Kawan,
Terutamanya yang suka jadi free rider dalam group assignment,meniru dalam quiz dan exam.
Kawan,
Tau tak kau sebenarnya dalam kerugian.
Ya mungkin kau rasa kau blh lepas subject tu dgn hanya mengahafal apa yg ada dalam buku text ataupun meniru kawan sebelah. kau rasa tak penting assignment tambah2 bila dapat groupmate rajin. Kau biar groupmate kau buat ja. Lepas tangan.
Kawan,
Seorang kawan takkan biarkan kawannya meniru jawapan time exam atau quiz. Kenapa? Sbb dia sayang kawan dia. Dia tak nak kawan dia bodoh dan dia sorang pandai. Dia nak usaha sama2. Biar berilmu sama2.
Kawan,
Kau rugi.
Bila kau buat assignment sebenarnya kau sambil belajar juga. Kau cari journal,kau baca past research, kau buat research, kau cari buku.
Dulu aku marah sgt dgn org yg suka jadi free rider dlm group,tapi sekarang aku sedih tgk org mcm tu. Kesian pun ada. Sbb dia sanggup bawa beban kebodohan demi kesenangan sekarang. Di university ni lah masa utk kita sedut segala ilmu yang blh. Naikkan value diri kau sebagai manusia yg kau selalu menyanyi as a torch bearers for the ummah tu.
Mcm mana nak jadi torch bearers klau diri selalu lepas tangan buat assignment. Selalu meniru time exam dan quiz.
Aku skrng dh nak masuk third year baru aku sedar betapa banyak ilmu yg aku beum sedut. Sekarang ni time buat assignment klau bukan part aku pun,aku akan suruh org yg buat part dia tu ajar aku.
Kawan,
Aku sedih sangat bila ada kawan yg dah 3 tahun di UIA, nak pinjam buku tak tau,nak cari research journal tak tau,nak buat assignment tak tau dan bila ingin ditunjuk ajar terus cakap takpa aku boleh survive ja setakat ni.
Kawan,
Aku nasihat ni bukan sebab aku budak DL pun. Aku punya pointer bawah 3. Sbb aku main banyak masuk degree ni. Sekarang aku dah sedar, aku cuba naikkan pointer tapi tak mudah utk org yg mcm aku. Kena usaha lebih dari org lain. So aku pelan2 lah tgh naik ni. Doakan aku ya kawan2.
Kawan,
Kalau kau tak DL pun, kau kena rajin. Bila kau buat assignment, buat presentation sebenarnya kau tgh membantu diri kau ut acquire skills. Nnt kau minta kerja at least kau ada softskill dan bermacam2 skills yg blh kau sedut di uia ni. Setiap sem aku wajibkan diri aku belajar satu skill. Supaya aku dapat terus upgrade diri aku. Tak kiralah kelas Photoshop, make up,memasak,photography ka apa. Kau pergi ja dan sedut ilmu2 tu. Kadang2 ilmu2 ni diberi percuma,ada jugak berbayar. Ikut kemampuan juga ya kawan.
Kawan,
Takpa klau kau tak pandai buat assignment. Tu lah sebab kita kat sini, kita tengah belajar. Pedulikan apa org nak ckp kau tak reti buat assignment ka,dah tahun keberapa tak reti lagi APA style tu apa ka. Pedulikan. Tapi ambik lah tu semua as motivation utk kau upgrade diri. Kau sendiri pun kenalah ada initiative utk belajar semua ni. Jgn ignorant ya kawan.
Kawan,
Kau dan aku bakal jadi penggerak utama MAlaysia suatu hari nnt lepas semua pemimpin sekarang. Kau nak tgk Malaysia mcm sekarang kah kawan? Kita perlukan ilmu utk ubah semua ini.Kawan, kita perlukan ilmu juga sekarang terutama dalam zaman yg perlu kita fahami ayat putar belit pemimpin. Kalau tanpa ilmu kita akan melenting sahaja tanpa ada solusi.
Kawan,
Kita cuba perlahan2 ya upgrade diri. Jangan rugikan 4 tahun kita sebagai seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Saya doakan yg terbaik buat kawan2 saya semua.
Bila ada ilmu2 baru kau dapat,join atau ingin kongsikan gunalah hashtag ni #kawanmencuba dimana2 media sosial aku akan tgk dari jauh. Aku pun nak belajar dari kawan2 semua. Terima kasih kawan.
– kawanmencuba