Rezeki,Ajal dan Jodoh

Assalamualaikum, maaf jika luahan atau pandangan saya ini berkaitan dengan soal ketentuan Rezeki dalam kehidupan seharian.

Tahun ni bulan November genaplah 3 tahun aku menganggur. Aku belajar di Shah Alam, dalam bidang penerbitan filem dan animasi. Masa mula-mula aku habis belajar, rasa seronok sebab lepas bebanan thesis,esaimen,bangun awal nak ke kelas.

Selang sebulan lepas konvokesyen,aku dapat tawaran kerja lebih cepat dari kawan2 lain. Aku mendaftar kerja di sebuah syarikat swasta di PJ. Selama 6 bulan aku bekerja, macam2 ragam manusia dalam syarikat. Sehinggalah aku terpaksa melepaskan pekerjaan itu kerana ada aktiviti ‘judi’ dalam diam. Pertaruhan duit untuk sebuah filem,kalau filem letup dan taruhan kau tepat kau dpt duit hasil taruhan rakan sepejabat. Aku terpaksa melepaskan pekerjaan itu kerana aku tahu suara pandangan aku bukan sesuatu yg penting dalam syarikat (menegur aktiviti taruhan).

Semenjak itu,aku mula ‘job hunting’. Interview sana sini. Salah masuk kompeni (kompeni MLM), kena tipu majikan,dan pelbagai lagi aku hadapi demi mencari sebuah pekerjaan. Dalam kepayahan aku mencari pekerjaan,disaat itu juga aku melihat berapa ramai kawan2 yg sudi dan ikhlas membantu aku. Ada yang rajin update jawatan kosong,ada yg inbox messenger facebook. Alhamdulillah kawan2, sentiasa membantu.

Selama setahun aku berulang kesana kemari mencari pekerjaan,sambil3 itu aku bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kompleks beli belah di sini. Alhamdulillah,aku bukan manusia yang jenis memilih pekerjaan,asalkan HALAL disisi agama aku rembat walaupun pekerjaan ditawarkan hanya sebulan dua (part time).

Dan selama tiga tahun ini juga akh masih terkontang kanting mencari pekerjaan yang tetap. Nak cerita pasal resume,interview mmg takkan habis. Ratus2 ringgit habis. Satu panggilan mengatakan ” Awak diterima bekerja, Lusa boleh mula daftar kerja” susah untuk aku dapat. Hanya ALLAH yang tahu bertapa kecewa nya diri saya.

Setiap malam,aku hanya mampu duduk memikirkan nasib. Ya satu yang aku terfikirkan. Doa. Tawaqal. Aku mungkin kurang berdoa memohon pertolongan dari Allah. Solat,doa dan redha.

Sehingga saat aku menulis luahan ini,otak masih sarat memikirkan pekerjaan. Pengalaman aku dalam bidang pengajian langsung terkubur. Allah hadiahkan aku pengalaman baru, pengalaman dalam perniagaan. Sungguhpun manusia lain mengata aku yg ada pendidikan tahap Ijazah tapi tak mampu duduk bekerja dalam pejabat, sungguhpun rezeki aku belum ada untuk bekerja tetap, Allah kurniakan aku kekuatan dalam diri,Allah kurniakan aku redha,Allah kurniakan aku masa terluang supaya aku makin kuat berdoa padaNYA.

Pada rakan yang masih menganggur,biarlah orang mengata,biarkan sedara mara kita begelak ketawa,Insya ALLAH dipenghujung jalan kita Allah sediakan sesuatu yg bermakna dalam diri. Untuk wanita yg punya sijil diploma,ijazah,master dan PHD tidak mengapa jika kita tidak punyai rezeki menyandang kerusi pejabat,tidak mengapa jika kita terpaksa bekerja melayan pembeli, Ilmu tak pernah habis. Pada rakan yang berjaya mendapatkan pekerjaan diidamkan Tahniah, Allah makbulka doa anda. Doa kan kami juga supaya Rezeki dari NYA tidak terputus. Amin ya Rabbalalamin..

– Ju

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit