Salam 2 Syawal.
Selamat Hari Raya buat semua yg mnyambutnya
Ini kisah raya sy
2008, tahun terakhir sy betul2 menyambut raya. Sy yg ketika itu berusia 10tahun, sdg bermain bunga api di luar rumah brsama abg sy yg ktika itu brusia 17 tahun. Kakak sulung saya & ibu sy sdg memasak di dapur. Kakak kedua sy & abg ketiga sy sdg mengemas rumah. manakala ayah sy sdg di masjid pada malam raya. 1 Syawal, kami adik beradik bising berebut bilik air, beratur utk iron baju & sama2 jalan kaki utk solat raya. Bermaaf-maafan, posing sana, posing sini. riuh rendah sekali Aidilfitri kami masa itu.
Sampailah, Ogos 2009, ayah saya kembali ke RahmatuAllah akibat dilanggar oleh Mat Rempit semasa ayah saya dlm perjalanan ke Masjid.
Tahun tu, Aidilfitri kami, disambut sederhana.
2010, kedua2 kakak saya berkahwin.
Aidilfitri 2010, hanya ada sy, abg2 sy dan mak sy dirumah. Sy mula mngambil alih tugas2 kakak2 sy di usia 12 tahun.
2011, abg2 sy berkahwin.
Aidilfitri 2011, hanya ada sy&ibu sy. Kakak2 abg2 sy beraya di rumah mentua masing2 kerana di sana lebih meriah & mmrlukan bnyk tenaga kerja.
Malam raya kami brdua, kosong. Hanya kendengaran sayup2 takbir raya. Ibu sy hanya masak rendang, utk ceriakan hati sy katanya. Pagi raya kami brdua hanya solat raya dan mnziarahi sanak saudara. Tapi sy msih brsyukur masih ada ibu sy utk menemani sy mnymbut lebaran utk Aidilfitri 2011,2012,&2013.
Ramadhan 2014, Al-fatihah buat ibu sy.
Pergi.
Berpindah ke alam lain.
Jiwa sy kosong, hati sy kosong. Rasanya bagai hnya ada udara dlm badan sy.
Aidilfitri 2014, sy yg ketika itu brusia 16 tahun hanya mnyambut malam raya dgn tangisan.
Bukak fb, potret raya keluarga. scroll ke bawah, masih lagi dgn potret raya keluarga. Harapnya itu keluarga saya, namun tidak. Tak mungkin sy mmpu untuk meng'upload' potret raya keluarga saya. kerana pastinya, hanya ada sy di situ. Panggilan telefon dari kakak2 & abg2 sy yg sdg beraya jauh dari rumah sy, sy abaikan. Harapnya itu panggilan dri ibu& ayah sy, supaya sy dpt mngadu tentang kakak2 & abg2 sy yg tinggalkan sy, supaya sy dpt mengadu tntg sunyinya rumah ni tnpa mereka brdua, supaya sy dpt memujuk mereka utk kembali brsama sy & supaya mereka tahu rindunya sy kepada mereka. namun harapan tinggal harapan.
Aidilfitri 2015, juga sama, hanya ada hidangan air mata buat sy.
Aidilfitri 2016, sekarang sy seorang pelajar ipta. Bila semua roommates sy mula packing baju utk balik, sy rasa kosong. sy trpksa balik juga.
smpai je di rumah, ksunyian rumah itu smpai membingit telinga saya. tiada apa2 yg berubah. masih tiada ibu ayah sy yg berada di pintu utk mnyambut sy. masih tiada kakak2 sy yg akan hiaskan diri sy, masih tiada abg2 sy yg akan mengajak sy bermain bunga api. hanya sebuah rumah besar yg kosong. sekosong jiwa sy.
macam biasa, facebook&instagram menemani sy. dpt lihat yg lain beraya dgn kluarga msing2 pun dh menggembirakan sy. dgn gmbr2 itu, sy dpt bygkan kalau semua kluarga sy brkumpul. pasti meriah. pasti bnyk crita yg didengar. sy bru berusia 18 tahun, sy tktahu, mmpukah sy utk mlalui alam dewasa bersendirian. indahnya kalau sy dpt mmbasuh pinggan yg brtambun di dlm sinki pda hri raya, kerana itu brmakna, msih ada yg sggup beraya dgn sy. Hargailah masa awak2 semua dpt peluang basuh pinggan di hari raya, dpt peluang kerja keras di hari raya, kerana siapa tahu, awk jdi macam sy. hari raya hnyalah solat raya. selebihnya hanya di kubur, dan air mata.
– Chiqah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Sedih….mgalir air Mata baca,..moga tabah mghadapi dugaan,.Klu Sy sndiri pon xsnggup sorang2….smoga awak dcptkan jodoh,dpt fmly mertua yg baik…
Semoga kuat dengan dugaan Allah
Memang menginsafkan, terus teringat mak ayah yg mesti rindu nak alami semua ni… sebelum semua anak perempuan mereka kahwin.
