Rezeki Setiap Orang Berbeza

Assalamualaikum. Walaupun masih dalam Ramadhan, bulan yang mulia, yang sepatutnya kita banyak bersangka baik tetapi perlu jugak jadi bulan untuk peringatan pada kita supaya muhasabah diri.

Saya nak kongsi cerita pasal seorang yang sentiasa iri hati pada suami saya. Cabaran besar bagi suami saya nak hadap orang macam ni.

Suami saya dah bekerja hampir 10 tahun, saya pulak hampir 8 tahun. So boleh agak lah berapa usia kita orang berdua kan.

Setelah bertahun2 kerja, rasa berbaloilah dinaikkan pangkat ke senior kan. Siapa yang tak suka. Tapi kita orang saling tak mengejar pangkat, dapat itu rezeki.

Cuma, dalam kita orang bahagia melalui hidup2 seharian dengan kerja tetap, gaji yang terjamin setiap bulan rupanya ada orang yang tak senang hati.

Saya pun baru je tau hal ni dari suami. Waktu drive pergi pejabat suami bukak cerita. Dia luah perasaan. Simpati saya dengar.

Benda ni dah bertahun2 jadi, cuma makin lama makin teruk. Sikit2 sifat iri hati tu tumbuh dalam diri orang tu.

Bermula dengan suami saya beli fon baru, dia pun beli. Suami saya beli kereta baru, dia pun beli. Alasan kita orang beli kereta baru sebab kereta kita orang tu dari zaman bujang.

Dah bertahun pakai mana mau nak elok. Tu pun bertahun dah kerja baru merasa nak kereta baru. Beli pun sebiji je, suami hantar saya pergi kerja hari2.

Sebelum beli kereta, rezeki kahwin suami dapat beli motor baru. Jadi perubahan hidup kita orang tu bukanlah drastik mendadak. Perlahan-lahan.

Jumlah pendapat kita orang berdua, kalau suami ada OT atau kerja part time dia dapat la RM6ribu sebulan. Itula nak belanja barang dapur, bil, komitmen lain & nafkah kan.

Tapi rupanya, dalam gaji suami saya tu ada portion untuk orang iri hati ni. Tiap bulan meminjam duit dengan suami saya. Pangkat dia lagi tinggi tau, tanpa segan silu pinjam duit suami saya.

Dah la pinjam, iri hati lagi. Macam tak boleh brain la orang macam ni. Tak kan la gaji suami nak kne jadi nafkah orang tu anak beranak pulak kan!

Banyak hal tau suami saya kena dengan orang tu. Saya tak nak la letak nama sebab tak sesuai nak namakan dia dengan apa2 maksud nama sekalipun dengan perangai macam tu.

Kita orang ni belum ada anak, memang setahun tu ada la pergi melancong. Itu pun dia tak puas hati. Bila suami saya nak cuti je, dia perli2 suami saya.

Bila naik je dari cuti, belambak kerja bagi dengan alasan tertangguh sebab suami saya cuti. Dalam unit tu ada orang lain la boleh buat kerja, bukan suami saya je.

Sebab tu la akhirnya saya remove dia dari instagram. Saya kenal dengan kawan2 kerja suami. Awal kahwin ada yang saya follow diorang kat instagram.

Tapi selepas satu episod demi episod iri hati saya remove semua dari followers saya dan kita orang sama2 set private account.

Korang bayangkan la, syarikat bagi kenderaan baru pada UNIT suami saya untuk kegunaan kerja seharian pun dia iri hati.

Akhirnya suami saya tak pakai pun kenderaan tu. Suami guna je motor sendiri. Tak payah nak berebuntukan hal remeh macam tu.

Kalau nak sambung cerita, macam2 ada. Tapi biarlah simpan sikit. Perangai macam budak2.

Rezeki masing2 kan berbeza. Tuhan dah bagi dia kehidupan sempurna, anak ramai pun masih tak puas hati. Gaji besar lg dari kita orang pun masih nak banding. Kesian suami saya.

Orang2 toksik macam ni, tolong la bagi hantuk sikit kepala tu supaya berakal. Kalau rasa serba serbi orang lain tak boleh nak lebih, duduk la dalam hutan.

Kejayaan masing2 tu dengan usaha masing2. Apa yang orang lain miliki, tu bahagian dia. Tak perlu la nak pertikai atau berlumba sampai nak jadi sama macam dia. Tak penat ke?

– Zoe (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Suami puan kena berhati-hati dengan orang ini. Takut irihatinya pergi lebih jauh dengan buatan cara halus. Jangan mudah terima makan minumnya dan jgn rapat dgn dia. Hati kalau dengki macam2 boleh jadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *