Rezeki Tuhan – 8:35 AM

Rezeki Tuhan

Hai semua :)

SPM ? Orang kata SPM penentu masa hadapan kita . mm , SPM aku ? Teruk sgat . semua gred aku borong . masa tu aku down sangat² . Yelah , kawan² semua dpat result okey dan adik bradik aku pun result SPM okey . tapi aku ?

Lepas SPM , aku ambek kursus komputer sebab aku nak isi masa aku sebelum smbung belajar . isnin hingga jumaat aku kat belajar . sabtu ahad aku kerja part time sebagai cashier .

Aku try apply UPU dan matrik . Hasilnya mmg mengecewakan . Aku tak dpat panggilan dari mane2 universiti pun . kawan² baik aku kat tmpt kursus tu berhenti awal sebab dorg dpat panggilan matrik . masa tu mmg aku jeles sgt dan sedih.

Aku try apply sebuah universiti swasta . Alhamdullilah dapat . masa tu mmg happy sangat sebab aku dpat kos yg aku minat. Aku tanya mak aku pasal universiti tu , mak aku tak bagi sebab yuran pengajian utk satu sem dah dekat rm 14k .

Mak aku suggest satu kolej ni under kerajaan . memang kolej ni tak famous smpai dorg kata tak pena dengar nme kolej tu . mak aku suruh masuk sebab mak aku kata nnti bila habis diploma , tak perlu nak bayar apa2 sebab smue dibiayai , dpat elaun lagi. Aku memang tak nak dekat kolej tu , lagi² aku dpat tahu aku dapat kos bidang construction .

Dengan berat hari , Aku bersetuju dengan cadangan parents aku even aku memang tak minat sangat . bila orang tnya knapa pilih kolej ni , aku akan ckp 'mak ayah suruh' .

Alhamdullilah . aku berjaya tamatkan diploma aku dengan jayanya. Dalam hati aku fikir , ada hikmah aku follow kata mak ayah aku .

After tamat diploma , ada sebuah company ni dtg kolej aku untuk interview students² untuk ikuti satu program ni . Alhamdullilah , aku lulus interview tu .

Program ni khas untuk hntar pelajar ke overseas utk belajar benda bru di negara orang dan apply kat Malaysia bile hbis nnti. hampir 5 bulan aku training english , ambek ietls , buat live project . masa ambil ietls memang tak yakin sgat sebab ambik ujian tu je dah seribu lebih then tak boleh nak claim . aku mmg nekad dan percaya pde rezeki , Alhamdullilah aku lulus ujian ielts dan berjaya dipilih utk melanjutkan pelajaran aku ke luar negara .

Masih ingat lagi masa aku nak ambik ielts . aku jumpa sorg perempuan ni dan berbual2 . aku cakap la aku budak kemahiran . then dia tak percaya . dia siap kata budak kemahiran pun boleh pegi overseas ekh ? Siap dpat tajaan lagi tu . Aku hanya tersenyum

Alhamdullilah . kini aku berada di United Kingdom utk melanjutkan pelajaran ku . InsyaAllah after 2 years belajar , aku akan bekerja terus dengan company yg menghntr aku ke sini .

Percayalah , rezeki ada kt mane2 . even SPM kita teruk dan di label budak kemahiran tapi tu bukan bermakna kita tak boleh berjaya . ?

Budak kemahiran,
FS

– FS

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *