rumah lama aku

Aku asal dari keluarga sederhana. Nak dipendekkan cerita aku tinggal d kawasan kampung yang sejarahnya agak menyeramkan. Hikayatnya berlaku banyak pertumpahan darah di zaman jepun dan kawasan tersebut mnjadi red zone iaitu kawasan memenggal kepala pesalah. N then bnda yg pling intresting is kawasan utama memenggal kepala adalah betul2 d tapak rumah aku tu..

kisanya pada tahun 2013, waktu tu umur aku 19, aku dah mula berdikari untuk cari makanan sendiri waktu malam sbb slalu miss dinner. Kebiasaanya, parents aku akan tinggalkan untuk aku lauk pauk untuk aku jamah sorg2 waktu malam. Tp pada malam bulan september 2013, hari selasa malam rabu.. family aku makan kat luar tp aku x join la sbb sibuk dgn kerja kolej. Then jam 2am aku ke dapur untuk cari bnda untk diisi dalam perut aku ni.. tp xda lauk.. maklumla family nakan luar.. so xdala baki lauk dalam rumah.. aku pn masak la simple2.. nasi putih berlaukkan telur nora danish satu.. sedaapppp…..!!

Anehnya,lepas aku makan, aku akan tingglkan pinggan n kuali yg kotor tu d sinki tanpa dicuci. Keesokan pagi kuali pinggan tu xda.dlm sinki, tp ada kat atas lantai tersusun dan bersih!! Aku pun pelik bin hairan tp xpala mgkin mak yg cuci n lupa susun dlm kabinet.

kisah seterusnya berlaku pd esok malamnya.. family still makan luar pada rabu malam khamis.. then jam 3.40 am aku pn ke dapur untk cari makanan. Mcm biasa xda lauk then aku masak la telur aron aziz..rajin skit malam tu goreng nasi hehe.. aku makan dpn tv smbil tngk wwe.. kedudukan tv n dapur agaj jauh so aku xtw apa yg brlaku kat dapur etc..

lepas sejam layan tv aku pn balik dapur.. terkejut bin melompat aku bila tngk kuali aku masak td dah bersih gantung kat dinding.. padahal aku sorg je lg yg stay up malam tu.. aku pn seram pening cucila pinggan sbb xnk lg tngk bnda pelik tu.. masa aku tgh cuci2 aku rasa ada bnda begerak blakang aku.. bnda mcm besi laga dgn mozek lantai.. aku try sabar n buat dek je la.. seram woo.. abis tu aku lsri msuk blik then tido..

esoknya tu aku seharian piki sapa yg cuci kuali n bunyi apa yg aku dengar semalam.. aku tny family aku dorg pn xtw.. so timbullah perasaan detective conan aku.. aku pn pasang camera n small microphone menghadap ruang masak n sinki.. masa tu tepat2 lepas azan asar..

malam tu hari khamis malam jumaat. Aku x brani nk stay up so akupn makan awal.. seawal 9pm la lbih kurg.. tp aku biarkan pinggan n kuali bekas masak x bercuci.. aku tido awal n dah bekal siap2 air dlam botol sbb xmo kedapur malam tu..

keesokan pagi aku bangun awal untk solat subuh.. aku dengar bapa aku kluar bilik ke tandas then aku brani la kluar bilik.. bapa aku tegur then solat subuh jemaah,lepas solat subuh tu aku ingt nk baring2 jap smbil online fb.. tgh2 online tu aku ingt pasal kuali n pinggan kat dapur.. aku on p la usha sinki..

korg tw?
pinggan kuali dh xda.. semua dh dicuci!!

N tersusun atas kabinet!!

Aku pn pelik r. Tp aku ada bukti sapa yg baik hati cuci pinggn sembunyi2 malam2 buta ni.. aku amik sd card dr camera then pasang kat lappy.. lepas scroll2 vid yg dirakam.. tepat jam 4 am dlm vid tu….

Aku tekejut!!
Pinggan tu begerak sndiri.. span cuci n sabun vegerak sndiri!! Mcm ada org yg cuci pinggan tu!! Aku xpuas hati.. aku pun pasang speaker kuat2 nk dengar apa yg direkod kat mic aku tu.. pnyela aku terkejut!!!

Rakaaman audio :
"Gunalah sabun kuat harimau untk mmbrsihkan pinggan anda! Terbukti berkesan! Menanggalkan kesan minyak dengan mudah.. boleh mencuci hingga ke terusan suez!!"

hehee

aku

– naz

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *