Assalamuaikum dan Selamat Sejahtera.
Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan confession aku yang tidak seberapa ni.
Aku kenalkan diri aku sebagai Ezra. Seorang pelajar lepasan IPTA terkemuka di Malaysia. Aku ni dikira sebagai manusia yang paling bertuah dalam dunia. Sebab selepas aku tamat belajar, aku terus mendapat pekerjaan di sektor awam. Kalau nak dikata kerja tu hebat, sebenarnya taklah sangat pun, sebab aku tak kisah pun kerja dengan gaji yang ciput. Alhamdulillah. Boleh dikata, laluan hidup aku sangat lancar dari aku kecil sampai besar kalau nak dibandingkan dengan adik-beradik ataupun rakan-rakan.
Selepas mendapat tawaran pekerjaan, aku pun rasa seronoklah dengan kerja pertama aku. Bukan senang graduan macam aku ni nak dapat kerja zaman sekarang. Aku pun kerja dengan sungguh-sungguh sebab aku percaya sumber rezeki aku adalah hasil dari kerja aku yang ikhlas dan amanah. Aku bukan nak kata aku ni baik sangat, tapi aku percaya rezeki yang berkat bermula pada punca yang betul.
Cerita aku bermula bila aku dapat dinaikkan pangkat ke level seterusnya. Hidup aku rasa makin ceria sebab gaji bertambah dan lega hasil berkat aku bekerja selama ni orang pandang walaupun aku ni bukan jenis nak membodek bos. Tapi biasalah bila kita dah dapat lebih sikit, kawan-kawan yang iri hati tu adalah normal. Kalau nak diikutkan pada pandangan aku, aku memang rasa aku lagi layak dari mereka disebabkan prestasi kerja aku yang bagus.
Aku ni jenis yang bermotivasi tinggi. Maka, aku kerja elok-elok ni demi kepuasan diri sendiri juga. kalau kita usaha, mesti Allah akan bagi yang terbaik untuk kita kan? Yang aku tak berapa faham ialah sesetengah orang ni yang kerja sambil lewa. Sorry to say aku cakap, kadang-kadang pandangan orang awam pasal penjawat awam yang selalu mengulor itu adanya betul juga. Aku tak kata semua penjawat awam macam tu, tapi ada segelintir macam tu.
Aku bukan nak kata aku perfect serba serbi, tapi kita sebagai manusia perlu tunaikan tanggungjawab kita dalam pekerjaan. Maksud aku, kalau korang nak rezeki yang berkat, kerja lah dengan betul-betul. Mula pagi dah kena ada niat yang betul. Ini tak, pagi-pagi punch pun orang lain yang punch in kan, Lepas tu menghilang makan breakfast sampai 2,3 jam. Kalau macam tu, bila masa nya nak kerja? Aku tengok kadang-kadang diorang ni tak fikir ke? Rezeki tu nanti lah nak bagi kat anak-anak makan, nak bagi dekat mak bapak. Sedih rasanya. Kalau nak ikutkan, itu hal diorang, peduli apa aku kan?
Sebenarnya, banyak akan terjadi dalam kehidupan kita kalau kita tak amanah dan ikhlas dalam kerja yang diterima. Contohnya ada kawan-kawan aku yang kesempitan hidup dari segi kewangan, anak selalu sakit, kereta rosak sana sini. Memang benda tu nampak biasa, tapi di sebaliknya? Semua tu berpunca dari sikap dan tindakan mereka terhadap perkerjaan. Aku pun kadang-kadang ada buat silap juga tapi setiap hari kita akan cuba jadi yang terbaik kan. Aku malas nak bebel panjang-panjang. Orang kalau dah degil bukan nak dengar pun. Sekurang-kurangnya aku dah sampaikan pesan.
Sekian, terima kasih.
– EZRA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit