Rukun Islam Yang Dilupakan

Assalammualaikum kepada semua pembaca yang beragama Islam. Kepada yang bukan Islam salam sejahtera aku ucapkan

Tulisan aku kali ni bukanlah satu confesion tapi lebih kepada coretan daripada pemerhatian aku.

Sekarang kan musim rakyat malaysia beramai-ramai melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia untuk membayar cukai. Aku dan kawan-kawan pun tak terkecuali.

Tapi ada 1 perkara yang agak memeranjatkan aku adalah rupa-rupanya ramai di kalangan kita yang beragama Islam tidak menunaikan zakat!

Aku tau tentang perkara ini pun sebab masa nak isi e-filling tu dekat part tax relief mereka ni tak buat untuk tuntutan zakat. Ya sebab mereka tak bayar zakat.

Bukan seorang yang aku jumpa tapi setakat ini sudah 3 orang dan lingkungan aku ni kecil je tak besar mana pun.

Jadi permasalahan di sini adalah mereka ni bukannya tidak mahu membayar zakat tetapi lebih kepada tak tahu kena bayar zakat. Sedih kan?

Rata-rata, zakat pendapatan lah yang mereka ni terlepas pandang.

Bayangkan kebanyakkan mereka ni dah berkerja dalam 7-8 tahun dan tak pernah bayar zakat pendapatan sekalipun sebab tak tahu.

Malah ada yang dah kerja hampir 10 tahun pun tak pernah bayar zakat pendapatan atas sebab yang sama.

Jadi apa ya sebenarnya masalah kat sini?

Kita cukup takut kalau tak bayar cukai. Kalau musim bayar cukai semua sibuk korek2 resit2 lama tapi kenapa kita tak ambil berat tentang rukun Islam ke-4 ni ya?

Aku rasa yang badan zakat mungkin tak mainkan peranan untuk bagi maklumat tentang zakat2 yang wajib dibayar. Tengok mcm LHDN, dicarinya kita sampai ke lubang cacing.

Aku tau ada yang tak percaya pada badan zakat dan terus bagi zakat pada golongan asnaf tetapi ini bukan yang terjadi pada mereka yang aku sebut tadi.

Kalau ikut sejarah pun, zaman khalifah Abu Bakar dulu golongan yang tak bayar zakat adalah golongan yang diisytiharkan perang.

Jadi, tujuan aku menulis di sini adalah dengan harapan sekiranya ada pembaca yang tak tau pasal zakat pendapatan ni wajib dibayar,

Boleh la mula cari2 tentang zakat dan tunaikanlah zakat wahai saudara se Islamku.

Kalau ada yang bekerja di badan zakat, silalah ambil langkah yang sewajarnya untuk buat kempen kesedaran atau sebagainya ya. Marilah sama2 kita membersihkan harta kita

Aku harap admin siarkanlah coretan aku ni. Anggaplah ni sebagai usaha dakwah kita yang tak seberapa.

In shaa Allah..

– Muslimah prihatin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *