Yela, yela aku sambung..
Tapi bagi sikit ruang kat sini. Sebenarnya aku budak jurusan sastera sampai tingkatan 6. Aku banyak menulis, tapi sekadar bacaan sendiri. Nak ikut bahasa semua bagai tu, dah rasa macam mustahil sebab STPM pun tahun 2004. So segala ilmu dan gaya penulisan tu dah tak ada.
Second is aku ni dah bekerjaya so, tak banyak masa aku boleh spend untuk menulis. Confession korang pun aku tak sempat baca habis. Tapi disebabkan ada feedback yang baik, maka aku teruskan penulisan via smartphone ni..
Last, yes.. Nama aku ariell. Rasanya ada 3 atau 4 orang dalam page ni kenal aku. So untuk tidak menunjukan siapa aku.. Aku akan gunakan nama Capital A. Untuk yang follow kisah aku macam si Ainul Mardhiah, aku benarkan sis copy dan paste ke forum tu. Aku tak pandai.. just give it a credit.. itu je. sekian..
sambungan…
Bila cecah umur 9 tahun, aku pindah lagi, keluar dari pedalaman dan tinggal di kawasan estet. So kehidupan kami sekeluarga agak berubah. It's turn to 360. Yela dari hidup tak terurus, everything was changing. Apa yang kitaorang tak pernah dapat ketika tinggal di kampung, semuanya dapat.
Tapi bahagia itu tidak indah, kesenangan yang dikecapi itu telah membutakan mata mereka. Iri hati, hasad dengki telah menular. Bermulanya penderitaan seorang wanita bernama ibu. Ibu bekerja keras demi kesinambungan hidup dan mengubah keadaan keluarga. Bukan bermakna ayah tidak menyumbangkan kearah kesenangan tersebut. Tapi dengan bantuan Ibu, kami lebih terurus.
Hari minggu, ibu keluar bersama ayah. Sekadar menghadiri jemputan majlis kenduri di kampung sebelah. Ternyata ianya terselindung agenda jahat dan tidak berperikemanusiaan. Beberapa hari kemudian, ibu jatuh sakit. Dia muntah muntah yang melesukan badanya.
Walau sakit tak terdaya, ibu meneruskan kerjanya. Membantu ayah mencari rezeki. Tiba saatnya ibu dimasukan ke hospital kerana sakit yang teramat. Hanya pain killer diberi oleh doktor. Mereka gagal untuk mengenalpasti punca ibu jatuh sakit. Ayah membawa ibu untuk berubat secara tradisional.
Ternyata ianya membuahkan hasil. Ibu terkena santau oleh rakan sekerjanya. Yang cemburu tentang kejayaan dan kesenangan yang dikecapi. Menurut orang yang merawat ibu, terdapat 7 orang sami berbangsa siam yang menghantar santau tersebut. Juga disebut sebagai santau 7 serangkai.
Badan ibu mulai susut, pelbagai penyakit datang menumpang dibadan ibu. Aku sebagai anak, hanya mampu menolong mengurut, memicit kepala dan menolong ibu ketika kesakitanya menyerang. Hari demi hari berganti bulan dan tahun. Penyakit ibu tidak boleh diubati. Sihat hanyalah sementara, dan sakit berpanjangan.
Petang itu buat pertama kalinya ibu dirasuk didepan mata kami adik beradik. Sebelum maghrib tiba, ibu ketawa dan menangis. Suara yang keluar bukan miliknya tetapi milik seorang lelaki. Aku diamanahkan oleh ayah untuk memanggil pakcik Ajis, mujurlah rumahnya sekitar 100 meter dari rumah aku. Pakcik Ajis tiba dengan memakai kain pelikat. Terus dia memegang ubun ubun ibu.
Dicekaknya ubun ubun ibu sambil membacakan ayat ayat suci Al Qur'an. Seketika kemudian ibu meraung raung minta dilepaskan. Pakcik Ajis dengan segera berdialog dengan makhluk yang merasuk tubuh badan ibu. Nyatanya kehadiran makhluk tersebut adalah untuk menikmati darah di badan ibu.
Persoalan aku terjawab apabila sering memikirkan kesan lebam di kaki ibu. Makhluk itu menyatakan bahawa dia ditugaskan untuk tinggal dirumah aku. Dia hanya perlu minum darah ibu sebagai ganjaran.
Pakcik Ajis meminta lada hitam beserta garam kasar. Dibacakan beberapa potong ayat. Ditekapkan lada hitam tersebut di ibu jari kaki ibu. Suara ibu berubah lagi, kini menjadi seperti seorang kanak kanak kecil. Dia merayu meminta dilepaskan ibu jari. Rintihanya sangat menyentuh hati. Seperti seorang kanak kanak yang didalam kesusahan.
Berbekalkan pengalaman Pakcik Ajis, dia berjaya menumpaskan makhluk yang merasuk. Dia kemudianya membuat air penawar buat ibu. Ibu pengsan tidak sedarkan diri. Ketika itulah, adik aku H terdiam, dia bersembunyi dibelakang pintu. . Dengan suara tersekat sekat adik H berkata, ada budak perempuan di sebelah ibu, berambut panjang dan tidak mempunyai rupa.
Adik H masuk kebilik kerna tidak sanggup melihat makhluk itu. Dia berselimut menutupi kepala. Setelah ibu dipulihkan, Pakcik Ajis meminta diri. Ayah bertanyakan adik H tentang apa yang berlaku. Menurutnya sudah lama budak perempuan tersebut mengikut ibu. Ditanya tentang bagaimana dia boleh melihat. Adik H memberitahu bahawa rakan karibnya yang menunjukan semua itu.
Akhirnya adik H memberitahu rakan karibnya itu hanya muncul pada sebelah siang. Kami semua tergamam, mustahil adik H ada rakan baik. Tiada sesiapa yang sebaya denganya ketika itu. Setelah dipaksa, adik H memberitahu rakanya itu hanya datang apabila dia berkeseorangan. Rakanya itu datang bersama penjaga yang juga berserban.
Maka pada malam itu terbongkarlah bahawasanya adik H mempunyai "penjaga"
Beberapa ketika, ibu kembali sedar dari kesakitan. Ibu mengakui semasa mengandungkan adik H beberapa perkara pelik berlaku. Namun ibu menggangap itu semua merupakan kebetulan serta mimpi dimalam hari.
Menurut ibu, semasa mengandungkan adik H dia telah didatangi oleh 2 lelaki tua berpakain putih. Kedatangan mereka itu melalui mimpi yang sama selama 3 malam.
Mereka menyatakan hasrat bahawa ………….
maaf bersambung.. lenguh jari aku nk karang..
– Capital A
Thanks sudi sambung sampai lenguh2 jari :D Kali ini ending nya membuat para readers tertunggu-tunggu akan sambungannya.. Moga2 ia tetap terus bersambung lagi jika ada kelapangan :)