Aku bukan dari iium. Cuma nak ingatkan korang kalau cari rumah sewa, siasat dulu betul betul. Okay aku nak cerita bende ni tak seram pun tapi kalau korang duduk umah tu korang akan rase sendiri ketakutan dia. Kitorang pon tak tau mcm mana kitorang bole bertahan dalam masa 2 tahun kat umah tu.
Kitorang ni ade disediakan hostel untuk duduk. Tapi masing masing gatal tanak duk hostel bila masuk sem 2. So kitorang cari la rumah sewa. Cari punya cari tak dapat last last member lelaki yang bg rumah ni kat kitaorang. Alasannya budak laki tu dah jumpa rumah lain. Kitorang tanpa pikir panjang terus setuju then jumpa tuan rumah. Tuan rumah tu ade cakap rumah ni lama tak berpenghuni. Dalam 3 bulan la. Bg kitorang tak la lama mana okayla tu. So bila dah deal semua kitorang mulakan proses perpindahan. Masa proses pindah tu aku dtg umah tu sorang2 sebab yang lain tengah kemas kemas. Tengah aku susun barang dalam bilik aku perasan ade orang melintas kat pintu bilik. Terus aku pandang pintu tapi takde apa2. Aku pon turun bawah duduk kat ruang tamu tak pikir ape2.
Bila kitorang masuk tu dah nak puasa. So tak kene ape2. Bermula gangguan lepas puasa. Aku memang jenis lambat tido. So aku oncall sampai tengah malam. Rumah kitorang ni dua tingkat. So kitorang ni mula2 tido ramai ramai kat tingkat bawah sebelah tangga sebab tingkat atas panas bahang dan plug tingkat atas tak bole guna. So bila aku dah habis oncall tu aku nak tido aku tarik selimut tutup muka tiba tiba aku dengar pintu toilet terbuka tutup padahal aku rase takde orang yang berjalan. Esoknya aku tny sape pergi toilet malam tadi ? Takde sape ngaku. Aku diamkan tanak dorang takut. Lepas tu aku dengar bunyi guli pulak. Bende ni berlaku ketika waktu sunyi. Selalu aku dengar bunyi guli. Aku ckp kat member aku indah. Rupanya indah pon dengar. Indah ni tidur bahagian hujung betul betul tepi tangga. Selalu indah dengar guli jatuh dari atas bergolek sebelah dia. Dari situ sorang demi sorang yg kena.
Aku ade sorang ni orang pandai suruh tengokkan rumah. Dia kata ade perempuan tua cina duduk kat pintu dapur. Ah sudah. Dia pon bagi air suruh renjis2 satu umah. Kitorang dari kes tu terus tido kat tingkat atas penuhkan semua bilik. Rumah kitorang ade 3 bilik. Kitorang duduk 6 orang. Tapi bilik belakang iaitu bilik aku adalah bilik yang paling tak selesa. Aku duduk bilik tu ngan pila. Bila kitorang dah start tido atas, pila kena kacau. "Benda" tu cuit pila masa pila mandi. Mula2 kitorang buat tak tau je. Bila buat tak tau "benda" tu cuit lagi pila. Malam tu ade member aku fad panggil orang kg dia datang umah untuk ubatkan rumah. Dia tanya dulu orang cina ke yg duduk ? Kami kata tak tau. Dia kata perempuan tua cina. Dia kata benda tu mula mula dudk bawah. Bila kitorang start tido atas benda tu ikut naik atas selalu pergi kat bilik blkg iaitu bilik aku ngn pila ! Rumah tu okay dalam masa seminggu je lepas tu kena balik. Orang tu ade ubatkan dari jauh tapi rumah orang tu pulak kena baling pasir. Aku ngn pila tak tahan dah dudk bilik belakang tu. Kitorang pindah bilik depan. Yela bilik belakang tu nampak okay tapi masuk time malam rase semacam. Pernah aku terbangun pukul 5 pagi. Aku kejut pila. Then kitorang dengar barang barang jatuh kat dapur. Kitorang buat tak tau sampai kol 6 pagi. Bila kitorang pergi dapur tengok okay je takde pape yang berlaku. Keadaan jadi makin worst masa kitorang sem 4. Aku dengar bunyi tapak kaki. Bunyi kerusi tarik. Member aku nur dia pernah bawak kawan dia datang rumah. Kawan dia ni jenis boleh nampak benda halus. Die tanak masuk umah kitorang. Dia balik. Bila nur tanya kenapa ? Dia kata dia nampak ade benda rambut panjang kat halaman rumah. Kat dalam rumah dia nampak benda rambut panjang dan botak. Hal ni nur cerita kat aku ngn pila je. Kitorang dah ternganga. Bilik belakang tu kosong lama then kitorang sewakan. Akak yg sewa tu nama dia siti. Kitorang tak bagitau keadaan rumah tu. Tapi tiba2 kat siti cerita something kat indah. Kak siti kata kadang dia tengah masak kat dapur dia dengar kecoh kecoh kat tingkat atas panggil nama indah. Bila dia naik atas takde orang pon .kdang bila kitorang semua balik kg, dia sanggup tidur dalam kereta. Dia takkan tidur dalam umah. So aku ngan pila nekad nak pindah sebelum habis exam sem 4. Aku kata aku dah tak tahan. Tapi yang lain tak percaya sebab aku yang selalu kena dorang tak kena. Yela dalam ramai ramai aku yg paling lambat tidur. So aku yg selalu dengar macam2. Bila kitorang buat keputusan untuk pindah, makin menjadi jadi kena kacau. Ade satu hari tu study week. Indah g umah kawan dia. Tinggal aku ngn pila kat umah. Yg lain balik kg. Tengah study tu aku tertido lepas maghrib. Bila tersedar aku ingat pila kat ruang tamu. Aku keluar bilik turun bawah pergi ruang tamu kosong. Tiba2 aku rasa meremang. Aku lari naik atas amik hp whatsapp pila. Pila kata pila keluar g beli makanan. Dia lapar. Tiba aku rase ade benda lalu belakang aku. Aku dah menangis aku marah pila kenapa tak kejut aku ? Kenapa tinggalkan aku sorang? Pila kata aku tido tak sampai hati nak kejut. Aku ckp kat pila cepat balik. Bila pila balik aku dah meraung . Pila tny knp ? Aku ckp kita pindah esok kita pindah esok. Pila kata brg x kemas. Esok exam . Pila kata lusa kita pindah. Malam tu terus kitorang kemas kemas barang lepas tu kitorang keluar g study kat mcd. Esoknya siang lepas exam tu pila kata dia nak mandi. Aku dudk dalam bilik. Mase tengah study tu aku bukak cermin mata letak atas lantai. Tiba tiba cermin mata aku bergerak sendiri. Aku amik cermin mata lari g bilik sebelah. Masa pila mandi pula dia dengar ade orang jerit nama dia. Bila dia nyahut takde sape yang jawab. Dia tnya indah ade pggl ke ? Indah kata takde. Esoknya kitorang angkut barang masuk kereta untuk pindah . Kawan sekelas semua tanya kenapa pindah rumah? Kitorang jawab rumah jauh. Susah nk pergi kelas.
Sekarang rumah tu budak laki kelas kitorang yg duduk. Baru malam pertama dorang duduk, zami call fad. Dia tny rumah korang ni ade ape ? Fad tny kenapa? Zami kata dia kena kacau. Zami baca Al-Quran, bende tu ikut membaca. Dia tny Kenapa tak bagitau pasal rumah ni ? Kitorang kata Kan syam dengan iz dah tau. Dia diam matikan call. Tak sampai sebulan duduk rumah tu, syam pulak kena cakar. Tapi dorang tanak pindah.
P/s: kitorang dah inform kat tuan rumah pasal rumah tu ade "benda". Tapi tuan rumah tak percaya. Dia kata dulu pekerja dia dudk takde ape2 pon . Dulu penyewa lama tak cakap apa apa pon. Kitorang malas nak bertekak biarkan jelaaaa. So korang check la betul2 rumah bila nak menyewa. Jangan main redah je.
– seseorang