Sy juga sndirian sejak usia 16 tahun… kini sy 46 tahun… btul kata Zue Aini tu… jgn hrpkan org dtg mnceriakan kita… kita kena pergi mnceriakan org lain… sy ada 3 ank angkat… sy beraya bsama keluarga angkat… sy tdk bersendirian wlupon kdg2 kesunyian… ttp sy sntiasa berdoa dan berusaha spy mjd lbih kuat… sy bdoa smoga awk juga tidak lg bersendirian pd raya yg akan dtg… marilah bsama sy dan ank2 sy….
Cik kawin dah ke.
Belom…
Pack baju p holiday yeay!!
Jom raya ngan akak dik
Nurul Halisa
susah nak benti nangis bace cte ni oi
Tutup sume data off fb&ig.. n enjoy urself..byk suggestion kawan2 dlm grup ni boleh awak follow..
Ya Allah. Menangis akak baca kisah awk ni dik. Semoga adik diberi kekuatan utk menghadapi hari2 mendtg tanpa org tersyg disisi. Akak doakan Allah bukakan pintu hati abg2 dan kakak2 awk utk ambil tahu pasal awak. Hati dorg Allah yg pegang dik. Kita hanya blh berdoa je.
Cik Ririn u’re lucky than her
I wish i know u dik. Then, i can share my happiness with you. Aku takde adek, aku la adek, asyik kne buli dgn abg2 bile kmpul rmai2. Aku rase mcm, mcm mne na ckp erh. Rase mcm just come here, share tmpat dgn aku as adek. Nti aku ade adek na buli pulak. Hehehe. Kidding. Aku usaha taknak potog bwag mlm2 nie.
Al-fatihah utk kedua org tua awak semoga awak terus tabahkan hati dan bertemu apa yang kamu cari , selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin
Adek..adek mesti ade makcik or pakcik…rajin2 la ziarah mereka…bole la beraya sama2 mereka
Tears. Afifah Jasri Nur Asmaa Afiqah Asyraf Jasri Amjad Jasri Aizat Allysa
Semoga adik terus kuat dan sabar.
Wan Nur Zaleha Jamaludin…pilu beb
aah…tdi dah bcee..jgn suh bce sekali lgiii…plissss
Kite akn rase bnde ni. Bek u rajinkn dri ke dapur, bsuh smue pinggan tu….#smbil buke lagu pencuri hati….
hahahhaaa…benar laa..semua yg idup bakal mati..#dgrtakbirraya
Sy ada adik yg dah arwah..adik no 2..mak sy ckp kalau kita kat sini rindu sgt kat dia..rasa sunyi sangat tanpa dia..ketahuilah, yg dia sebenarnya lebih lg rindukan kita..dia sorang2 kat alam sana..takde mak,takde ayah..kita kat sni masih lagi boleh peluk cium mak ayh n adik beradik..so, macm tu la rasanya mak ayh adik jugak..kalau adik rindukan mereka, mereka berakali ganda lebih rindukan adik tau..just, kuatkan semangat dan cari benda yg boleh kuatkan semangat adik..wish you happy ever and forever..
Hm. Sedihnya. Kalau awak kawan saya, dah lama saya ajak balik kampung.
Kalau belum jadi kawan, kita boleh berkenal-kenalan. Boleh inbox saya :)
Awak.. Jom balik rumah sy
Rasa berdosa komplen basuh pinggan
Sedih. Semoga kekosongan yang awak alami sekarang akan diisi dgn kegembiraan. Salam lebaran
Trapped in the labyrinth of your memories.
Akak x pernah rasa, tp sure rasa hopeless kn.
#deepestcondolences dik.
Dia bukan xnak pegi beraya dgn abg kakak dia.. cumanya dia ingin merasa beraya bersama ibu bapa seprtimana abg kakanya shinggalah mereka berkahwin.. sptutnya abg kakak dia memahami dan dtg sndiri memujuk dn memberi kasihsyg umpama seorang ibu dn bapa sprtimana mreka sndiri mnjadi bapa dn ibu kpd anak mereka sndiri..
That is the contra for anak bongsu.. parent might go before they become a grown up.. while ppl always saying anak bongsu beruntung sbb dpt jadi ank emas mak ayah
A good lesson for me as the eldest child
???
Bagus la hg mallias…
i feel you.
hmmm…
tabahnya awak :’)
tapi inshaAllah awak boleh ceriakan diri sendiri. God bless you.
Sedihnye
Mak saya selalu pesan, “kalau abah dan mak dah takde, nanti abang dengan kakak lah yang kena ada tanggungjawab jaga adik. Mak takleh nak bayangkan kalau adik sorang2″Sepatutnya dah jadi tanggungjwb kakak dan abanglah untuk jaga adik2 ni. Itulah keluarga
Chiqah klo ad terbaca komen akk ni, meh pm akk
Allah
chiqah mehla dtg kelantan… raya sama2 jom. pinggan pn byk ni klu nk tlg cuci hee.. xdela gurau je. jgn sedih2 sb sy tahu awk kuat…
Sedihnye..kuatkanlah semangatmu wahai adik..
