Rheumatoid Arthritis

Masa aku belajar, ada satu peristiwa aku terjatuh dan daripada situ, doktor masa itu mengatakan aku mengalami osteoarthritis (radang tulang) yang menyebabkan aku jalan terhenjut-henjut (limping) around 2 bulan.

Lutut aku since then, never be the same as before dah. Masa ni, dah start therapy for lutut, seminggu sekali dan hari-hari lain berbekalkan painkillers. Tuhan je tahu sakitnya macam mana.

Selepas habis study, aku refer case aku ke hospital area rumah aku. Blood test demi blood test aku lalui, suddenly doktor kata mine was actually rheumatoid arthritis.

“Rheumatoid arthritis is a long-term, progressive, and disabling autoimmune disease. It causes inflammation, swelling, and pain in and around the joints and other body organs. Rheumatoid arthritis (RA) usually affects the hands and feet first, but it can occur in any joint.”

Terus aku google mencari specialist yang terdekat – Hospital Putrajaya. So almost setahun setengah aku berulang-alik, masih sama – blood test berulang-ulang kali. Cuma kali ni ditambah terapi for both wrists. Jari-jemari aku sangat mudah bengkak dan sakit tu pada level kebiasaannya 7/10. Saat aku menaip ni pun, tengah menahan sakit. Bulan puasa kan? Mana boleh ambil painkiller.

Asalnya tangan kiri sahaja. Tapi bila dah sakit tangan kiri, most of the things mestilah kita buat tangan kanan. So merebak ke tangan kanan. Tak tertinggal elbows, buku lali dan jari kaki. Dah run x-ray untuk tangan dan memang jelas terlihat median nerve aku bengkak teruk.

Ditambah pula waktu itu aku bekerja di sebuah contact center yang menuntut aku menaip all day long selama 8 jam. Memang bertambah teruk. Doktor suggested untuk buat surgery, tapi waktu itu aku refuse dengan alasan the pain wont go away pun walau dah operate.

Sebenarnya takut. Yelah, kita ni perempuan. Tangan ni lah yang akan potong bawang, masak, basuh baju, jemur baju, angkat itu, angkat ini. Bayangkan kau tak boleh guna tangan kau?

Selepas dapat tahu kondisi tangan aku, aku dapat offer tukar kerja – yang tak memerlukan aku menaip selalu. Alhamdulillah.

Mak aku, sehinggalah hari aku diberitahu perlu operate, dia tak percaya pada sakit aku. Adik-adik aku pun. Diorang kata aku malas je selalunya. Dan aku pun malas nak bahas, aku iyakan jelah. Memang kakak korang ni pemalas gituuu.

Sakit yang tak nampak dari luar tu sangat susah nak bagi orang faham dan susah orang nak percaya. Bila dia tahu doktor suruh operate, barulah setiap kali aku kena angkat apa-apa, dia akan tanya okay ke tak.

Ada sekali tu aku naik LRT, ada orang yang lebih memerlukan tempat duduk. Malang bagi aku, sebab perjalanan aku jauh dan lutut aku memang tengah sakit time tu. Orang tu pandang aku as if aku buat jenayah. Perlu ke eh aku pakai tag kata aku tengah sakit? Sama juga dgn lift di mall.

Ada sekali tu ada ibu sorong anak dia, lepas tu dia cakap kuat-kuat dalam lift, “yang sihat tu lain kali bagilah orang tua ke stroller yang naik lift”. Aku time tu rasa human rights aku dicabuli. Yes, kena ada conscience bahawasanya lift itu untuk orang yang memerlukan tapi kau tak boleh judge people simply macam tu.

Ada jugak one time ni keluar dgn mak aku. grocery shopping. Masa ni memang jari-jari aku bengkak. Memang mak aku pegang sendiri plastik2 barang dapur. Orang pandang aku as if aku ni anak tak beradap. Last-last aku pegang juga sambil telan sakitan.

Kerana sakit ini juga, mak bekas tunang aku memutuskan tali pertunangan aku kerana bimbang aku tak mampu menjaga anaknya.

Yes, memang ada manusia yang mencari bibik percuma dalam perkahwinan. Dan aku hampir menjadi mangsa. Rasa terhina weh. Kenapa? Orang ada sakit tak layak ke nak gembira? Tak boleh ke nak susah senang bersama? (haha terluah perasaan pulak)

So, sekarang ni aku dah pindah tempat kerja baru. Masih menunggu temujanji doktor lagi sebulan – sebab transfer hospital. My condition has worsen, has progressed a lot. Doakan aku kuat melawan penyakit aku ini.

Kepada pesakit-pesakit RA di luar sana, we also can be a fighter! People might not see our pain but it didn’t mean the pain is not there. Love yourself!

– Layla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *