Aku kehilangan ayah aku seminggu lepas birthday aku & betul2 lepas jawab paper PMR. Sepanjang awal form 3 aku memang rasa sama ada mak atau ayah aku yg bakal tinggalkan family aku, tapi biasa la kita susah nk percaya kata hati. Aku ingat lagi waktu aku join program motivasi PMR sekolah, selalu kan ada slot sedih2 pasal ibubapa kan? Aku adalah antara manusia yg menangis teruk punya sampai kawan2 kelas aku pon risau.
Hari kematian ayah aku, sangatlah tak aku jangkakan. Sebab pagi tu aku tengok ayah aku ok je. Bila aku dapat tahu ayah aku takde tu, seriously aku blur & otak aku macam mati sebab tak dapat cerna. Malam tu aku tido dalam keadaan sedih yg amat sangat & aku bermimpi. Aku mimpi aku tunggu ayah aku, ayah aku balik jumpa aku & cakap dia hanya pergi kerja je. So sepanjang aku menempuh hidup ni, mindset aku ayah just pergi kerja ke walaupun tiap kali tahun aku satu family pergi melawat kubur.
Satu hari aku mimpi ayah lagi sekali, ayah hidup balik. Macam orang gila kan? Kadang2 aku rasa aku macam 'mental' aka gila. May be sebab aku cuba hidup dalam penafian. Korang rasa aku ni sebenarnya macam mana? Aku tak pernah pon cerita dekat siapa2 pasal mimpi walaupun family aku sendiri. Sesungguhnya aku rindu ayah sangat2.
– Ira
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
sy dua2 dah takde… bc yasin dan al fatihah utk mereka yg pergi. dan sentiasa berdoa utk mereka selepas solat
mimpi tu baik. aruah menziarah.
sentiasa doakan ayah n bacakan surah yassin utk bekalannya di sana. bertabahla ye
Susah nak redha dan terima ayah da tkde.but trust me..masa akan mengubat segala duka..rindu tu mmg tkleh nk ungkap.aku pun ada dlm dua semester depressed…tp last2..aku cuba jgk untk redha..kau tau mcmn?ingt kenagan dan doakan dia..buat baik atas nama dia..tu je bakti kita sbgai anak.
Kadang2 aku minpi mcm tu. Situasi yang macam ayah tu masih ada je. Macam yakin sgt dalam mimpi tu. Sekali terbangun mmg sedih. bertabah ya! Bnykkan berdoa utk ayah.
Sama la..selalu anggap ayah aku masih ada. Selalu sembang apa yg dia suka ngn mak. Aku pun selalu mimpi dia masih hidup. Kdg2 mimpi cium tangan dia. Bnyk kali mimpi macam tu. Point is, you are not alone. Redha dan bykkn doa. :)
Perasaan tu…sama..hanya yg pernah alami akn paham perasaan tu..
Susahnya nk redha kan pemergian seorang ayah hanya Allah je yang tahu……….sampai skang weh ak xbley lupe dia pnya sedih
kwn sy ayah dia meninggal 2 hri before raya tahun ni. Alfatihah :))