RINDU

Yes rindu itu adalah anugerah Allah s.w.t

A memandang ke luar jendela, barisan kereta menuju ke Kuala Lumpur malam ini agak kurang, mungkin tengah malam. Isterinya Z sedang memandu, mereka bertukar tukar giliran. Lagu Guilty Consciousness nyanyian Eminem dimainkan oleh DVD player.

Ingatan A menerjah..

Selepas menduduki kertas terakhir STPM pada November 2004, A melangkah longlai, fikiranya hanya ditumpukan kepada ibunya yang terlantar di Hospital Sungai Petani.

Ye, sejak sebulan yang lalu, A menghabiskan duit biasiswanya semata mata untuk berulang alik ke hospital selepas tamat waktu sekolah. Ketika mahu melangkah meninggalkan kawasan sekolah, kawan baiknya L memanggil. Mengajak untuk bertandang ke rumahnya. Itulah kawan baiknya yang berlainan jantina. Kehidupan A tiada rahsia terhadap L.

A menolak ajakan rakan karibnya kerna hendak ke Hospital melawat ibunya yang terlantar di hospital. Doctor sendiri tidak dapat mengenalpasti penyakit ibunya. Hanya Pain Killer diberi demi meneruskan kelangsungan kehidupan ibunya.

Seminggu kemudian A mengambil keputusan untuk bekerja. Dia menjejakan kaki ke penang, disana dia diterima bekerja di sebuah kilang perindustrian. Kelebihan berbahasa Inggeris menyebabkan dia ditawarkan gaji yang agak lumayan. Tahun 2004 dan gaji pokok sebanyak RM1200. Kerjanya hanyalah menjadi perantara antara majikan dan golongan pekerja.

Selama sebulan A bekerja dengan tekun. Dan akhirnya dia memperolehi gaji pertamanya. A terus mengambil bas pada malam tersebut, destinasinya ialah Hospital. Sudah lama dia tidak melawat ibunya. Tanggungjawab itu diserahkan kepada adiknya H.

Setiba di hospital, ibunya duduk berseorangan, melayan perasaan. Kedatangan A disambut dengan pelukan erat ibunya. Malam itu dia berborak panjang bersama ibunya. Terlalu banyak benda hendak dikongsikan. Tangan ibunya digengam erat.

Malam itu, A bermalam di Hospital, dia hanya tidur dipondok yang disediakan. Berbekalkan baju sejuk dan ditemani nyamuk, dia tabah mengharungi malam. Kadang kala dia mencuri masuk ke wad untuk berjumpa ibunya.

Muka cekung menampakan tulang pipi dan tangan kecil ibunya ditatap dan direnung semahunya. Pagi itu A terpaksa pulang ke penang kerna dia akan bekerja pada esok hari. Sebelum melangkah keluar dari wad. A bersalaman dengan ibunya. Ibunya memeluk erat A. Keadaan itu berlarutan beberapa minit.

Sebelum melangkah pergi A menghulurkan Rm200 kepada ibunya. Duit itu dilipat dan digengam oleh ibunya.

Beberapa minit lagi A akan tiba ke terminal bas Butterworth. Belum sempat dia turun dari bas. Talefon bimbitnya berbunyi.

Abang A, ibu dimasukan ke ICU dia tak sedar.

kata-kata yang kedengaran di hujung talian. A bergegas semula, mencari bas paling awal menuju ke Sungai Petani. Fikiranya kusut, didalam bas, air matanya mengalir laju. Dia risaukan ibunya.

Setiba di Hospital, doctor tidak memberikan kebenaran untuk melihat ibunya. Semalaman A bersengkang mata menunggu perkembangan ibunya. Petang itu doktor keluar dari ICU dan berkata "there is no hope, I'm so sorry"

Ibunya pergi meninggalkan mereka sekeluarga selama lamanya. A tiada lagi tempat mengadu. Hilang rakan karibnya. Hilang sahabatnya, Hilang ibunya.

Beberapa bulan kemudian A meneruskan cita-citanya, melangkah ke UIA. beberapa minggu disana, dia menerima tawaran bekerja di dalam sektor kerajaan. Cita-citanya ingin melanjutkan pelajaran namun arwah ibunya pernah berkata.

"Dalam kerajaan, mudahlah kalau ibu sakit, semuanya diberi kemudahan"

A meninggalkan UIA dengan membiarkan cita cita terkubur. Menunaikan impian arwah ibunya dalam pekerjaan.

Kini setelah 11 tahun berlalu, A sedar kata-kata ibunya adalah doa buat dia. Air matanya mengalir laju, rindukan arwah ibunya.

Ya dia cemburu melihat orang lain mempunyai ibu.

A rindukan ibu…

Tangisan yang tidak disedari oleh isterinya Z. Dan kerinduan itu dipendam didalam hati.

A sayangkan ibu

Perasaan itu dibawa pergi bersama kereta yang membelah kepekatan malam menuju ke ibu kota.

A rindukan ibu..

– Capital A

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *