ROOMMATE TERSEKSA

Aku rasa tengok tajuk pun dah tau aku nak cerita pasal apa. Mungkin ada setengah dah boring pasal topik nie. Kalau x nak baca pon xpe xpaksa sbb cite nie panjang mcm karangan. Mungkin ada org akan bash aku tapi xpelah just nak share my experience with roommate (penat tau nak taip). Aku x kata aku lagi baik dari dorang tapi bagi aku dugaan paling besar belajar kt u nie adalah roommate lagipun aku x rasa aku bukak aib sbb korang bukan kenal pon roommate aku nie n aku x ckp aku dari u sini. Aku dari form 1 sampai 5 mmg duduk hostel dan aku rasa duduk hostel kt sekolah lagi better dari kt u nie. Kt hostel zaman sekolah hari2 rasanya tido aku lena jer tapi duduk u nie xtau la bertambah stress rasanya. U aku nie pelik x bagi pilih roommate jadi kena redha la dpt bilik ngan sapa. Aku almost every sem asyik kena tukar roommate sbb kadang duk ngan budak final sem, nak duduk luar mmg aku xmampu.
ROOMMATE 1: First roommate aku senior kadang2 ada kelas sekali. Tiap kali kalau ada assignment mesti dia tggu aku siap dulu sbb pastu dia nak pinjam (part nie aku x kisah sgat asal jgn tiru bulat2 sudah). Dia nie jarang tido bilik suka tido bilik membe (aku x kisah sgat boleh aku enjoy bilik sorang2). Tapi tengah2 sem tu boleh plak dia buat hal. Sebelum tu bilik kiteorg mmg kt floor atas sekali, floor atas nie mmg xde org duk sgat. Bilik kiri n kanan semua kosong jadi kalau malam tu mcm seram sikit. Part hal dia buat tu geram betul aku. Satu hari dia lupa bawak kunci bilik. Dia ada call aku tpi ak x perasan phone silent n aku dlm kelas. Balik2 bilik aku tengok pintu bilik dah pecah sampai hilang tombol. Aku ingat ade org pecah masuk kelam kabut la masuk bilik sekali roommate ade kt dalam pastu boleh senyum kata dia pecah pintu sbb x bawak kunci. Rasa angin jer satu badan time tu. Kalau dia bertanggungjawab kat pintu bilik tu xpela jugak nie lepas tu dia buat xtau. Aku pon malas nak report nanti kalau repair kena bayar xkan dia buat aku kena bayar. Masalah bila bilik xleh kunci nie ko mesti la risau brg2 nanti kena curi. Tiap2 hari kalau nak kuar bilik lagi rasa x sedap hati. Part nak tido malam lagilah roommate mmg xde kat bilik. Dah bilik xleh kunci kadang mlm angin kuat tgh2 tido tiba2 pintu terbukak time tu ingt bukan2 dah. Ada sekali tu dlm pukul 4 pagi terkejut aku dari tido ttiba ada org sergah masuk bilik rupanya nak pinjam barang. Nampak x hari2 rasa insecure. Tiap kali pandang pintu tu aku nmpak muka roommate jer. Nasib baik kejap jer duduk ngan dia.
ROOMMATE 2: Kali nie dpt duk ngan budak lain course. Okla xde la dlm kelas mengadap n bilik mengadap muka yg sama. Tapi beza usia kiteorg mmg jauh giler so mmg agak x rapat (level mcm parent dah) n dia nie dah final sem. Ingat duk ngan org tua nie better la sikit sbb ingt depa lagi matang namun malang tidak berbau. Dia nie suka dengar lagu pakai speaker n repeat d same song over and over again. Time tu lagu Gangnam style tgah popular. Bayangkan dari pagi smpai malam dia pasang lagu tu, time tu rasa nak ganyang jer dia. Kadang seminggu dia pasang lagu sama. Kadang dia tido pon still xnak tutup speaker dia. Sem tu aku x banyak kelas mmg duk bilik jadi bertabahlah hati. Lagi satu kawan2 dia suka dtg bilik tapi ckp mcm kat pasar. Ada sekali tu kawan dia yg suka ckp kuat2 dtg kt bilik n time tu dah tengah malam. Jiran bilik hujung sampai datang bilik sound dia sbb bising (bolehlah dia sound sbb depa kawan) so bayangkan betapa kuat suara dia sampai hujung bilik dengar. Malam2 tido mmg aku ambik bantal busuk tutup telinga kuat2.
ROOMMATE 3: Roommate kali nie dpt mcm alim2 sikit. So mcm sejuk sikit hati maybe xde masalah kali nie. Sbb aku kata alim sbb nampak muka dia dlm persatuan agama2 mcm tu lah n org pon ckp dia mcm baik n again budak lain course. Aku kali nie dh busy sikit kerja banyak dan ada la join persatuan2 nak sibukkan diri dari mengadap roommate. Hha. So time tu bilik bagi aku mmg tempat rehat sbb kadang malam baru balik bilik selepas busy seharian. Tapi roommate kali kawan dia suka dtg tengah2 malam time2 org tido. Dlm bilik gelap2 depa duk sembang pasal cintan cintun. Most of d time mmg aku dgr benda2 depa sembang smpai kadang aku terlelap sendiri. Dorang boleh jer sembang kt luar bilik or kat mana2 tapi kat dlm bilik sempit tu jugak nak sembang. N lagi satu aku risau ngan roommate nie dia punya tabiat tido pelik sgat. Kadang dia tido awal dari aku so mmg aku nampak dia tido atas katil. Kadang2 tengah2 malam buta aku terjaga nk gi tandas nampak dia tido kt bucu katil aku kadang kat depan pintu mcm2 position ada. Aku syak dia tido jatuh katil n berguling2. Kadang tu terkejut jugak aku kt bawah katil aku dia tido nasib baik x tido sebelah aku.
ROOMMATE 4: Roommate kali nie senior aku sendiri so susah sikit nak tegur kalau dia buat salah. Roommate kali nie buat bilik dia mcm rumah setinggan. Level berselerak dia xtau nak describe mcm mana. Katil jadi tempat punggah baju jujur cakap xtau bila jer dia basuh baju. Kalau dah katil penuh ngan baju jadi tempat tidur dia kat lantai laa. Kat situ dia buat kerja penuh buku2 kt lantai. Yg aku pelik dia nie dah tahun akhir tapi gaya dia mcm freshie jer hari2 main game org lain sibuk kehulu kehilir dia dlm bilik jer almost 24jam. Masalah bila dia jadikan lantai tempat dia buat semua benda meja study ada xnak guna. Aku nak lalu sempit, nak solat pon kt celah2 almari. Ada sekali aku rushing nk gi kelas barang dia penuh kt lantai xpasal2 tersepak barang dia sakit kaki time tu. Kawasan aku dlm bilik cuma tggal meja study n almari yg lain semua jadi area dia. Dia punya tabiat siang smpai malam main game, tengah malam time aku tido karaoke dlm bilik. Ada sekali tgh lena2 tido, tetiba aku rasa ada org menyanyi dekat jer kat telinga bukak2 mata nampak dia tengah mengadap laptop sambil karaoke. Kuat plak tu suara dia kalau sedap xper jugak. Angin jer rasanya aku dah la susah nak tido. Malam2 lain pon kadaang2 aku terjaga. Part paling best sem tu bila dia balik rumah aman sikit hidup.
ROOMMATE 5: Kali nie dpt budak satu fakulti n satu batch. So mcm excited sikit kalau ape2 hal mesti senang nak tegur. Budak nie pon sebelum nie dia kata roommate dia sebelum nie x berapa sgat mcm aku la. So awal2 sem tu dia cakap kt aku benda2 yg dia x suka n aku pon ckp la benda2 aku x suka roommate buat. Awal2 sem tu kiteorg mcm okay la tapi lepas dia buat hal bilik tu jadi awkward. Sem kali nie aku dah sibuk kadang keluar pagi tengah malam baru aku balik bilik. Kt u nie mostly roommate aku semua bawak kenderaan aku mmg x mampu hari2 mmg naik bas sbb tu kadang2 malas nak balik bilik sbb jauh. Dorang ada kenderaan senang gi kelas 5 minit sblum kelas start n balik pon cepat boleh rehat. Kalau aku nak gi kelas sejam sebelum dah tggu bas n nak balik pon kena tggu bas lagi so balik bilik mmg penat. Roommate aku kali nie moto kete ada so aku agak dia nie anak org senang. Tapi aku xde mintak2 nak tumpang dia gi kelas. Dia nie aku rasa xde kawan sgat sbb hari2 makan dlm bilik jer so hari2 letih jugak dgr bunyi dia makan. Aku pon kekadang makan kt bilik kalau dh x sempat tapi xdela sekerap dia. Pastu makan mesti nk tengok cerita dia nie. Aku x kisah la dia ngan tengok cerita ape pun tapi xreti nak pkai earphone ker. Aku kadang2 smpai bilik penat nak rehat dia plak tgh layan cerita kuat2. Dengan roommate nie agak terkilan sikit sbb dia awal2 sem dah ckp benda dia x suka tapi dia sendiri buat. Roommate aku sebelum nie xde jemur baju dlm bilik n aku dh cakap aku x suka cuma kalau hujan tu bolehlah jemur kt bilik. Tapi dia nie suka kumpul baju dekat 2 bakul then baru basuh pastu jemur kt bilik. Masalahnya kalau 2 bakul baju penuh la bilik n bau sabun dia mmg kuat mmg tiap2 minggu aku kena sabar jela. Aku kalau hujan jer jemur dlm bilik kalau x mmg kt luar aku cari ampaian kosong kadang jemur separuh tingkat lain separuh tingkat lain tapi roommate buat xtau jer. Satu lagi aku geram dia abis exam awal slalu budak abis awal semua dah blah dah tapi dia x balik lagi aku pon xtau. Exam aku x abis lagi so esoknya aku ada paper pagi, sedap2 tido tiba2 terjaga sebab ada org tgh gelak kuat2 tgh malam rupanya dia tgh tgok movie. Dia nie kalau tengok citer lawak habis gelak punya kuat. Time tu sakit sangat hati dia x kesian kat aku ada paper lagi.
Nie jela citer roommate2 aku setakat nie. Aku rasa ada org dpt roommate lagi teruk dari aku. Dugaan terbesar duduk kat u bagi aku ialah roommate. Bagi aku kita kalau duk ngan org hormat la org lain. Hormat hak dorang sbb dorang pon bayar duit bilik. Aku kalau banyak duit mmg duduk luar la. Aku harap lepas nie dapat roommate yg better la. Aku nie jenis suka pendam kalau lama2 boleh meletus mcm gunung berapi. Benda aku x suka ialah marah sbb tu aku sabar jer ngan roommate aku. Aku share kat sini lepaskan geram sikit selama nie. Aku harap korang dpt roommate2 yg okay.

– sabo jela

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *