Aku dengan nenek aku ni not in a good term relationshiplah nak dipendekkan cerita. Setiap kali ada je salah yang aku buat dimata dia. Dia kuat sangat membebel, “kuat sangat”. Sampaikan kekadang kau tak tahan nak dengar bebelan dia tu sebab benda yang dia bebel tuh menyakitkan hati. Aku pulak jenis yang panas baran, ego tinggi nak mampus!
Korang faham faham je lah kan bila dua orang ni bertembung, apa yang akan terjadi. Aku bagi satu contoh situasi yang pernah dialami. Waktu aku kecik kecik dululah kan … Biasalah budak budak, mesti main dekat luar, dengan kotornya, Ya Allah comotnya aku dulu masa kecik…
Waktu maghrib biasalah mak ayah akan panggil anak anak diaorang masuk rumah, tutup pintu, pergi mandi and bersiap untuk solat maghrib (Macam suasana kampung lah, aku tak tahulah korang punya tradisi family macam mana kan, but that’s mine).
Untuk pengetahuan korang, mak ayah aku ni jenis yang tak bising sangat lah, nenek aku je melebih tapi kalau sekali, salah kitaorang adik beradik sampai dekat telinga ayah kitaorang, huish! Alamatnya, makanlah rotan hari tu. Tapi yang peliknya aku survive sampai sekarang tanpa sebatan ayah. Aku tak tahulah macam mana aku boleh mengelak.
Ouh yaa! Mak aku cakap sebabnya sebelum ayah aku capai rotan je aku dah nangis dulu and then buat muka seposen macam nak mintak kaki, sebab tuh lah aku pecah rekod dalam adik beradik yang tak pernah kena rotan sampailah sekarang (Aku memang manja sikit, aku memang kuat nangis, tengok abang abang aku kena rotan pun aku nangis hahaha).
Ok back to the topic, nenek aku ni selalu mengadu dekat ayah kitaorang (ouh yaa! Lupa… Nenek dalam cerita ni adalah mak kepada ayah aku, so korang kena faham fahamlah bila seorang mak cerita dekat anak dia pasal kedegilan anak anak dia what will happen). Dahlah ayah aku ni garang tau, dulu kitaorang adik beradik tak berani nak borak tapi ada masa guraulah jugak.
Nenek aku ni pulak… (hehe sorry kelaut sikit penceritaan) Nenek aku selalu backup kakak aku, ye lah sebab kakak aku nil ah yang dia jaga daripada baby lagi (kakak aku ni anak sulung) Aku selalu sangat bergaduh dengan kakak aku sejak dia datang ke rumah kami (duduk bersama sama).
Pernah suatu ketika kami berebut remort tv sampaikan aku kena gigit dengan kakak aku sendiri, berbekas weyh sampai sekarang… Tapi! Guess what? Nenek aku backup kakak, padahal dia yang salah. Aku pun apa lagi, darah naik sampai ke kepala, aku pun melawanlah (mulut je lah). Aku ni walaupun kuat melawan balik apa yang nenek aku cakap, aku still penakut kau tahu!!!
Lepas aku melawan balik tuh aku lari masuk bilik, kunci pintu sebab aku tahu nenek aku akan kejar aku sebab nak pukul aku. Bilik aku dekat atas, so dengarlah bunyi gelang dan cincin emas nenek aku bergesel dengan pemegang tangga tuh, menandakan bahawa nenek aku memang naik atas sebab panas sangat dengan aku.
Pernah weyh aku berkunci dalam bilik seharian, tak turun makan minum. Tapi semua tuh drama je lah, padahal aku ada…lah turun bawah curi curi ambil makanan lepas tu lari masuk bilik balik. Hehehe hidup kena bijak, aku cuma nak mogok je dengan nenek aku. Daripada saat tuh lah aku selalu sangat bergaduh dengan nenek aku dan scene yang sama berulang.
Apabila dah makin besar ni, aku belajar banyak erti sabar. Iyelah sebab dapat nenek macam tuh kan. Sampai ke besar suka cari gaduh dengan aku. Sejak aku belajar jauh daripada family (tak adalah jauh mana pun, KL je pun), setiap kali aku balik, kitaorang berbaik, borak macam biasa, aku buatkan air teh untuk nenek aku (air teh ni memang kena sentiasa ada ok), tapi bila dah 2, 3 hari aku dekat rumah tuh, vibe dia nak cari gaduh pun bermulalah…
Dia akan cakap orang tak layan dia lah, semua orang dalam rumah tuh benci dialah (yaa, its sound like mental right… but that’s the truth). Kitaorang satu family tak kisah pun sebab dah lali dengan drama dia hari hari. Lagi lagi bila waktu maghrib, mulalah macam orang histeria. Orang kalau tak percaya benda benda macam ni dia takkan percaya. Pernah jugak dia buat tarian ulik mayang masa maghrib, kau rasa? Aku lagilah rasa seram.
Apa je yang aku tak pernah rasa, kena cubit? Pernah. Kena baling pinggan? Pernah. Kena baling kayu? Pernah. Cuma satu je tak pernah lagi, kena baling pisau, sebab kakak aku tahan. Walau macam mana pun, benda benda tu lah yang membuatkan aku lagi kuat daripada segi mental.
Mak aku selalu pesan selepas setiap kali aku dengan nenek aku bergaduh, “Sabar. Kalau orang buat jahat dekat kita, jangan kita balas balik.” Sejak daripada tuh lah aku latih diri aku untuk menjadi lebih sabar. Lama lama, setiap kali selepas pergaduhan, aku akan nangis dan cakap dekat diri aku sendiri, “Tak apa… Sejahat jahat mana pun dia, dia tetap nenek kau.
Nanti dia berubah lah tuh” and guess what, aku bersyukur sebab sebelum nenek aku pergi menghadap Ilahi, dia sempat berubah. Kini, nenek dah tak ada. Tiada lagi bebelan seorang nenek, tiada lagi pergaduhan di antara aku dan nenek dan tiada lagi tangisan benci selepas bergaduh dengan nenek.
Kini, yang ada hanyalah tangisan seorang cucu yang rindukan pergaduhan dengan nenek dan ingatan tentang setiap bebelan seorang nenek. Nenek membebel ada baiknya, ada buruknya. Kita ambil yang baik, buang yang keruh.
Hidup memang begini. Kita akan rindukan orang yang kita selalu bergaduh sebab apa? Sebab hidup terasa sunyi tanpa mereka. Nek… Maafkan aku sebab tidak mampu menatap wajah terakhir semasa pemergianmu. Salam rindu daripada cucu nakalmu.
– Syijah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit