Rohingya, tidurlah dengan lena di sana

Maafkan aku rohingya. Aku xberdaya utk menolong mu berjuang antara hidup dan mati bagi menegakkan agama suci ini. Sungguh pun aku di tempat mu, aku xkn sedaya engkau melawan tangan2 laknat itu.

Anakmu dibunuh di penggal,
Isterimu di robek di depan mu,
Gadis mu di telanjangkan, dirogol,
Pemuda mu di bantai habisan.

Kerana apa?
Kerana engaku mengtauhidkan Allah… Percayalah, janji Allah itu pasti…

Engkau dtg ke bumi ku,
Kerana ingin memimjam sedikit damai,
Membanting tulang mengisi perut..
Yang dah lama kosong…
Memenuhi saf masjid dan surau,
Kerana telah lama tidak berjamaah..

Engkau tidak lokek memberi salam,
Tidak kedekut dengan senyuman,
Dari perit mata mu,
Aku lihat kesengsaraan yang tak berpenghujung…

Tidurlah rohingya…
Esok masih ada,
Yakinlah..
Kemenangan mutlak,
Akan tetap menjadi milik kita

– SAHABAT ROHINGYA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit