Assalamualaikum.
Firstly saya ingin mengucapkan terima kasih kepada admin sbb approve confession saya.
Second, tujuan saya ingin minta bantuan, bukan utk membuka aib.
Saya dan roommate baru bersama pada sem 3 first year. 4 orang dalam satu bilik. Dua orang roommates saling kenal, mereka sama course. Saya dan kawan saya sorang juga saling kenal dan sama course. Pada mulanya saya dan kawan saya berdua, dan dua orang roommates lagi berdua. Lama kelamaan kami berempat rapat. Pergi makan bersama, riadah bersama. Ada apa apa event mesti berjanji dulu.
Kawan saya ni dia ada pergi belajar agama. Saya tahu perkara tu. Cuma saya tak pernah pergi ke tempat dia belajar. Roommate saya lagi dua orang tu, pernah pergi sekali sbb kawan saya tu ajak mereka. Sejak balik dari tempat tu, roommate saya yg dua orang tu asyik mengelak je bila kawan saya offer diri utk jadi imamah. Roommates saya tu tak cerita pun apa jadi masa mereka pergi ke tempat belajar agama tu.
Kawan saya pernah menunjukkan sesuatu kepada roommates saya, katanya benda tu mampu membuat dia hilang ngantuk di kelas. Apabila sentuh ke benda tu, terus segar bugar mata. Dia menyuruh roommates saya pegang. Tapi mereka taknak. Dorang kata geli nak pegang. Something berbulu. Tapi dia tak pernah tunjuk kat saya benda tu. Taktahu la kenapa…
Sudah masuk sem baru, kami semua bersama lagi. Jarang sekali kami solat berjemaah di bilik. Kalini kawan saya bawa benda lain pula. Dirantaikan di leher. Katanya, benda tu boleh lindungi diri dia. Roommate saya kata, ada ayat Al Quran pada buah rantai tu. Saya pun tgk benda tu. Mmg ada ayat Al Quran. Tapi dibawa keluar masuk toilet. Kami pelik…
Kami bertiga cuba tanya ustaz tentang tu, ustaz kata dia dah sesat tu. Ustaz nasihat kami supaya tidak ke tempat tu utk menuntut ilmu. Cuma skrg, benda tu terlalu meluas. Kami risau kawan2 lain ditarik sama. Saya tak mahu kawan lain turut sesat. Ajaran tu bagaikan sudah menapak di institusi kita semua. Orang merasakan ianya betul, cara solat, puasa, zikir dan sebagainya semua sama seperti Ahl Sunnah wa Jamaah. Tapi kefahaman mereka ada yg berbezanya.
Bagaimana caranya nak bantu kawan saya yg sesat dan mengelakkan kawan lain terjebak sama? Bantu kami.
– S