RIMAS
Thanks admin sebab post aku punya confession ni. Aku bukan student dari uia aku harap anda semua x marah aku confess kat sini dan kalau ada perkataan yg aku ringkaskan aku mintak maaf dari awal ye. Aku confess ni untuk lepaskan apa yang terbuku dekat hati aku ni.
So cerita dia macam ni, sejak dua menjak ni aku rimas betul dengan kawan-kawan lelaki aku. Aku anggap diorang ni kawan-kawan je tapi diorang ni asal layan baik sikit mula la lain macam. Hari-hari chat aku,mesej aku. Naik rimas tahu tak??. Bagi aku kalau kawan x perlu kut nak chat, mesej tiap-tiap hari macam tu.
Aku sebenarnya memang lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan dan aku berkawan dengan lelaki ni bukan sebab aku gedik ke gatal ke, tapi dengan diorang ni aku bebas nak bergurau kasar sikit sebab aku ni memang spesis kalau tengah gurau tu x sedar apa. Main lepas ikut sedap mulut je. Kalau aku bergurau mcm tu dengan kawan perempuan nanti mula la ada yang sentap, kata aku bukan-bukan.
Tapi ni la masalah yg lelaki ni, bila kita layan baik dah perangai tu lain macam. Aku nak cakap nanti serba salah, jahat-jahat mulut aku bergurau pun aku masih reti lagi jaga hati orang. Aku x layan chat dia berhari-hari dicopnya aku sombong. Siap nak merajuk bagai dengan aku. Yang paling x tahan suruh aku teman bila dia x boleh nak tidur tengah malam tu. Tak nak teman merajuk. Weh please laa, serious annoying perangai kau. Kalau kau bayar gaji dekat aku sebab bersengkang mata nak teman kau x apa jugak.
Harap-harap korang boleh laa bagi aku advice untuk aku sekolahkan sikit kawan aku yang mcm ni. Tapi biar dengan cara berhemah laa, aku x nak la sampai nanti putus kawan pulak sebab hal ni je.
– ropeah