U r very strong! Adik.. Pegilah ziarah rumah pak2 sedara mak2 sedara saudara mara yg lain. Sambungknlah silaturrahim dgn mereka. InsyaAllah ada byk kebaikannya.
Kpd semua kat fb ni yg dh berkahwin dan pasangannya dah x de mak ayah …sila tengok dan jenguk adik2 dan adik2 ipar yg masih belom kawin. Pengajaran utk kita semua ni.. mereka pun ada perasaan utk bergembira.
Slmt hari raya chiqah syg.
Dah makan dh?
Chiqah kena kuat nah, insya Allah nanti dkt syurga, Allah akan satukan balik chiqah dgn mak ayah semua. Alfatihah utk arwah mak dan ayah chiqah..
Jangan sedih2. Mai pm akak kalau nk share apa-apa.
Chiqah jangan pendam sesorg, kalau ada kawan yang baik-baik tu, bagitau diorang nak ikut diorg balik beraya ke apa ke. Rakyat malaysia ni majoriti baik-baik chiqah sayang. Walaupun baru kenai hari ni, esok dah mesra macam kenal 100 tahun dah. Chiqah jangan segan untuk cari kebahagiaan chiqah sendiri.kalau chiqah nk mai raya rumah akak lepas ni pun boleh.
Semoga chiqah dapat suami yang baik, lepas ni beraya rumah suami nah?
Sayang chiqah, semoga terus kuat dibawah lindungan Allah.
Ahmad ShauQy gila sedih cita ni..sob sob
Kak doakan Chiqah cepat bertemu jodoh..pengubat kesunyian.
Kawin je la dik…xde la hidup ko tu sunyi sgt… nampak gayanya ko nak sgt family dan kahwin la satu2 cara ko boleh ada family sendiri
ramai je org lain yg macam ko tpmrk pilih cara hidup yg lain dan x menangisi nasib diri sendiri…at least ko ada lg adik beradik… anak yatim piatu tu langsung takde sape…
buat si confessor;
1) stop being selfish. kakak & abg call tu angkat. mana tau diorang nak bawa kamu beraya bersama ker kan? tak perlu berharap sambut raya semeriah masa zaman kecil asalkan kamu ada ahli keluarga untuk beraya bersama.
2) doa mintak Allah kuatkan semangat menghadapi dugaan perginya kedua org tua. hidup mesti terus.
3) hindari sedih di aidilfitri. ziarah jiran2 rakan2 rumah kebajikan dsbgnya, bukan kuburan. hari raya hari kemenangan bukan hari kesedihan.
4) dah kahwin nanti mungkin kamu akan buat juga seperti apa yg kakak & abg kamu buat. jadi eratkanlah silaturrahim dgn mereka bermula dgn menziarahi rumah2 mereka. mungkin selepas tu kamu dah boleh duduk berbincang berpakat mengadakan sambutan bersama semua pada 1 hari raya di rumah lama tu? orang dewasa ni makin tua dia makin terkenang usia mudanya so why not kan..
begitulah keadaannya bila masing2 da pergi atau berkeluarga…x boleh salahkan mereka sbb mereka ada keluarga sendiri yg perlu dorg pikirkan..meanwhile kita cubala ceriakan diri sendiri…follow kakak atau abg beraya umh mertua mereka…atau cr keluarga angkat…atau ngtau kakak abg taun ni semua beraya umah arwah mak ayah…supaya awak x rasa sunyi…akak pernah kerja 1st raya, raya sorang2 pun pernah…tp kuar la jalan2…ekceli bile da besar2…pagi raya pun kadang2 kul 10 br bangun…hahahaha…rileks ye dik
Honestly saya faham perasaan ‘tu’
Smoga kuat! Dan sentiasa brdoa untuk Allah s.w.t isi setiap rase kekosongan kt hati Insyallahh
Sedih. Semoga kekosongan yang awak alami sekarang akan diisi dgn kegembiraan. Salam lebaran
Meh..jd adik angkat sy..umh sy dekat je..uiam gombak..
Mana chiqah ni. Jom kahwin dgn abg.. Abg boleh meriahkan pagi raya awak heheheheh
Selamat Hari Raya syg .
Selamat hari raya sayang :)
Baru nak makan kueh ni . Baca tetiba meleleh air mata . Tutup balik bekas kueh hmm T.T
Meleleh air mata aku..siott ko ni..budak manje.kalo akak dgn abg ko tinggalkan ko xkn diorg call?ko jer ngade2 kan?..
assalamualaikum chiqah. dtgla rmh sy. pm sy eh. awk tggl kat mane? Serius ni, bukan ajak2 ayam. Ok, smg tabah dlm mghdpi hidup ini..