolakk lagi satu tawaran kerja.

Kerja ke 4 akhir bulan 10 macamtu aku dapat lepas solat asar jumaat aku doa betul2 orang kata lepas asar jumaat makbul doa. E

soknya aku dapat chat dekat telegram dia cakap aku tengah cari kerja safety ke,dia cakap ada boss doa tengah cari pekerja safety fresh. Aku dah happy dah masa ni.

Dia suruh whatsapp direct boss dia cakap boleh ke nak kerja kalau sanggup menyewa aku iyakan je sebab memang nak kerja.

Last2 dia suruh contact anak buah dia, dia suruh aku settlekan cidb medical oil n gas.. Dia cakap kwsp tak ada sebab kita company baru lagi.

Nanti next project kalau performance aku ok dia akan sambung masa tu baru ada kwsp. Hmm aku iya kan je sebab nak kerja tapi dalam hati 2 bulan je. Nak kena cari kerja lain kalau dorang tak nak sambung aku.

Esok nya staff tu whatsapp aku cakap bila boleh masuk rumah dah ada dia tnya staff perempuan tu. Aku ni penyakit was2 sebab takut aku perempuan offer letter tak dapat hanya berhubung whatsapp aku dah la tak kahwin lagi.

Aku cakap aku nak masuk lambat sikit sebab memang atuk aku sakit teruk masa ni warded hospital pakai oksigen.

Dia cakap family first settle dulu. Aku settlekan cidb walaupun duit dalam account dah ciput. Sambil tu aku istikarah dengan amal yasin 7 mubin.

Lastt dia call tapi aku tak perasan dia whatsapp cakap suruh berhubung dengan jiha untuk bagi document cert safety dengan cv. Aku ingatkan dia nak suruh berhubung dengan hr.

Tapi bila aku whatsapp jiha tu dia cakap berminat tak kerja ni rupanya jiha offer kerja lain. Dah la staff tu tak cakap dia tak jadi ambik aku just bagi offer kerja lain. Kecewa tapi aku yakin ni petunjuk daripada istikarah.

Hmmm so sekarang aku menganggur lagi. Tadi baru aku scroll kot2 ada kerja pembantu kantin, kedai tudung waffle nk pakai orang kat pekan aku duduk ni boleh la buat makan pakai beli top 4 tak sedap tua nak mintak dengan mak.

Aku ada diploma lain bidang hr dan aku nak masuk bidang safety so sebab tu aku ambik cert sefety boleh bagi peluang pekerjaan lagi meluas gaji pon ingat lagi ok rupanya ada pro n con banyak kontrak pulak bidang ni.

Aku study secara online weekend, sebab pkp haritu aku nak kerja di negara singa ingat nak ulang alik johor dah dapat kerja medical semua dalam seminggu.

Nak masuk tup2 tutup pulak boarder so menganggur la aku secara jayanya balik la aku negeri pantai timur dah la kurang kerja dia area pekan rumah aku apa je kerja yang aku tak buat cafe, myvac kedai makan kfc semata mata nak cari duit.

Gila sebab dah biasa pegang duit sebelum ni. Stress la apa nak buat ni dekat 29 tahun apa pon tak ada suami tak ada, kawan tak de sebab aku belajar kl dlu masa sek duk asrama kawan 2 tak daerah aku. Kalau ada pon semua bekerjaya hebat. Aku penat la tak tahu nak buat apa dah.

Amalan apa dah nak buat. Kot korang ada nasihat apa yang aku perlu buat takyah buat istikarah sambil berbincang nga orang lebih pengalaman cari kerja main sambat je apa yang datang.

Amalan murah rezeki sebab aku tahu aku lemah kerja tak tahan dalam setahun la paling lama. Sebab aku ni susah adapt dengan orang lagi satu aku ni sejak umur 19 tahun asyik dengar satu suara aku search macam skizo.

Tapi suara tak adalah menganggu sangat tapi masa mula2 dengar macam ingat orang mengumpat konon suara ni cakap kita femes. Tapi aku dah pergi banyak kali ruqyah dekat darul shifa dekat pusat ustaz sharhan.

Malas nak cerita kalau cerita penyakit ni kena karang lain yang ni pon dah melaluk dah ni.

Aku sanggup je baca apa2 motivasi sebab aku stress la dah la ada sorang abang aku belajar sampai degree lepas degree kerja kedai runcit lepastu duk terkurung dalam rumah keluar sembayang jumaat je.

Sekarang je baru start dia pergi kebun. Kalau aku tak kerja juga aku kesiankan mak aku ,mak aku sekarang besarkan rumah kalau boleh nak tolong dia.

Tolong doakan aku dapat kerja dengan kadar segera nak sedekah setial hari macam sebelum ni nak bagi duit ke mak aku. Please..

– Lonely Girl (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *