rindu loceng ibu..

Ibu…pergi di saat aku berdoa kepada Allah janganlah ambik ibu ku sebelum aku. Kerana aku takut tak dapat tempuhi hari yang mendatang tanpanya. Sungguh aku sangat merindui ibu. Ibu pergi di saat aku masih ingin bersamanya. Bergelak ketawa. Berkongsi cerita. Aku blh dikatakan ank yg sangat rapat dengan ibu. Dari kecik sampai ke besar. Igt lg masa aku kecik aku selalu mengendeng je dgn ibu. Mana2 mesti ibu. Even masa ibu ayh tgh baring aku akn menyelit kat tengah2. Ank sangat manjalah katakan. Hehe aku igt lg masa kecik aku tercakap kasar dgn kakak aku. Hbs aku kena tampar dgn ibu. Masa tu dahlah ibu suruh susun kasut. Habislah susun kasut sambil berjujuran air mata haha tp tamparan itu ajar aku agar tak biadab dengan org tua. Aku jadi semakin rapat bila selalu ikt ibu menjaga kantin. Ibu share dgn kwn nya.
Sejak tu aku try belajar masak2 dgn ibu. Aku igt lg masa darjah 5 dah msk nasi goreng. Kemain happy aku bila ibu puji sedap haha siap dihidangkan utk kwn ibu. Padahal ntah pape je rasa nasi tu haha. Naik tingkatan 1/2 aku tak igt bila ketika aku nak hulur salam dgn ibu dia tak capai sbb masa tu dia tengah mrh dgn kakak. Menangis2 aku sbb tu first time ibu tak capai tgn aku. Sedih bukan main…sampai aku merajuk…aku jenis merajuk aku akn senyap. Tak akn bls apa org tanya. Tak kira sama ada ibu ayah adik beradik ke..rasa berdosa tau tak tp aku tkt kalo cko aku terlepas marah/rajuk aku tu. Maafkan bell ibu. Sbb pernah buat begitu. Tp jgn risau lps hbs merajuk aku bls pertanyaan dorang tu hehe. Nak dijadikan cerita. Ibu disahkan ada kanser. Teruk. Lps operate ibu kena chemo. Aku urut2 kaki ibu sbb ibu tak larat nak jln. Sambil urut sambil menangis dlm hati.
Ibu jangan pergi dulu kata hatiku…ibu yg ceria kini terbaring sahaja. Tak lg dpt aku rasa masakan ibu yg sedap tu. Sumpah rindu sbb yelah masa budak lain2 blh mkn masakan ibu aku tak dpt nak makan. Sedihlah sbb masakan ibu kan lain. Dimasak penuh kasih sayang. Semasa ibu sakit dugaan demi dugaan dtg. Tp aku salute ibu sbb tabah je. Senyum sentiasa je. Rindu senyuman itu.. Disebabkan ibu tak larat bangun. Kami sediakan loceng utk ibu tekan kalo ibu nak apa2. Senang sbb kdg2 tak dgr ibu panggil. Kebetulan masa tu aku ayh adik 2 org yg ada di rmh. Kakak dan abg belajar di U. Loceng tu msh tersimpan rapi di almari ibu. Tp itu semua dulu…kini ibu sudah tiada..tiada lg doa ibu yg tiada hijabnya..tiada lg ibu yg mengajar ku masak. Tiada lg ibu yg berkongsi cerita denganku. Tiada lg ibu yg membelai aku. Tiada lg senyuman manis ibu. Tiada lg bunyi loceng itu…loceng itu pergi…pergi bersama tuannya…ibu nanti kita berjumpa lg…doakan bell kuat harungi hidup ini…ibu andai boleh ku beli masa. Akan ku beli agar dapat kita bersama melakar memori kembali. Terima kasih sbb jadikan bell manusia… Kepada yg masih punyai ibu. Hargailah ibumu. Sayangilah mereka sebagaimana mereka mengasihanimu.
-al-fatihah ibu

– anak ibu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Aku faham apa kau rasa..
    Aku slalu looking forward to mom’s cooking masa nak balik cuti..tapi skarang dah xada smua tu..arwah dah meninggal setahun yg lpas..pergi secara tiba2..terjatuh dlm bilik air & pendarahan dlm kepala..
    Mmg susah nak move on..bnyk bnda berubah lpas dia x ada..raya pun xrasa raya..tp kna deal with it jgk..kna redha :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *