Assalamualaikum w.b.t
Chiqah send confession ni untuk menjawab semua soalan yang ada di ruang komen bagi mengelakkan fitnah.
Alhamdulilah syukur ke hadrat Illahi, Chiqah baca banyak sangat komen2 yg baik2 dari awak semua. Chiqah ucalkan terima kasih banyak2 sudi jemput Chiqah beraya di rumah awak2. Jasa awak semua, hanya Allah yang dapat balas.
Disini saya akan jawab soalan2 yang ada di ruang komen;
1) kenapa tak pergi beraya dengan kakak2 dan abang2?
– Abg saya yang ketiga beraya di utara, Kakak2 saya beraya di Pahang & Abg saya yang keempat di Johor. Sangat jauh dari rumah saya. Kalau saya ikut salah seorang dari mereka beraya, nanti saya tak dapat nak beraya dgn mak ayah saya. saya kena bagitau mak ayah baju raya sy warna apa, nk cerita kat mak ayah hari raya sy macam mana. nanti kesian la kt mak ayah, kalau sy tak prgi ziarah kubur mereka, nanti siapa nak ziarah kubur mereka. nanti mereka sunyi. kesian mereka. nanti mrk risau klau saya tak datang.
2) pergi lah beraya kat rumah kawan2 ipt
– chiqah ni sebenarnya, introvert. saya ni pemalu & takut nak cakap dengan org. biasa lah , dari kecil lagi saya ada 'gang' iaitu abg2 dan kakak2 saya. dorang yang selalu jadi org tengah untuk tolong sampaikan apa yang saya nak cakap, dorang yang selalu jawab soalan2 yg diberikan untuk saya. jujurnya, selama family saya ada, saya memang tak berkawan. sbb da ada kawan iaitu family saya. saya cuma ada sorang kawan baik di sekolah menengah. nama dia Didie. masa Aidilfitri 2015, Didie ajak saya ke rumah dia untuk beraya sama2. saya pergi. tapi kat sana, saya rasa lebih sedih. saya tengok Didie & adik2 dia dok bergurau sama2 family , dok tolong mak dorang masak , mengemas rumah , bermanja2 dengan family dorang. buat saya rindu mak ayah. mak, kalau lah mak Didie tu mak… Lagipun , kesian Didie, tak dapat nak luang masa dengan family dia, sbb kena layan saya. dan ada satu masa tu, saya terdengar Didie suruh adik2 dia supaya tak bermanja2 sangat dengan mak ayah, takut saya rindu mak ayah saya. pastu saya rasa serba salah sngt. saya minta izin nak balik.
kawan ipt pulak, saya ada 4 orang roommates termasuk saya, 2 daripada mereka, pikir saya ni gila. sbb saya tak bercakap sangat dalam bilik, dan selalu amek ubat depressed. sorang tu baik sangat. tapi dia beraya di utara. kawan2 lain? takde. sbb saya takut nak berkawan, takut nak kenal orang baru. takut dorang pun tinggalkan saya.
3) jadi volunteer di rumah org2 tua & anak yatim
-macam saya ckp tadi, saya ni introvert. pemalu tahap extreme.
4) pergi beraya rumah mak2 saudara pak2 saudara
– mak saudara belah mak ada 2 orang. tapi mrk tinggal di Dubai, kampung mrk. mak saudara belah ayah, ada sorang. dulu, lepas mak pergi. dia ada jenguk2. tapi masa last dia jenguk, dia cakap "chiqah takpe duduk sorang2. mak ayah chiqah kan tinggal banyak duit kat chiqah. kalau bosan, chiqah pergi la travel". pastu dia da tak datang. Chiqah pun tak tahu dia tinggal kat mana. Dulu masa mak ada, mak selalu pergi rumah dia, tapi mak yang drive, chiqah tak tahu jalan. saya takut nak pergi travel. takut sorang2.
5) kawin2 jela
– saya ni tengah amik asasi sains. banyak lagi perjalanan yang harus saya lalui. kawin tu memang tak. lagipun saya baru 18. diri sendiri pun masih kusut.
Terima kasih buat semua jemputan2. Terharu sangat. Ada yang komen kata Chiqah ni je yang ngade2 or chiqah yang pilih hidup sendirian…sedih chiqah bila awak cakap macam tu. sebab tu la chiqah jelaskan semuanya dalam confession ni.
Akhir saya nak cakap, hargai ibu ayah yang masih ada.
Basuh lah pinggan dalam sinki yang berlambak tu. Kerana tu bermakna, awak masih disayangi.
– Chiqah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Chiqah..i feel u..maybe kalai sy dkt situation chiqah..sy pun mcm tu…sy pun ad kawan yatim piatu..serba salah juga..xtau mcm mana nak bantu dan hiburkan…hmm..its ok la chiqah..people come and go…stay strong chiqah…sya ad baca confession yg pertama…
Cuba ubati masalah malu tu …nanti kawan lebih ramai….ubati kesepian dengan membaca buku ilmiah…kalau dah habis belajar nanti boleh bentuk keluarga sendiri. ..sementara masih bujang ni lihatlah dunia…
Nanti ada keluarga dunia anda di samping keluarga aja….
chiqah..pm sy plz..sb sy pon introvert sometimes
Ayat last tu sangat bermakna Dik…basuh pinggan berlambak dalam sinki tandanya kita masih diberi nikmat rezeki keluarga, anak², adik-beradik, ipar-duai. Yang jadi tidak bermakna jika kerja membasuh pinggan itu hanya dibuat orang yang sama bila mana orang² lain tiada perasaan untuk sama² menolong. Alhamdulillah, saya bersama kedua² keluarga yang tahu & faham erti kerjasama.
sy pun introvert tahap extreme.dgn roommates boleh hilang ckp brp patah.alhamdulillah classmates ok. kdg terfikir, ape x kena ngan aku ni. nk kwn org introvert juga
Awk pm lh sy,, nk ckp psl introvert ni lah. hanya golongan ni sje yg fhm each other. nk ckp byk kang malu plk kt sini. sy rase xde lg org yg lebih introvert dpd sy. Ok chiqah.