Actually buknlah nak cerita pasal roomates. Tapi nak cerita pasal diri aku. Aku tak tahu nak describe diri aku ni macam mana. Mungkin ada orang akan judge aku Perfectionist, Cerewet, Terlalu annoying. Jujurnya, aku ni jenis yang ada simptom yang terlalu menjaga kekemasan. Mungkin korang yg dapat roomates terlalu nak kemas tuh, aku lah tu. haha
Aku sebenarnya bukanlah terlalu cerewet dalam bab2 kebersihan n kekemasan ni. Tapi, aku jenis yang tak boleh tengok benda bersepah dalam bilik atau rumah, tak boleh baju berbau, tak boleh nampak benda2 berhabuk, tak boleh baju berbau, segala benda lah yang menampakkan bersepah dalam bilik aku.Cerewet ke tuh wehhh??
Tapi jenis aku ni, aku tak kesah pon sebenarnya dapat roomates yg pengotor ke, tak reti kemas barang ke, tak mandi ke, sebab yang penting dia tak kacau aku punya pemandangan. so far, before ni memang aku dah dapat roomates yg paling tak pon, dalam bilik tuh mesti ada yg tak jaga kebersihan sangat. so, aku takde lah nak bising2. Cumanya, apa aku buat, aku pastikan dia tak ganggu ruang tengah dalam bilik kiteorg ni. heeee
Aku bukannya nak sangat jadi perfectionist dlm semua benda, tapi aku tak tahu lah. mata aku ni sakit je kalau nampak benda2 yang bersepah. kalau korang nak tahu, penyakit aku ni tak boleh nampak benda2 berselerak. baju dalam almari tuh , kalau gantung, ikut colour n panjang baju tuh,then kalau lipat baju pulak,kena susun ikut jenis, bhgian seluar lain,baju tshirt lain, seluar dalam lain, baju dalam lain . haha . kalau bila jemur baju pulak, mesti nak sama. baju sebaris bajuuuu,kalau seluar sebariss seluarrr, kalau boleh , taknak campur aduk. kadang2 kat rumah, adik beradik aku ke, mak aku ke susun tak ikut susunan, aku tukar jugak, tapi kalau malas sebab banyak sangat, takde lahh..haha .
Tuh belum lagi masuk part buku2 atau kertas2. Kalau boleh, buku aku tuh nak kemas je, jangan komot. kertas aku, tak nak berlipat-lipat. kdg2 aku tahu kawan aku rimas sebab nak lipat tak bolehlah, nak komot sikit tak boleh. haha. sorry lah, bukannye gedik ke apa, mata aku yg tak boleh nengok benda2 cnggituuuu..hee
Macam dalam bilik aku ni pulak, benda wajib aku akan buat – sapu bilik tiap2 hari,kadang 4-5 kali aku sapu.almaklumlah perempuan kan banyak rambut gugur. so,aku tak boleh nampak rambut2 gugur ni bersepah2 dalam bilik aku.ade je jenis mnusia yg tak kesah rmbut gugur banyak atas lantai. huhu.then,aku mesti akan bukak tingkap tiap2 pagi.sebab nakkan udara fresh. aku rasa kepam bau bilik aku bila tak bukak tingkap.aku tak tahulah korg rasa wangi je. haha . lagi, aku akan pastikan akan susun selipar before masuk bilik. walaupon kdg2 roomates aku mana kesah pon.haha. masuk bilik pon,kasut tak bersusun. tapi aku tak pernahlah nak bising ke apa. aku tak kesah pon, sebab biasanya aku yg akan susun. ye lah,nak tunggu dia tahun depan baru nak kemas. haha
Oh ye, btw benda utama aku akan jaga, telekung. muka cantik tapi telekung berbau pon tak guna jugak kan? so, memang telekung tuh benda wajib tau. orang akan pandang kau bila kau tahu jaga kebersihan telekung. bukan setakat baju je up to date, telekung pon ken aup to date jugak. taknaklah ada tahi lalat sebba berbbulan tak basuh. aku pernah gaklah dapat membe yg telekungnya tuh ntah berapa bulan tak basuh. bila aku nak pinjam, dia cakap lah 'sorrylah berbau sikit' bila aku paakaiiiii ….masyaAllah… dah sama macam bau tempoyak busukkkk..haha
Seriusly, kalau korang dapat roomates atau membe yang macam aku ni, janganlah kecam . kadang bukannya nak sangat terlalu pefectionist atau kadang org bagi istilah cerewet, tapi aku jenis golongan yang memang tak boleh nak nengok benda2 bersepah. hee..
– sis comel :p