ROOMATES TAK SOLAT?

Aku student first year. Masih mentah lagi. Baru masuk kuliyyah. Bila aku masuk UIA, aku suka sangat dengan surrounding dekat sini. aku selalu rasa senang sangat nak buat baik. yes! UIA memang tempat orang yang baik2.

Tapi, aku ni bukanlah nak kata terlalu baik. tapi alhamdulillah solat,tutup aurat puasa semua aku buat. Cumanya , kali ni aku dapat roomates yang tak solat . 2 roomates aku cnggitu. Aku tak rapat sangat dengan dorang sebab dorang selalu takde dekat bilik. kadang2 ada pon, tutup je langsir bilik tuh. Aku nak tegur pon sampai tak berani. Ye lah, kau bayangkan dia tutup full kot langsir tuh, nak bukak cemana? haha

aku selalu rasa serba salah. sebab aku bangun solat subuh, tapi tak kejut dorang. aku selalu rasa, cemana nak masuk syurga,sedangkan kawan sebilik pon kau tak berani nak tegur?Allahu. yang sorang ni,first day aku kejut bangun. lepastu dia pesan lepas ni tak payah kejut dia dah. kau rasa cemana? kita pulak rasa berdosa sebab tak kejut dia.memang lepastu langsung aku tak kejut…

yang sorang lagi ni, Aku kejut dia pagi2, panggil nama dia n bukak langsir sikit,kadang2 aku takut jugak dia marah. tapi, aku buat tak kesah je lah.nak bagi dia bangun. tapi,bila dia dah sedar aku panggil,dia tak bangun solat terus pon, tidur balik. haha .takkan lah tak boleh solat sampai 3-4 bulan dop? hee… 2 3 kali gak lah kdg2 kejut dia. tapi,still same thing! nak kejut dia lebih takut dari kejut foreigner bilik aku ni. haha . kadang2 dia bangun pon tengahari. pelik gak aku, tidur ape cenggituu wehh??haha. Benda nak tegur orang, nak kejut orang solat subuh bagi aku bukan benda mudah. mahu kadang2 tak bertegur sebab dorang anggap kita kacau privacy dorang. hailaaaa… saudara semuslimkuu….

So,korg ada tak cadangan or cara yang senang nak buat biar aku dpt kejut dorg bangun subuh? actually aku rasa benda ni ramai je berlaku dkt ramai org kan? so,moga perkongsian korang dapat membantu kami yang tengah rasa serba salah ni :) TQ

– kak cik

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *