Roommate islamic vs roommate kpop?

Salam. Firstly thanks to admin if this post of mine will ever be posted. So aku nak cerita pasal both of my beloved roommates yang dah bersama aku sejak semester 1 aku di uia. Untuk memudahkan keadaan dan flow cerita aku, aku akan gelarkan seroang Az dan seorang lagi Mia. Mia ni roommate slash kawan baik yang terbaik yang aku boleh minta. Aku kenal dia beberapa bulan sebelum kenal dengan Az. Kami kenal masa sesi orientasi waktu semester 1. Kenal di sesi orientasi, ditakdirkan dapat bilik yang sama, dan kebetulan course yang sama!

Okay, jadi Mia ni seorang peminat tegar kpop. Masa mula2 kitorang masuk bilik dan punggah barang, aku sibuk kemas locker dan keluarkan baju2 dari bagasi untuk dilipat. Sedang aku memunggah baju2, si Mia ni pulak sibuk hias noticeboard dia. Bagasi, baldi dan beg2 dia diletak di tepi suatu sudut, dan fokus dia waktu tu cuma untuk hias notice board dia dengan kertas warna, sebelum ditampal poster artis2 kpop kesayangannya. Bila dah penuh board dia dengan gambar2 mereka yang aku kenal sebagai kumpulan Beast, dah dia keluarkan pulak frame2 kecik dari beg dia yg juga terletak gmbar artis yang sama lalu disusunnya di atas meja. Lepas habis semua frame disusun, baru lah dia start memunggah barang. Aku cuma tersenyum dan menggelengkan kepala melihat telatah dia.

Kalau diikutkan, aku bukanlah peminat kpop, tapi tak lah anti jugak. Kadang2 lagu best aku layankan aje. Aku ni boleh dikategorikan sebagai nerd lah jugak. Tak berapa layan movie2, kpop, or benda2 yang orang lain layan. Klau ada masa terluang aku cuma tidur dan belajar. Tapi tak pandai mana pun. Tetap jugak tak pernah dekan heheh ;P So bila dapat roommate yang ada minat dia sendiri ni macam interesting jugak. So aku layankan ajelah.

Seminggu pertama dalam semester 1 tu, cuma kami berdua yang tinggal dalam bilik tu. Dikhabarkan roommate kami takde lagi, maybe masuk masa intake baru. So kami teruskan hidup macam biasa, pergi kelas, balik kelas, layan Mia ni berceloteh pasal gelagat oppa2 dia yang seorang pun aku tak kenal, haha. Masa berjalan, dan 2 bulan kemudian, student intake baru mula membanjiri (ceh, membanjiri sangat) uia. Dan ditakdirkan aku dan Mia dapat seorang roommate baru, Az.

Selepas sesi taaruf ringkas antara kami, aku dapat conclude bahawa si Az ni seorang yg islamik. Taklah berpurdah, tapi memang boleh nampak islamik dia. Bertudung labuh yang style ustazah, kalau aku dengan Mia cuma bertudung labuh bawal je. Kadang2 shawl pun boleh jadi haha. Dan tutur cara dia pun sopan, lemah-lembut. Aku dengan Mia memang gangster habis cara percakapan hehe. So dengan munculnya Az ni, kitorang pun dari berdua dah jadi bertiga.

Az memang seorang yang rajin beribadat, baca buku2 agama, dan mengaji. Kira memang isteri pilihan habis lah dia ni. Cuma satu lah, dia ni kadang2 kalau marah memang bahasa kesat keluar habis. Takpayah la aku list eh perkataan2 tersebut :D Biasalah, manusia tak sempurna. Tapi kitorang memang boleh masuk. Aku dengan nerd aku, Mia dengan kpop dia, Az dengan islamic dia. Jarang kami bergaduh.

Mia, seperti yang aku cakap tadi, sangat minat akan kpop. Barang2 kpop dia dalam locker, tak payah lah cakap berapa banyak. Dia ni takboleh kalau ada konsert atau meet and greet artis2 kpop yang dia minat, mesti laju je book online ticket. Oh ya, lupa nak cakap, Mia ni dari broken family, sekarang dia tinggal dengan mama dia yg merupakan ibu tunggal. Mama dia baik sangat, selalu call tanya khabar dia dan roommate2 (aku dan Az), bukan seperti stereotype dalam tv bila parents bercerai terus mak bapak tak amik tahu pasal anak. Tapi, minat2 Mia ni dengan kpop, dia masih berpijak di bumi yang nyata. Dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang muslimah. Belum pernah aku tengok dia tinggal solat 5 waktu, dan setiap kali selepas maghrib, dia tak pernah miss utk mengaji al-quran. Walaupun cuma mengaji sekali sehari, bagi aku dah cukup memadai. Lagi 1, Mia tak pernah sekali pun mencarut walau marah macamana pun dia. Padahal dia lagi baran dan ‘gangster’ dari Az. Dia akan marah dan melenting tapi mencarut jauh sekali.

Long story short, sekarang kami dah pun berada di final year. Dan aku rasa dugaan kami sebagai kawan datang pada waktu ni. Kebelakangan ni Az selalu macam perli2 Mia kerana minatnya dengan kpop. Dah dekat 4 tahun, baru dia seakan2 nak tegur Mia pasal ni. Mia memang dah biasa buat assignment sambil dengar lagu2 kpop dia, kadang2 ikut nyanyi sama, pastu skarang ni kalau Mia buat mcmtu je Az mesti bising. Dia cakap dengar lagu2 lagha mcmtu nanti ilmu tak masuk. Assignment pun kelaut. Bukan tu je, kadang dia perli dengan cara halus. Bila si Mia tgh buat assignment sambil pasang lagu kpop, Az akan bukak playlist nasyid dia ataupun ayat2 alquran. Mia pun akan rasa serba salah dan slowkan volume lagu. Kadang2 dia tutup terus.

Dan pasal poster2 yang tertampal di board Mia, Az pernah bersuara yang malaikat takkan masuk kalau ada gmbar2 macamtu. Terus Mia bidas balik, yang malaikat takkan masuk cuma kalau kita treat gambar tu sebagai sebarang bentuk pemujaan je. Lagipun takde unsur2 pelik pun dengan gambar tu (yang ni aku pun mengaku, pster tu cuma gmbar 6 orang lelaki bersuit putih duduk atas kerusi sambil senyum. Background pun kaler pink kosong je), apa yang pemujaannya?

Senang cerita macam ni lah, Az ni macam nak cakap yang Mia ni ilmu agama dia cetek, dan dia agak jahil sebab terlalu exposed dengan kpop2 ni. Aku tak nak menangkan sesiapa mahupun tunding jari pada sesiapa sebab aku sayang dua2 kawan aku ni. Tapi bagi aku, untuk jadi seorang muslimah sejati, kita sendiri tak boleh nak merendah2kan sesiapa. Macam Az ni, dia dah cukup sempurna sebagai muslimah sejati, tapi cara dia tegur Mia tentang minat dia sangat lah aku tak setuju.

Kalau ada cadangan atas apa aku patut buat untuk selesaikan masalah ni tolong bagitau ye. Sebab kami pun dah final year, rasa tak sedap pulak benda2 macamni jadi :(

 

-roommate ketiga